Teori yang disebut dalam pembelajaran Creative and critical thinking. Adakah x + y = y + x? Sama juga maksudnya dengan persamaan adakah semua muslim adalah mukmin sama dengan semua mukmin adalah muslim?? Tentu jawapannya tidak bukan. Begitulah juga dengan sepotong hadis yang menggambarkan tanda seorang mukmin.
Daripada Anas r.a berkata nabi:Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga kamu mencintai saudara kamu sepertimana kamu mencintai dirimu sendiri.
Hadis bukhari
Menemui insan atau sahabat yang sebegini dalam fatrah penghujung dunia amat sukar sekali. Mari kita sempitkan skop ini dengan melihat hanya disekeliling kita. Berapa ramai sahabat kita yang kisah tentang diri kita, berapa ramai sahabat yang ketika dia menyuap nasi kemulutnya maka dia segera teringat akan sahabatnya, segera dia menelefon sahabatnya lalu bertanya…”Apakah kau sudah makan?”. Tidak dinafikan ada tapi berapakah jumlahnya? Teringat aku pada satu peristiwa dimana Kerajaan mesir menyekat laluannya bagi Negara-negara lain memberikan bekalan makanan dan perubatan kepada rakyat Palestin. Betapa lemahnya ikatan ukhuwah dan mungkin juga iman kebanyakkan muslim kini. Palestin adalah salah satu simbol longgarnya ikatan ukhuwah kita sesama islam. Setiap hari dan saban hari saudara kita disana melalui baki-baki hidup dengan amat perit. Jika semua umat islam bersatu, aku yakin tidak mustahil rejim Israel boleh dihalau keluar dari tanah suci palestin dan mengembalikan kesucian dan keamanan tanah palestin. Namun, tidak semudah itu kita boleh bersatu. Terdapat tiga doa yang nabi minta daripada Allah, namun satu daripadanya ditolak. Apakah satu doa yang ditolak oleh Allah?? Begini kisahnya...
'Amir bin Said daripada bapanya berkata bahawa :
" Suatu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W. Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T. Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud :
" Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu Allah S.W.T hanya memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.
1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan.
Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a).
Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.
3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam).
Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan telah ditolak..
No comments:
Post a Comment