Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah kerana mampu lagi menghirup udara dan masih diberikan oleh Allah
kebolehan bernafas tanpa bayaran darinya.
Dua
hari yang lepas aku diberikan lagi peluang daripada Ilahi untuk menambahkan
ilmu dan memperlapangkan dada dengan kefahaman yang jelas tentang tujuan
keberadaan aku dalam perjuangan ini. Alhamdulillah…
Dahulu
aku masih ingat, aku selalu berdoa semoga aku diberikan peluang untuk berubah
dan menjadi muslimat dan anak yang terbaik disisi Allah.Aku juga sejujurnya
pernah berputus asa dan berasa lemah disaat aku merasakan doa yang aku pinta
tidak dikabulkan, aku merasakan doaku sia-sia.Namun, rupa-rupanya doaku yang
dahulu tidak dikabulkan segera adalah tidak bermakna Allah tidak menghiraukan
aku tapi aku yakin sebenarnya Allah mahu aku mengharungi ujian ini. Dia mahu
menguji aku dan mahu aku merasa betapa susahnya jalan ini agar akhirnya
kesusahan itu membuahkan kemanisan yang tidak terhingga.Seorang kakak pernah
berkongsi satu ayat kepada ku, surah al-hajj, ayat yang terakhir:
“berjihadlah kamu dengan sebenar-benar jihad, Allah telah memilih kamu dan dia tidak menyusahkan kamu dalam agama ini,agama nenek moyang kamu nabi Ibrahim,kamu telah menjadi muslim dan Muhammad sebagai saksi,dan menjadi saksi kepada seluruh manusia,dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat, berpegang teguhlah dengan tali Allah,dialah pelindungmu, dia sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong”.
Sesungguhnya
Allah memberikan kita ujian supaya kita semakin dekat dengannya.Allah suka
mendengar rintihan hamba-hambanya. Ada juga kata-kata yang berbunyi “banyakkan
menangis daripada ketawa”.Perjuangan bagi menegakkan agama Islam bukanlah satu
tugas yang mudah,ujiannya sangat hebat dan pada masa itu barulah kita dapati
samada kita mampu ataupun tidak mengharunginya.
Pernah
satu ketika dahulu aku pernah mengeluh mengapa aku dipilih dalam saff
perjuangan ini? Mengapa aku? Beratnya bebanan ini, malaslah aku nak fikir
tentang nak tegakkan islam ini semua, aku takda masa… Itulah keluhan aku dulu,
Astaghfirullahalazim, betapa teruknya aku. Tidak terbayang jika sehingga kini
aku masih kabur dan tidak dianugerahkan oleh Allah petunjuk agar aku sedar yang
selama ini aku telah banyak melakukan kesilapan dan kekhilafan.
Tapi,
kekadang aku pelik juga… aku baru nak semangat berubah, tengah-tengah semangat
nak islah nafsi tiba-tiba ada suara-suara negative daripada sahabat yang selama
ini menjadi ikon la bagi aku. Mereka mengeluh dan kelihatan lemah, ish…sungguh
perjuangan ini bukan main-main. Kebingungan aku sekejap, mana taknye,mereka-mereka
yang mengeluh ini bukan calang-calang orang,mereka inilah yang pernah
mentarbiah aku dulu. Aku yang mendengar keluhan mereka adakalanya berasa
tempias juga. Mereka memberikan alasan, banyak assignment, program boring… Aku
menjadi keliru jap. Banyak assignment?? Bukan dia je yang banyak
assignment.Semua orang alami situasi yang sama je kan. Program boring??? Yang
itu tiada jawapan.hehe.Aku akan sentiasa melapangkan dada aku dan menganggap
perkongsian ilmu itu suatu yang indah, so tidak ada masa nak boring.
InsyaAllah. Semoga setiap kata menjadi doa dan bukan menjadi ujian.
Lagi
satu, pernah ada kenyataan ancaman yang diungkap oleh seorang hamba Allah
kepadaku, Ma dan abah kita tidak warak dan alim maka kita jangan pernah bermimpi
untuk menjadi yang sedemikian. Menitis airmata mendengar kenyataan seperti itu.
Bagaikan betapa kejamnya Allah dan betapa jahatnya ibubapa aku. Biarlah siapa
pun ibubapa aku, merekalah yang melahirkan dan mendidik aku, tak payah nak
berlagak sangat tanpa mereka tak da maknanya aku kat dunia ni. Pandai-pandai la
nak sedor diri.Bagi aku, sudah menjadi tanggungjawab bagi aku menolong ibubapa
aku, mungkin mereka juga tidak mendapat tarbiah yang sempurna daripada ibubapa
mereka dahulu. So nak salahkan sapa?? Semua orang sama sahaja disisi Allah
kecuali mereka yang bertaqwa. Daripada nak mecukupkan alasan dan nak
menyalahkan orang adalah lebih baik menjadi agen yang menyelesaikan masalah.
Sudah tahu keuarga tak islamik sangat maka jadilah penggerak yang baik,mulakan
langkah pertama. Bak kata pepatah cina, langkahan1000 bermula daripada langkahan
yang pertama .. Beranilah melangkah dengan penuh yakin tanpa berpaling ke
belakang dan jangan takut untuk melihat apa yang menunggu dihadapan.
Semoga
aku dithabatkan bersama sahabat pada jalan ini. Bukan sekadar bercakap kosong
tanpa praktikal. Setiap kata-kata akan diuji. Bersabarlah duhai hati.Utamakan
pandangan Allah daripada pandangan manusia…
No comments:
Post a Comment