Episod 1
Senyuman,ketawa riang dan pelbagai gelagat yang sedia terlihat disekitar kolej Zainab Al-Ghazali. Esok adalah hari yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa.Tempoh tiga bulan cuti semester adalah tempoh yang agak lama buat Laila Sakinah Binti Syukur Alhamdulillah. Namun, bagi segelintir pelajar itu adalah tempoh yang singkat dan amat menyeronokkan . Mengambil lesen memandu,melancong,mengerjakan umrah dan pelbagai aktiviti yang sangat menyeronokkan dan bermanfaat dapat dilakukan dalam tempoh itu. Ironinya,cuti semester bagi Laila tidak seindah seperti rakan-rakannya yang lain. Dia mula membayangkan cuti semester nanti bagaikan hidup dalam sebuah drama sinetron “Bawang putih dan Bawang merah”.Hal ini kerana Laila sering dibuli oleh adiknya yang berumur 17 tahun,Awie.”Eh kau balik?”Awie bertanya secara menyindir kepada kakaknya Laila. Laila tidakmenjawab soalan yang berbaur provokasi dan sindiran daripada adiknya itu.Sudah masak dia dengan sikap kurang ajar adiknya itu.Mungkin diam adalah jalan yang terbaik, teringat Laila akan nasihat Ustaz kuliahnya dahulu,ketika seseorang itu sedang marah lebih baik seseorang itu diam.Baginya diam adalah cara yang terbaik.Tambahan dia agak keletihan setelah hampir lima jam berada didalam bas untuk pulang ke kampung.
Setibanya Laila di rumahnya…
“Mek tengok mek la tu, dio buke nok gi goring lauk aye kokre, ore lapa doh ni mek!”Awie mengadu pada emaknya sambil lidahnya menjelir-jelir keluar kearah Laila. Jantung Laila mulai berdegup kencang bagaikan cacing yang kepanasan.Terserap darahnya melihat perilaku adiknya yang sangat meloyakan.Sungguh marah lagak Laila,tiba-tiba…”Mekla!Mu wak gapo lagi?!,gerok selaluh la,adikmu lapa peda doh ni”,satu arahan tegas diberikan kepada Laila. Tergumam Laila,segera sahaja dia kedapur melaksanakan arahan. "Penatnya,lepas ni mesti aku kena kemaskan ruang tamu , mop lantai dan lipat kain",ehh...Astaghfirullahala'zim!,aku mesti kena ikhlas,baru dapat "topup" daripada Allah,Laila mula merungut setelah separuh hari dia didapur melaksanakan tugas didapur dan melayan kerenah adiknya.Ketika Awie sedang enak menjamu makan tengaharinya dihadapan kaca televisyen, pada ketika itu juga Laila seikhlas mungkin menyapu sampah-sarap dan habuk disekitar ruangtamu. Tiba-tiba...buk!tanpa disedari Awie telah melontarkan seketul tulang ayam yang baru diratahnya keatas permaidani yang baru sahaja divakum oleh Laila.Tanpa berfikir panjang Laila terus mencampakkan penyapu yang dipegangnya kelantai lalu segera mengejar adiknya . Walau pemat tak terkata,Laila penuh bersemangat mengejar adiknya . Amat mengecewakan ,Awie berlari ibarat lipas kudung, sungguh laju dan penuh dengan tipu helah. Arghhh...,hantu,penanggal,pontianak,toyol busuk,kucing kurap ,tong sampah ,keldai", Laila memuntahkan segala kemarahannya. Nasib baik ibunya tiada dirumah kalau tidak terpaksalah dia menelan sahaja kemarahan dengan penuh kesabaran.
Bersambung.......
No comments:
Post a Comment