Alhamdulillah genap 20 tahun umur aku.Ini adalah fasa kedua
kehidupan aku atas muka bumi ini.Ada orang kata aku semakin bertambah
matang.Hehe…mestilah.InsyaAllah lebih baik daripada tahun sebelumnya.Pada 5
oktober 2012 iaitu pada hari jumaat minggu pertama bulan 10 aku menyambut
tarikh kelahiran aku.Ramai la yang wish tapi aku tak mengharapkan apa-apa sebab
dari kecik ma abah tak pernah sambut,so bila ada orang yang tolong sambut dan
wish nih rasa macam terharu sikit..:)
Sebenarnya genap umur 20 tahun nih aku nak kongsi something
buat sahabat sekalian. Terlalu banyak perkara yang aku belajar daripada kisah
orang sekeliling yang mana kadang –kala menjadikan aku kebingungan.Macamana nak
tolong.Aku gunakan perkataan tolong yakni dakwah sebab terlalu ramai
kawan-kawan diluar sana yang hidup tak ikut syariat.
Kisah pertama(masa aku tahun pertama kat CFS)
Semasa program yang dianjurkan bawah STAD, ada seorang
pelajar perempuan yang juga belajar kat cfs ceritakan sesuatu pada aku tapi
pada masa tuh aku tak sedia nak dengar masalah orang.Sedang aku bersiap-siap
nak menunaikan solat maghrib dia datang kearah aku dan rakan FSCC lalu
menceritakan masalahnya.Apa yang dia ceritakan bagi aku sangat serius walaupun
dengan sempoi je dia cerita.Begini ceritanya…dia ada seorang kekasih stay kat
Melaka.Mereka selalu berhubung.Dia freehair dan dia ada masalah dengan family
dia.Kerap bergaduh dengan ibunya dan pernah dihalau keluar dari rumah.Budak nih
sangat cerdik dan agak genius melihat dari sudut cara dia bekerja dan juga
keputusan peperiksaannya tapi sayangnya tumpul moral dan pegangan agama.Kalau
dia bercakap..banyak yang mengarut dan mencarut.Pasal dia dan
boyfriend..aduh…tak sanggup la nak cerita.Em..macam nih dia kata boyfriend dia
tak boleh lupakan dia(maksud 18XX).Tanpa segan silu dia kata yang dia sudah
terlalu biasa dan kerap melakukan hubungan seks dengan pasangannya.Aku melihat
kearah rakan FSCC,dia pun senyap sahaja tapi tiba-tiba dia bertanya, “ko buat
tuh tak mengandung ker?”.Lalu budak perempuan tadi jawab, “kami buat suka-suka
jer”. Aku yang mendengar terus terkedu dan senyap je.Maklumlah aku fresh je
masuk UIA terus dengar menda-menda macam tuh.Terkejut la sangat kan.ER… takut
betul.Itu kita dengar cerita budak UIA kalau budak yang bukan UIA tak tahu lah.
Kisah kedua(UIAM GOMBAK)
Dari CFS aku dan biasa berkawan dengan semua orang tak kisah
perangai seteruk mana pun.Tapi aku tak rapat sebab aku takut tak mampu nak
handle.KIsahnya begini,atas jemputan seorang rakan lama kerumahnya lalu aku pun
berbesar hati pergi ke kenduri saudara kandungnya.Rakan aku tu budak UIA
juga.Aku tumpang kereta kawan kepada rakan yang jemput aku tuh.Tekan je enjin
kereta, aku masih boleh tahan kawal malu dan segan,maklumlah naik kereta dengan
rakan-rakan UIA yang bukan Kos IRK dan baru kenal.Sape tak segan…Keluar sahaja
kawasan UIA, 3 daripada 6 orang rakan dalam kereta tuh dengan slumbernya
menanggalkan tudung masing-masing dan aku hanya mampu melihat dan tersenyum
pahit. Semasa dalam perjalanan ada seorang rakan dalam kereta tuh yang aku agak
kenal dan menjadi roommate aku dengan rasminya sem ini, mesej aku. “nanti ko
jangan terkejut ya..” Terkedu aku, apa maksud dia nih.Tiba-tiba salah
seorang daripada kawan atas kereta tuh keluarkan satu batang rokok dari satu
kotak dan hisap.Dia bukak tingkap kereta tapi bau tuh mestilah ada kan.Tergamam
aku dibuatnya.Rakan-rakan yang lain memandang kearah aku dan tersenyum. Aku tak
kisah kalau nak merokok ke apa sebab tuh
hak dia tetapi cara dia merokok menunjukkan dia memang sengaja nak menunjuk kat
aku yang dia tak kisah buat apa-apa pun dan dihadapan sesiapa pun.Perempuan
lagi..tak elok mata memandang.Bukan setakat merokok tapi pasang lagu kuat-kuat
sambil menari-nari atas kereta tuh.Aku mula terfikir…aku kena buat apa??? Nak
tegur?? Cari gaduh adalah.Nak dakwah secara bijaksana??? Entahla tak tahu nak
wat macammana.Lalu,aku menghayati sahajalah apa yang terbentang dihadapan aku
tu.Ada yang segan dengan aku tapi bukan itu yang aku harapkan.Aku yakin mereka
sudah tahu apa yang mereka lakukan salah tapi sekeliling mereka yang menjadikan
apa yang mereka lakukan sudah menjadi perkara biasa.Tapi bagi aku apa yang
terjadi adalah suatu perkara yang sangat teruk dan tenat dihidapi oleh
masyarakat kini.
*Ada banyak lagi kisah yang lebih teruk tapi biarlah aku
simpan dalam minda aku jer,kenapa aku post cerita nih?
1.
Sedarlah..jangan pentingkan diri
sendiri,berkawan dan dekati semua orang supaya kita lebih memahami masyarakat
sekeliling.
2.
Jangan pandai post je kat fb ,orang nih tak
pakai tudung,orang nih pakai ketat.Cuba tanya pernahkah kita kenali mereka dan
dekati serta nasihat mereka???pandai cakap je buat apa!
3.
Ada seorang kawan pernah cerita kat saya,dia
memang boleh berubah di UIA tetapi apabila balik ke rumah dia terpengaruh
dengan keadaaan dan suasana keluarganya.Kesian…
4.
Apakah kita seorang Daie??? Atau dai’e yang
hanya mampu melihat dan bisu!!!!!???
5.
Daie yang suka mengkritik dalam laman sosial
tapi tak mampu keluar ke pentas dakwah
yang sebenar???
*Saya
menulis dengan jujur dan ikhlas supaya kita sama-sama mengambil iktibar
daripada semua kisah yang saya ceritakan dalam blog nih.Tiada niat nak
menyalahkan sesiapa sebab saya sendiri pun salah juga.Transformasikan diri
kita.Tiada orang yang boleh merubah pemikiran dan cara menghukum kita kecuali
diri kita.Jadilah insan yang berilmu agama yang lebih open minded dan
fleksibel.Jangan terlalu jumud dan rigid dengan pegangan dan prinsip yang entah
apa-apa yang akhirnya menjadikan kita dilihat doif dan kurang cerdik.Wallahua’lam.
Banyak lagi yang perlu kita usahakan... semoga kita saling dikuatkan untuk menghadapi semua ini.
ReplyDeleteerm. keno rajin2 la bwak saem beragama mari bilik. biar adapt ngn suasana agama. ko guano..?
ReplyDelete