Followers

Wednesday, February 1, 2012

episod (2) cerpen:Entikah cinderella ana??


gambar hiasan


Sebulan berada dirumah...

"Emak, Laila nak belajar di pondok boleh?",Laila cuba memberanikan diri bertanya. Ringkas emaknya membalas,"tak dok duit". "Ala seratus jo mok", Laila mu lipat doh kain aku suruh tadi?"Emaknya cuba mengubah topik. Laila masih tidak mahu mengalah, "emm... minggu depe ado kem kepimpine remajo,seminggu,dekat Besut Ganung jah...em tak jauh pun dari... Belum sempat Laila menyudahka ayat, emaknya memotong lalu berkata, "NO!."Jap...jap kalu gitu Laila bertekad selama 3 bulan Laila duk dumoh, Laila nak solat 5 waktu kat masjid boleh mok?,lagi pun masjid tok sapa sekilometer pun eh",sempat Laila mencelah. Kemudia dia menambah,"Laila jale kaki je dengan mokcik-mokcik kampung,don't worry mok".Laila seakan membuat percubaan tanpa talian hayat.Lalu emaknya membalas secara spontan sambil memuncungkan bibir,"asal keje mu bereh tak po lah,mok ok jer".

Seminggu Laila solat dimasjid. Setiap hari azan dilaungkan, dia berjalan kaki bersama dengan beberapa warga tua dan makcik-makcik sekitar kampungnya. Menjadi kebiasaan buat Laila meratib tasbihnya kesayangannya yang diukir ibarat permata,indah berwarna merah hati. Tasbih kesayangannya itu adalah hadiah pemberian arwah ayahnya sempena hari lahirnya ke-13. Ibubapa kandungnya sudah enam tahun meninggalkannya setelah dijemput ilahi akibat daripada suatu kemalangan semasa dia mula melangkah ke alam sekolah menengah. Namun,Laila tetap bersyukur dapat tinggal bersama dengan ibu tiri dan adik lelaki tirinya. Hanya seutas tasbih yang indah itu sahaja mampu menjadi teman hidupnya memecahkan kerinduan pada orang tua kesayangan yang telah lama pergi. Tapi, Laila berasa sangat sedih setelah 3 hari dia tidak menemui sebutir permata tasbihnya apabila dia tersepak batu ketika pulang dari menunaikan solat i'syak. Pada ketika itu hari sudah gelap lalu tasbihnya terjatuh daripada genggamannya lalu berteraburanlah biji-biji tasbihnya diatas lantai.Laila berusaha untuk mengumpul kembali semua biji-biji tasbih itu namun akhirnya dia hampa setelah satu daripada biji tasbih itu gagal ditemui. Bertemankan rasa sedih, pada malam itu Laila pulang kerumah dalam keadaan yang sangat hampa.

Bersambung....

No comments:

Post a Comment