Followers

Wednesday, February 15, 2012

saat seekor semut berkhalwat dengan Allah

Dalam sebuah hutan yang sangat tebal, tinggal seekor semut yang sangat kecil. Bermulanya kehidupan semut tersebut dalam kehidupan yang penuh dengan pengembaraan yang sangat hebat dan menakutkan apabila dia dihantar oleh ibu dan bapanya ke sebuah hutan untuk menimba ilmu disana. Bukan sekadar untuk menimba ilmu tetapi juga untuk menimba pengalaman bak kata orang barat “knowledge is the best teacher”. Semakin lama dia tinggal dihutan itu semakin dia mula rase tertekan. Namun, bukan semua yang dia lalui adalah perkara yang buruk. Ada juga saatnya dia berasa sangat gembira. Dia berasa sangat gembira setelah berjumpa dengan rakan-rakan baru dan mempelajari banyak perkara baru. Suatu hari dia telah menerima dan diberi satu amanah daripada seekor semut yang lebih tua dan berpengalaman dalam hutan itu. Dia diberi amanah untuk mengumpulkan selonggok nasi dari rumah berhampiran, dengan perasaan hati yang gembira, dia menerima arahan itu dengan redha. Lalu hatinya berbunga-bunga… Tapi semut kecil itu perlu melakukan kerja itu dalam kumpulan dan dia dilantik menjadi ketua. Hati semut kecil itu pada mulanya agak cuak, merasakan pengalaman yang dia miliki tidak mencukupi. Hari berganti hari, bersungguh –sungguh semut kecil itu melakukan tugasannya, dia mengendalikan perjumpaan dengan ahlinya dengan baik. Dia tidak pernah lari dan sombong dengan ahli bawahnya, semampu boleh dia mahu bersikap adil dengan ssemua ahli bawahnya. Sentiasa juga dia memantau kerja-kerja setiap ahlinya, pernah juga dia tidur lewat pagi hanya disebabkan ingin membantu ahli bawahannya melakukan tugas-tugas yang belum selesai. Padahal dia adalah ketua, namun dia ibarat hamba yang selalu melakukan dan menyelesaikan saki baki tugasan ahlinya. Begitulah sifat semut kecil…

Pada suatu hari yang sejuk, seekor ahli bawahnya menyerahkan peta yang dilakar untuk mendapatkan bekalan nasi dari kampung sebelah. Lakaran itu pada mulanya boleh dibaca tapi disebabkan ahli bawahya itu melipat kertas peta itu lalu, lakaran itu mulai rosak oleh kerana dakwat yang digunakan agak cair. Dengan berasa berat hati semut kecil itu menerima peta lakaran itu..dia agak marah kerana ahlinya tidak bersikap cakna tapi oleh kerana hantinya yang lembut dia tidak memarahi ahlinya yang pada ketika itu ada urusan lain.Dia sedaya upaya mahu untuk membaiki peta lakaran itu tapi dia akhirnya gagal. Namun dia masih berusaha juga, tiba-tiba dalam keadaannya yang rungsing, ada seekor semut memberitahunya bahawa seekor semut lain telah menyelesaikan lakaran peta itu dengan peta yang baru. Tergamam semut kecil itu, dia juga agak malu dan rasa bersalah. Setelah diketahui ketua yang dia gagal untuk melakar peta malah ada yang mengatakan dia membebankan ahlinya dengan memaksa ahlinya melakar peta itu sendirian tanpa membatu ahlinya itu dia terus-terusan diperli dan diherdik oleh ketuanya.Rupa-rupanya ahlinya itu memberitahu ketua yang dia ditindas oleh semut kecil. Mendengar tentang perkara sebenar disebalik herdikan dan kutukan dari ketuanya membuatkan dia sangat sedih, rupanya dia difitnah oleh seekor semut yang dia layan dengan baik. Kejam sungguh, dia berasa sangat sedih. Dia mula mengadukan hal dan masalah ini kepada sahabat-sahabatnya . Ada yang memberi respon dan membantu namun keseluruhannya seakan cuba menambah luka dihati semut kecil itu.

