Menempuh hidup sebagai seorang gadis bertudung labuh dan memikul amanah daripada ilahi untuk menuntut ilmu agama bukanlah suatu perkara yang biasa dan sebenarnya itu adalah sebuah amanah yang sangat berat jika diteliti dengan baik.Namun pernah tak anda terfikir bukan semua pelajar perempuan yang ambik kos agama ni, dilahirkan dalam sebuah keluarga yang cukup pegangan agama, bukan semua antara mereka yang ibubapa bekerja sebagai orang agama(korang paham??). Seterusnya yang paling penting, fitrah atau sifat semulajadi… Semua ustazah kene jadi lembut 24jam atau dengar sahaja apa yang dikatakan oleh kaum lelaki. Tidak bolehkah kita kaum wanita menjadi seperti Asmaa binti Yazid, berani merubah dan berani mengutarakan pendapat. Sehinggakan pernah pada suatu masa, ketika dizaman Rasulullah Saw. Asmaa telah diminta oleh kaum muslimat pada masa itu berjumpa dengan rasululullah untuk bertanyakan satu soalan kepada baginda kerana keberanian dan kecerdasan akal fikirannya maka semua muslimat yakin dengannya. Ketika dia berjumpa dengan nabi, nabi bertanya apa hajat berjumpa dengannya lalu dia bertanya kembali kepada nabi. “Wahai Rasulullah, engkau utusan Allah kepada kami ,perempuan dan juga lelaki,kami beriman denganmu, mengikut arahanmu , kami taat kepada suami kami, kami mengandungkan anak-anak suami kami, menyusukan anak-anak mereka,dan kami juga tempat mereka melepaska nafsu..tapi mereka pergi berjihad lalu mendapat pahala jihad namun kami, bagaimana dengan kami, apa yang kami dapat?
Lalu nabi berpaling kearah sahabat-sahabat lalu beginda berkata: bagitahu kepada isteri-isterimu bahawa walaupun mereka berada dirumah, mereka juga mendapat pahala jihad sepertimana yang kamu prolehi.
Lalu asmaa berasa gembira dengan jawapan yang diberikan oleh Nabi lalu pulag dan memberitahu kepada semua muslimat yang memintanya bertanya.
Cuba kita lihat betapa Nabi memandang wanita dengan martabat yang tinggi. Namun, jika dilihat kini ada sahaja segelintir kaum lelaki yang paham agama tapi kekadang memandang rendah kaum wanita. Walaupun kami memakai jubah dan bertudung labuh ini tidak bermakna kami ini boleh dipandang rendah dan pendapat kami diletakkan dilutut!
Kami menghormati kaum lelaki kerana mereka adalah kaum yag melindungi kami dan mereka adalah orang yang akan menjadi ketua kami, tapi sangat sedikit antara mereka yang memahami kami. Apakah kami juga tidak memahami mereka??? Pernah dalam satu pogrem dakwah aku sertai, seorang fasilitator lelaki datang kearah fasilitator2 muslimat. Dia bertanya, “macammana muslimat boleh buat ke sesi muhasabah diri lepas ni?”…dengan nadanya yang agak tidak yakin dia bertanya.Lantas aku membalas, “kami boleh je buat”! Dia pun membalas agak banyak komen…Aku pun panas lalu banyak la argument yang keluar masa tu, tapi seorang muslimat menepuk lutut aku dan dia berkata, “bagus enta, ana setuju”. Sakit betul hati aku masa tu, senang-senang je mengalah dengan lelaki. Selagi kita dipihak yang benar buat apa menyerah begitu sahaja. Tak salah jika kita bercakap sesuatu yang benar. Perempuan!
Sejak dari saat itu aku sendiri menyampah dengan perempuan, memang agak teruk kan statement aku ni.Aku kadang-kadang tak faham, perempuan harus selalu mengalah ke dengan lelaki???Perempuan sahaja ke yang patut mengemas rumah dan membasuh pinggan, masak didapur dan sebagainya??
Pernah aku mengajak sahabat aku bermain boling, tapi spoil bila dia kata , “tak bolehla ana pakai jubah”.Tak tanggal jubah kot kalau main boling. Pergi ramai-ramai bukannya sorang2. Tempat tuh pun terbuka dan ada juga perempuan.Serius aku rindukan saat-saat masa kat sekolah dulu, panjat itu ini, masuk hutan , wat camping, kene gigit pacat, berenang lam sungai..best!!!!!!!!!! Nikmat. JIka mampu dilakukan ramai-ramai….tapi kami ni terdedah dengan bahaya kan??? Macammana ek???entahla. Tapi sejujurnya dalam islam ini ada caranya kan, perempuan perlu menjaga akhlak dan perlakuan tapi pada masa yang sama tak salah untuk menyuarakan pandangan dan melakukan aktiviti lasak. Tahu tak statement paling menyampah aku pernah dengar daripada seorang muslimat,”malu lah nak present depan muslimin”…Tolong la!!
ok..malu biar bertempat yee…
Aku pernah menelefon seorang muslimin sebab aku tak boleh mcg, ye la mcg ni kdang2 complicated dan menimbulkan banyak salah paham dan yang plg ptg ambik masa nak type dah la aku ni pemalas nak balas mcg. SO, aku terpaksa la telefon muslimin tuh untuk bertanyakan suatu hal. Tapi dia tak angkat dan mcg aku, kenapa ustazah telefon ana?? Tak boleh mcg ke? Aku nak tanya korang, salahkah tindakan aku? Adey~ Bukannya waktu malam, siang terang benderang!Tolongla!!
Serius stress!!!
Lalu sabar jela… terimalah caranya…begitu???? Sampai bila begitu??? Sampai bila mahu begitu…aku nak ubah!!!!!!!!!!!!
tapi kalau berseorangan melawan kumpulan yang begitu…akhirnya mengalah la juga..kata orang buang ego… bukankah ego juga penting??
Aku hanya seorang gadis biasa bukan anak PM atau anak MB dan bukan anak mana2 ulamak yang terkenal..so, aku perlu banyak sabar..Sesungguhnya sabar itu manis…
Segala yang tertulis bukan niat nk menghina kaum sendiri atau kaum bertentangan tapi sekadar memberitahu kaum sejenis supaya janganlah terlalu memandang diri tu dhoif sangat dan menutup keseluruhan potensi wanita islam…bangkit wanita!!!!dan memberitahu kaum berbeza yang kita ni saling melengkapi, kalau hebat sangat anda2 sume wahai kaum lelaki dan rasa boleh hidup tanpa kaum wanita, balik rumah jangan mintak mak hangpa masak makanan best2… suh abah hangpa yang masak!
No comments:
Post a Comment