Followers

Wednesday, February 1, 2012

Menanam Benih bermutu kearah merealisasikan Azam BAru

Bukan senang mahu senang! Itulah peribahasa atau kata2 yang sering kita dengar. Kata2 yang membawa seribu erti. Terdapat satu ayat didalam Al-Quran yang mana dapat kita fahami tiada yang boleh merubah diri sesuatu kaum kecuali diri mereka sendiri. Maksudnya sangat jelas, tak ada orang yang boleh merubah diri kita kearah kebaikan atau kejahatan melainkan diri kita sendiri. Bercakap mengenai perubahan, aku suka menyentuh mengenai perubahan yang berterusan. Berhijrah atau berubah, bila kita mendengar dua perkataan ini, kita rasa biasa sahaja kan? Tapi jika dirasai melalui hati dan jiwa, kita akan merasakan beratnya hijrah itu. Aku sebenarnya mula merasakan kerdilnya aku dalam kalangan ramainya orang yang hebat2. Ramai yang asalnya dari keluarga yang hebat, kelulusan yang hebat tapi yang paling menyentuh hatiku ialah apabila aku cuba membandingkan hati dan akhlak aku dibandingkan dengan sahabat2 di sekeliling aku. Terasa malu dan rendah diri sangat. Aku penah mempunyai satu impian, aku tulis impian itu dan aku telah menampalnya pada dinding tempat aku mengulangkaji pelajaran, tapi impian hanya tinggal angan2. Korang nak tahu kenapa?? Sebab utama tentunya adalah diri aku sendiri dan yang kedua yang juga bagi aku sangat penting adalah kata2 daripada kawan2. Apabila aku tampal impian aku pada dinding, ramai yang perli aku, mereka kata aku kuat berangan, buatnya tidak.Hasilnya, aku gagal. Kawan2, kata2 adalah doa’.Apa salahnya kalau kita mendoakan sahabat kita dengan kata2 yang mulia(*peringatan buat diri aku juga*). Walaupun kita tahu kawan kita itu seorang yang pemalas atau kuat berangan, apa salahnya jika kita sentiasa mendoakan sahabat kita kearah kebaikan. Alangkah mulianya seorang sahabat yang mendoakan kejayaan sahabatnya dihadapan Allah tatkala sahabatnya tidak mendengar doa yang didoakan.Subhanallah!

Walau dalam keadaan apa pun, walau dimana sahaja kita berada, hanya ada satu benda yang akan menjadikan kita adalah kita. Tentunya adalah prinsip, prinsip inilah yang akan membawa kita kepada jalan Allah. Aku yakin ramai dalam kalangan remaja kini yang ingin menjadi remaja yang terbaik, tapi mereka atau aku susah untuk terus kekal atau istiqomah bila mula melangkah untuk berubah. Contohnya, aku dah berhasil untuk menjauhi maksiat tapi setelah aku berada dan tinggal dalam keadaan dimana sekelilingku penuh dengan maksiat ,akhirnya aku terlibat kembali pada maksiat yang aku tinggalkan dahulu. Itulah bukti betapa susahnya untuk berubah, aku mahu berubah bukan untuk tempoh setahun atau sebulan tapi untuk tempoh selamanya, selagi aku mampu hidup asal nanti aku mampu untuk menjawab pertanyaan Allah, aku pernah juga berusaha untuk menjadi hambanya yang terbaik walau aku pernah gagal , itu lebih baik daripada aku tidak pernah mencuba berubah langsung..kan??kan??. So, untuk mendapat hasil yang menguntungkan ,aku perlu menanam benih yang baik. Dalam tempoh kita menanam benih pastinya akan hadir pelbagai makhluk perosak yang akan merosakkan tanaman yang kita tanam. Semasa tempoh menanam juga kita harus memasukkan baja dan menyiramnya dengan air sentiasa agar tanaman yang kita tanam tumbuh mekar. Setelah mekar pasti ramai yang menyukainya. Namun, penanaman benih yang baik untuk mendapat hasil yang baik perlu konsisten dan sabar. Walau pelbagai dugaan dan ancaman yang hadir, aku perlu sentiasa melihat kehadapan. Ancaman dalaman seperti ulat beluncas dan cacing tanah manakala ancaman luaran daripada tupai dan makhluk sewaktu dengannya. Aku percaya benih yang baik akan menghasilkan tanaman yang baik asal proses memeliharanya dipertingkatkan dan dikawal. Biar lambat prosesnya asal ianya kekal segar dan semakin molek.

Mungkin tahun ini bermulanya ekspedisi menawan puncak takwa dalam diri dan mencari tunjang SRIKANDI yang digiurkan para mujahidah. Biar SARAH ZAHRA MUJAHIDAH punyai mujahidah dipangkalnya walau hakikatnya mujahidah yang dimiliki belum lagi berfungsi. Tak berapa nak mujahidah sangat. Aku percaya kegagalan adalah kejayaan yang tertunda, aku percaya sesiapa sahaja yang berusaha secara fitrahnya akan Berjaya Cuma lambat atau segera sahaja. Biarlah LOADING lambat asal jangan maintain FAIL. Aku perlu mencari sekeliling @ environment yang harmoni untuk memupuk dalaman yang harmoni juga, ramai yang kata aku ni kasar, hemm… kalau boleh membuat pilihan seperti memilih jawapan dalam kertas OMR dah lama aku nak sangat jadi muslimah yang lemah lembut(bahasakan diri ana-anta/ustaz-ustazah…erk!) dan jadi kakak dan saudara perempuan yang terbaik dalam keluarga tapi setiap cita-cita takkan pernah buta dari halangan. Betul tak? Kadang2 kejayaan yang hasilnya daripada seksaan dan keperitan adalah permata yang paling indah bagi aku. Kejayaan yang hasil daripada usaha yang cincai2 buat gapo! Bila aku kata , aku perlu tak berubah? Ramai sahabat aku yang kata, alah jadilah diri sendiri…emm… diri aku ni bagus sangat ker.. takda langsung galakan mengajak aku berubah. Tak dinafikan ada insan yang cuba membawa aku berubah tapi yang paling penting, nak tahu siapa yang sentiasa menapis dan menadah segala nasihat yang disampaikan oleh orang ramai? Pertamanya aku yakin ini adalah hidayah Allah yang sentiasa menyuluh perjalanan hidup aku dan yang kedua adalah diri aku sendiri.. Sesiapa sahaja yang menegur aku, aku akan fikir balik walaupun pada awalnya aku kutuk.heee… By the way, I need ..oh nooo..I MUST try to start my first step to continue my next steps. Alhamdulillah..Thanks Allah, you gave me so many extreme moments, a million stories and a thousand experiences to I keep them in my mind. Then I’ll know how you love me, even I’m always forget you my LORD! Forgive me and please always show me your way, so I can achieve the extremely happiness and smashing successful in my life!

~aku berani kerana aku ada Allah~

No comments:

Post a Comment