Assalamualaikum
Semakin ramai sahabat yang follow blog aku.Terima kasih bat.
Blog aku nih takda menda pun tapi kalau nak menda yang orang lain tak tulis maybe ada lah.Insya’Allah.
Bat,tinggal beberapa hari lagi aku akan dengan paksa relanya akan mendaftar semula belajar.Minggu depan, hari selasa kat Gombak.Aku memang nampak muka cam tough je tapi bab kene survive jauh ngan mak ayah nih kadang-kadang nak meraung pun ada.
Alkisahnya…teringat masa abis PMR.peh tengok je result yang nak-nak je cemerlang tuh terus bermimpi nak jadi doktor gigi tapi… tak kesampaian la bat.Apa tak nya ,aku bertahan 4 hari je sekolah berasrama tuh.Sekolah lama aku takda plak aliran sains tulen.Umph…hampeh betul. Aku masih ingat lagi, setiap hari masa kat asrama dulu jantung aku berdegup ketakutan.Makan tak lalu,tidur tak lena…kecut juga perut duk tempat orang.Muka budak sekolah tuh plak macam dah taknak enjoy.Everyday,every moment they are studying. Looks extremely stress. Asyik teringat je kat rumah dan katil aku yang sangat besar dan batal golek yang sangat empuk.Ma pun teringat jugak…hehehe.Nak tau sebab apa?? Sebab masa sekolah rendah dulu.Darjah satu sampai darjah 3, ma la yang suapkan makanan kat sekolah dan jadi power ranger aku.Cikgu marah… ma datang kasi sapu.Budak lelaki tarik tudung aku…ma aku datang bawa rotan panjang.hehehe…Comel kan.
Itu masa aku kecik-kecik.Sekarang aku dah besar.Orang kata apabila kita dah besar maka kita kena berdikari.Semuanya kena usahakan sendiri.Makan,minum,kerja sekolah,tahan kena marah,kena kutuk,fitnah,sakit hati,budak laki buat jahat,baju koyak,takda duit,berus gigi hilang dan seumpama dengannya.Haha…kalau aku mengadu kat ma aku pun bukannya dia layan pun sekarang…
Tadi tuh langsung tiada kena mengena pun dengan tajuk post aku kali nih..saje nak panaskan jari.Aku melihat gambar-gambar lama sekolah.Tiba-tiba aku terdengar sebuah cerita benar berkaitan dengan persahabatan daripada seorang hamba Allah.Cerita dia sadis jugak sebab macam kejam jer.Begini kisahnya…
Kami berdua berkawan baik sejak awal persekolahan…Dia sangat baik,dia selalu menolong aku dan tidak sombong walaupun dia jauh lebih cantik dan bijak jika dibandingkan dengan aku.Aku juga menghargainya kerana aku tiada apa.Semakin bertambah tahun,masa juga banyak ditinggalkan,umur pun semakin mematang dan hubungan kami juga semakin erat berkasih sayang.Tetapi kadangkala semakin dekat dan semakin lama kami berkenalan tidak semestinya hubungan kami akan semakin baik dan harapan untuk ikatan cinta itu kekal amat payah kerana hubungan yang mesra itu pasti akan diganggu dengan insan-insan yang memiliki hati bangkai.ITU PASTI!!!
Pelbagai konflik dan salah faham berlaku…Aku juga buat silap dan dia juga pastinya telah melakukan kesilapan. Perselisihan faham antara kami berpanjangan hingga kini adalah sebenarnya berpunca daripada orang ketiga yang bersama kami dan mendengar luahan hati aku bukan untuk mendamaikan kami tetapi bertindak ibarat gunting dalam lipatan.Ini adalah cerita benar…bukan rekaan.Berhati-hatilah dalam bersahabat.Ada yang lembut tutur kata tetapi kasar hatinya.Ada pula sahabat yang kasar tutur katanya tetapi halus hatinya.Jangan mudah tertipu dengan kemerduan suara kerana luaran tidak semestinya menggambarkan dalaman.Aku sambung balik cerita…
Aku pernah memarahi insan yang menghancurkan hubungan persahabatan aku dan sahabat aku tadi.Tetapi oleh kerana aku tidak mahu mencalar maruah pelajar agama dan muslimat yang bertudung labuh maka aku dengan ikhlas (InsyaAllah)meminta maaf pada insan yang melakukan kejahatan terhadap aku.Pada mulanya dia amat payah memaafkan aku atas kata-kata kasar aku terhadap dia.Hanya Allah yang tahu betapa panasnya hati aku menahan kemarahan dan ego aku semata-mata meletakkan diri aku di tingkat yang paling bawah semata-mata untuk mencari satu perdamaian.Kalau tidak silap sudah banyak kali aku memujuknya untuk memaafkan aku.Dia yang memutuskan persaudaraan aku dan sahabat aku tapi aku yang meminta maaf darinya malah dia sesekali tidak mahu memaafkan aku.Kalau kamu bat??? Apa perasaan kamu semua??
Berkat usaha aku maka akhirnya dia memaafkan aku juga. Settle! Aku paling malas lah nak bergaduh-gaduh dengan orang.Sekarang kamu semua nak tahu tak… dia dan sahabat aku itu sudah menjadi sahabat baik.Bak kata orang sahabat sehingga ke syurga…ahaha..Aku dah maafkan dia Cuma nak juga aku cakap menda nih kat insan itu.. “bergembiralah…tau tak kegembiraan yang kau miliki tu adalah atas airmata orang lain”.
Ha.. tulah cerita hamba Allah tadi.Jadi,sebelum kita nak jadi orang tengah kononnya adalah lebih baik kita betulkan niat kita supaya kita tak jadi “setan”.Kononnya nak menyelamatkan keadaan tapi akhirnya memburukkan lagi keadaan seperti orang Melayu kata,BATU API.Dush!! tak nak..tak nak…tak good girl lah.
Pilih kawan yang baik dan berusahalah menjadi sahabat yang baik.Mendoakan sahabat walaupun sejahat mana pun dia pada kamu.Bye bat!!
Assalamualaikum.
*Kisah benar tetapi tiada niat nak memburukkan sesiapa.Sekadar perkongsian.
No comments:
Post a Comment