Tanggal 16 Disember 2012 telah mencatat sejarah terbesar dalam hidupku apabila aku
buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke Broga Hill atau dalam bahasa Melayunya
bukit Broga. Setelah mendapat tawaran untuk memulakan ekspedisi ke sana, tanpa berfikir panjang aku menerima
pelawaan itu oleh seorang sahabat dari Kuliah ekonomi.Dia adalah Syarifah
Muznah Syed Abdul Rahman.Aku bulatkan tarikh 16 Disember itu pada calendar yang
ditampalkan pada soft board dalam compartment aku.Tiada siapa yang boleh
menghalangku untuk bertemu si Broga…
Pagi itu tepat jam 5 pagi kami
mula bersiap untuk ke Broga Hill.Tapi penat menunggu si Driver ini akhirnya
pukul 6 pagi baru mukanya muncul.Spoil
arr bro!!! Tapi aku bersabar je sebab bukan kerana dia takda maknanya aku nak
sampai kat Broga Hill tuh.
Perjalanan kami diteruskan
sehingga akhirnya dalam jam 7 20 pagi kami tiba di Broga Hill.Aku ingat
pagi-pagi nih takda manusia laa..sekali penuh tempat parking.Aku salute la
dekat orang cina tak kira tua muda pakat duk
naik bukit Broga pepagi lagi.Kami memulakan ekspedisi kami dalam 730
pagi.Pada mulanya aku agak terkejut kerana sepanjang pengembaraan kami memang
jalanya berbukit-bukit dan semuanya pada arah menaik..Aishhhh…Asyik naik je
kemain lenguh kaki aku nih.Sepanjang perjalanan tuh mulut aku asyik duk
membebel bila la nak sampai ke kemuncak…bila la nak sampai ke kemuncak.Semua
warga bukit tuh bernanah dengar suara yang amat merdu itu..hahaha.
Sedang aku duk tahan penat dan
sangatla menderita memanjat bukit tuh sekali ada plak member aku yang tadi laju
sangat memanjat bukit ditimpa musibah.Jeng…jeng… apakah yang berlaku???
Aku nak
bagitau kat korang apa yang dia cakap masa mula-mula kami mendaki bukit tuh…
“Eh Sarah,kita kene lintas bro kat depan tuh…Sof 9 kena mantap!” aku masih
terbayang mulutnya yang penuh itu
mengatakan hal yang demikian rupa..sekali!!!!!!!!!
Dia yang pitam kat
bawah kaki bukit..Hahaha…Spoil ah!! Dalam keadaan yang gawat itu,amatlah
berdebar melihat dia yang lemah longlai
bagaikan tidak bernyawa dan pucat kesejukan umpama jasad tak bernyawa.Tambahan
lagi,aku ini yang tidak ada kepakaran dalam merawat orang,mencederakan orang
boleh. Kena plak 80 orang yang lalu kat kawasan dia pengsang tuh Nampak keadaan
dia yang sangat menarik perhatian itu bilamana mereka bertanya tentang apa yang
berlaku kat member aku tuh.Maknanya 80 kali la aku kena jawab soalan yang sama
kan.Nak je aku cengkik tapi tak pelah
ini lah tadhiyat naik bukit Broga.
Oh
Broga masih jauhkah perjalanan untuk kita dipertemukan,
Ada
pula pelbagai mehnah yang terpaksa aku harungi,
Hanya
untuk menjejakkan kaki di atas bahumu,
Oh
Broga…
Laluan
untuk mendekatimu amat perit,
Lurah
aku lalui,
Batu
– batuan aku redahi hanya untukmu,
Si
Broga yang kuat berdiri atas bumi Ilahi tanpa sombong,
Dan
angkuh membiarkan dirinya dipijak asal dunia menjadi Indah.
Tergelungsur,terjatuh,terlentang
semuanya pasti di hadapi oleh semua manusia yang mendaki bukit Broga yang
amatlah tinggi dan berlurah.Penat sangat…Tetapi aku tersentuh melihat beberapa
orang warga emas yang masih mampu mendaki bukit Broga tanpa jemu dan agak
laju.Ada yang bawa anak cucu,waa…Mereka sangat cergas dan kuat.Nak bandingkan
dengan aku yang dan lemah dan sakit urat semua ada walau masih berada di tempat
yang bawah.Jeles..serius diorang sangat hebat.
Dalam Jam 9
pagi kami sampai ke puncak bukit yang paling tinggi.Kami pergi berlima tapi 3
orang je yang mampu sampai ke garisan penamat.Lagi dua dah pancit..hehehe.
tentulah aku antara manusia yang sampai ke puncak bukit tuh an..Aku terpegun
dengan pemandangan dari atas bukit itu yang sangat indah dan
menakjubkan.Pemandangan sangat sejuk dan
nyaman. Sebagai orang islam aku rasa kita mesti menerima cabaran untuk
meredah dan mendaki tempat – tempat yang mencabar dalam dunia Allah ini.Di sana
terdapat sesuatu yang menjadikan kita betapa kagumnya pada kekuasaan
Allah.Bukit itu ada 3 puncak dan setiap puncak sangat indah,segar dan nyaman.
Wahh…. Subhanallah!!!!
Kami bergambar
dan menghabiskan masa dengan mencuci mata melihat keindahan pada pandangan atas
bukit ke bawah.Melihat suasana yang jarang kita berkesempatan untuk
merasainya.TAPI!!!!!!
Aku cuak juga
nak turun…Alamak tingginya macammana nak turun???
Akhirnya aku
layan je..aku turun je..sekali! tergelungsur jatuh..hahah Macam main sunway
Lagoon…Walau apa pun.Ekspedisi ke Brogan Hill amatlah menyeronokkan kerana
sangat penat dan letih tetapi ianya sangat indah dan mengkagumkan.
So,ayuh semua
sahabat seagama.Kita yang paham agama nih tunggu apa lagi..takkan baca buku je..jom keluar
kita melihat dan merasa sendiri nikmat mengembara dan memandang sendiri ciptaan
Allah.Kita kena kuat dan lasak kerana jalan Dakwah yang sebenar lagi lasak dan
mencabar daripada mendaki Bukit Broga.. Inilah simulasi dakwah yang sebenar… Kami
tiba di kaki bukit dalam jam 10 pagi.Kemudian kami terlena dalam kereta..heheh…
… Tammat
Aku bertanya
bro tuh.. “Bro kalau gunung tahan berapa lama”. Dia jawab “naik 4 hari.turun 3
hari”..Aku,”gulp!!!!”
No comments:
Post a Comment