Followers

Friday, February 3, 2012

Episod (3):Entikah cinderella ana???


Setelah 3 hari usaha Laila untuk mencari sebutir biji tasbihnya menemui kegagalan dan kebuntuan,hatinya tidak menjadi tenang.Malah tidurnya tidak lena.Pernah pada suatu malam yang sunyi,Laila tidak mampu melelapkan mata. Mindanya berpusing-pusing memikirkan tentang sebutir biji tasbih itu. Atmosfera mindanya berserabut, fikirannya masih berserabut dan berkecamuk .Rupa dan imej sebutir biji tasbihnya masih terngiang-nging dalam fikirannya dan menyelubungi segenap jiwa. Badannya berpeluh dan dia teresak-esak menangis sendirian. “ Ya Allah,ampunilah aku, adakah aku ini tok amanah atau cuaikah aku? Tasbih tu jah hok jadi satu khazanah yang mengingatkan aku pada ibu dan ayoh”,Laila melayan perasaannya sendirian.

Kau tempat ku megadu hati,

Memberi segala hidup,

Dunia dan seisinya milikmu,

Mecintaimu sejati.


Ku manusia yang penuh dosa,

Berharap ampunan mu,

Lihat dilan

git kesempurnaan hatimu,

Kau cinta pertama dalam hidupku.

Allahu akhbar, Allah maha besar,

Memujamu begitu indah,

Selalu kau

berika semua,

Kebesaranmu oh Tuhanku….

“Assalamualaikum Ustak Haris, lamo doh tok tengok ustak maghi sejid ko ado masalah ustak?”, sambil tersenyum Fikri menyapa lembut Haris.Ustaz Haris adalah salah seorang pemuda yang disegani di kampungnya, berkelulusan tinggi dari Universiti Iskandariah Mesir dalam bidang perubatan dan tahfiz. Setelah Berjaya menamatkan pelajaran dia kini bertugas di sebuah hospital terletak di ibu negeri Kelantan. Segera haris membalas mesra,“Waa’laikummussalam,eh abe fikri,maah la ana sibuk sikit loni lagipun minggu lepah ana ado kursus luar Negara”. “Oh, abe buke gapo Haris, mung ni aset kapong nih, ramai-ramai budok mudo, mu jah abe buleh harap memakmurke sejid kapong nih”,sambil tangannya diletakkan kebahu Haris. Mesra, abang Fikri bukan sekadar seniornya semasa di sekolah menengah tetap juga jirannya yang sangat rapat dengan Haris. Haris membalas, “Abe, ana ingat lagi kato-kato Ustaz Fuad hok ngaja koloh kito dulu, dio kato pemudo hok hatinya tertambat pada masjid adalah pemuda yang dijanjikan oleh Allah syurga bagi mereka, bare syurga ni boh! sapo toksea”. Haris sangat disenangi oleh seluruh ahli jemaah masjid,jadi tidak hairanlah semua orang akan bertanya tetangnya jika dia tidak kelihatan ke masjid. “Lupo nok tanyo, abe nih penuh baghe tange ni manghi mano boh?”Haris mula perasan apa yang dipegang oleh seniornya itu. Tanpa menjawab soalan yang ditanya abang Fikri bertanya sesuatu kepada Haris, “Haris, mung buje lagi kea???, kapong kito ado sore muslimat manis jah dan dio nih abe salute sangat sebab tok dea ko abe, kalau aze dio hok sapa dulu sejid, limo waktu Haris weh nok oyak bui”.

Terbeliak mata Haris mendengar cerita yang disampaikan oleh abang fikri. Tersenyum dan wajahnya yang putih melepak ,janggut sedikit didagu,hidung mancung hasil campuran darah arab- melayu bersebelahan ayahnya dan berbadan tegap sederhaa kurus menjadikan dia pemuda paling “getop” di kampungnya. Menjadi kegilaan seluruh anak dara di kampungnya. Anak dara tergila-gilakan dia untuk dijadikan suami, manakala makcik-makcik warga emas terpikat dengannya kerana berharap supaya dapat jadi menantu. “Em, abe, namo dio gapo?”,tersipu malu dia bertanya. “Namo dio Lailatu Sakinah, oloh anok arwoh pok cik syukor tuh, mu tok kenal ko?”,balas abang Fikri. “Ana tok kenal la abe”, seraba salah Haris membalas. SEcara spontan abang Fikri bertanya, “bakpo mu berkenan ko dio?”. Haris tersenyum bersahaja.


Bersambung......

No comments:

Post a Comment