Marah sungguh semut kecil itu pada ahli bawahnya yang menabur fitnah tapi dia cuba lupakan segalanya. Setiap saat dia cuba membuktikan yang dia benar-benar baik hati. Lama-kelamaan dia mampu memaafkan ahlinya itu. Dia sentiasa menziarahi ahlinya dan sentiasa bertegur dan saling bersapa dengan ahlinya itu. Hasilnya hidup dia mula tenang.

Ujian buat semut kecil bukan sekali sahaja, semakin dia dapat menempuh ujian yang hebat semakin dia diuji tuhan dengan ujian yang lebih mantap dan mencabar. Kali ini dia terpaksa berhadapan dengan realiti. Tidak dinafikan semut kecil bukanlah seekor semut yang sempurna. Dia juga mempunyai ego dan sifat mazmumah. Kali ini dia perlu menjadi ahli bawahan. Ketuanya langsung tidak bertanya khabar. Maka dia yang selalu bertanya. Adakalanya pertanyaannya dijawab bisu adakalanya sunyi sepi tanpa jawapan. Maka, sedih sungguh hati si semut kecil. Merasakan usahanya kian kabur. Dia berasa tertekan, lalu diceritakan kepada sahabat-sahabatnya yang lain yang dia anggap sebagai semut sebulu dan sedarah. Tiap kali dia berasa sedih dia berasa sangat terbeban, lalu dia menceritakan segala masalahnya kepada sahabat-sahabatnya. Ada sahabatnya yang mula memujuk, mula menenangkan hatinya. Pernah juga semut-semut lain tiba-tiba memintanya meluahkan segala permasalahan yang terpahat dalam lubuk hati dia pada mereka.Pada mulanya dia berasa segan tapi disebabkan kepercayaan dan atas tujuan dia mahu menghilangkan rasa sedih lalu dia menceritakan tentang masalahnya. Itulah hati seekor semut kecil. Tujuannya suci tapi terkadang ada sahaja semut-semut yang bersangka buruk terhadapnya mungkin juga dalam kalangan sahabat-sahabatnya sendiri. Dia dikutuk, dia dimarahi kerana meluahkan dan menceritakan masalahnya kepada sahabat-sahabatnya yang lain. Lagi dan lagi dia diuji… Dia sedar dia diuji dengan menguji kesabaran yang dia miliki. “kau tuh memang macam tuh, tak heran kalau semut lain benci dengan kau, jagalah mulut kau”. Begitulah ungkapan yang dia proleh setelah dia cuba meluahkan masalahnya dihadapan sahabat-sahabatnya yang lain. Sedih…kecewa.. berasa seolah-olah dia diciptakan untuk merasakan penghinaan dan penindasan,sehingga bilakah dia harus begitu. Tapi tahukah kalian, dalam keadaan dia dituduh bersalah sebenarnya dia semakin berbuat baik terhadap ketuanya. Namun, dia tidak mengharap orang lain kecuali Allah sahaja..Sejak dari itu dia hanya mengadu masalahnya pada Allah dan dia juga ingin meluputkan sepenuh kepercayaannya pada sahabat-sahabat..sahabat sekadar berkongsi sesuatu yang manis dan biasa-biasa. Suatu malam dia berkhalwat dengan Allah(bersunyi-sunyian dengan Allah) dalam sebak dan tangisan semut itu berdoa : “Ya Allah sudah banyak kali perkara ini(fitnah dan salah faham) terjadi kepada ku, namun aku tetap tabah, aku tetap berusaha tidak menyalahkan orang yang berlaku kasar tehadap ku…tapi sampai bila ya Allah aku harus ditindas begini?? Adakah kerana aku seekor semut kecil dan mereka semut besar maka aku harus membiarkan diriku sentiasa dipersalahkan..bukan sekali ya Allah tapi sudah banyak kali”,semut kecil merintih.Tapi semut kecil itu tetap tabah kerana baginya banyak lagi semut-semut diluar sana yang diuji lebih hebat dan baginya ujian yang dia hadapi adalah sebagai momentum untuk dia lebih matang dan mungkin Allah mahu semut kecil itu menjadi semut besar suatu hari nanti sebab itu dia diuji dengan ujian yang sangat hebat.

No comments:

Post a Comment