Revolusi di Syria bersangkut-paut dengan tiga sebab utama iaitu penindasan rakyat lebih 40 tahun, kebangkitan rakyat di negara-negara Arab lain dan kemuncaknya adalah insiden 20 remaja menconteng dinding dengan menulis “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Remaja-remaja itu ditangkap, diseksa, dicabut kuku, tangan dan kaki, hingga seorang daripadanya meninggal dunia.
Apabila ibu bapa kanak kanak/remaja-remaja itu datang untuk membebaskan anak-anak mereka dari penjara, ketua polis penjara mengatakan kepada mereka:
"Kamu balik sahajalah, lupakan anak anak-anak itu dan anggaplah mereka telah tiada..., jika kamu hendak anak-anak lagi berikan kami isteri-isteri kamu (agar kami rogol), hasil daripada itulah anak-anak kamu.”
Pemberontakan 2011 Syria atau kebangkitan rakyat Syria 2011 merupakan
konflik dalaman yang masih berterusan, yang berlaku di Syria sejak awal 2011. Bantahan bermula pada 26 Januari 2011, dan meningkat kepada tahap kebangkitan pada 15 Mac 2011. Kebangkitan ini dipengaruhi oleh bantahan serentak di rantau Timur Tengah yang "belum pernah terjadi sebelumnya. Para pembantah mendesak Presiden Bashar al-Assad berundur, parti memerintah Parti Ba'ath membenarkan parti politik lain, hak sama rata untuk orang Kurdi dan kebebasan politik meluas, seperti kebebasan akhbar, bersuara dan berhimpun.Seperti juga gerakan revolusi di Tunisia dan Mesir, para pembantah melakukan perarakan, mogok lapar, vandalisme terhadap harta kerajaan dan kedai-kedai. Beberapa kumpulan Islam di Utara Syria telah mengambil kesempatan ini dengan melancarkan serangan terhadap kerajaan.
Kerajaan Syria menggunakan kereta kebal dan penembak tepat dari atas bangunan untuk memaksa penunjuk perasaan berundur. Bekalan airdan elektrik telah ditutup di bandar Daraa. Pasukan keselamatan mula merampas tepung dan makanan. Keadaan yang serupa di Homs.[34][35]Pada Mei, tentera Syria memasuki bandar Baniyas, Hama, Homs, Talkalakh, Latakia, Al-Midan dan Duma di Damsyik, dan beberapa bandar lain. Lebih 2,300 penunjuk perasaan telah dibunuh, cedera dan beribu-ribu ditahan. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki-moon mengutuk penggunaan kereta kebal terhadap penunjuk perasaan sebagai "tidak boleh diterima".
Pada 6 Jun, dikatakan, tembakan rawak daripada helikopter membunuh 10 orang di Jisr ash- Shugur. Dua hari kemudian, tentera Syria melancarkan tindakan keras di Jisr al Shughour sebagai membalas dendam dan membunuh 120 anggota polis. Penduduk tempatan mendakwa askar yang enggan berperang ditembak. Pada 10 Jun, tentera Syria telah memulakan operasi di Jisr ash - Shugur. Ramai aktivis, orang awam yang melarikan diri, dan tentera yang berpaling tadah. Namun Reem Haddad jurucakap Kementerian Penerangan Syria, menafikan laporan pembelotan itu.
Pada 12 Jun, wartawan di Daraa melaporkan bahawa tentera Syria menyekat jalan ke luar bandar dan menghalang bekalan makanan melaluinya. Akibatnya, penduduk Daraa berhadapan dengan kebuluran. Lima ribu penduduk di sana berkumpul di stadium tempatan, yang kini digunakan sebagai pusat tahanan. Pada bulan Julai, New York Times telah melawat Hama, dan melaporkan bahawa penduduk di sana penyokong setia Assad. Pada 31 Julai, tentera Syria memasuki bandar dan mula membunuh penunjuk perasaan pada kadar tertinggi lagi.
Ramai pihak yang telah memberi reaksi terhadap kebangkitan ini. Liga Arab, Kesatuan Eropah, Setiausaha Agung PBB, Pertubuhan Kerjasama Islam, Majlis Kerjasama Teluk, Arab Saudi,Turki dan Amerika Syarikat antara lain mengutuk penggunaan kekerasan terhadap pembantah. Bagaimanapun, campur tangan ketenteraan secara umumnya bukan pilihan bagi kuasa-kuasa asing ini. Pada 12 November, Liga Arab mengeluarkan kata dua supaya keganasan dihentikan menjelang 16 November atau keanggotaan Syria dalam pertubuhan itu digantung.
Antara perkongsian yang aku dapat sepanjang mencari maklumat tentang apa yang berlaku di Syria:
Kekejaman Kerajaan Syria (Presiden Basyar Asad)
1) Dalam masa 42 hari telah mati seramai 40 000 orang rakyat Syria. Ini serius kejam.
2) 39000 orang Syria telah cedera. Mereka TIDAK dirawat dan dibiarkan sahaja.
3) Bunuh 19 orang doktor Syria di hospital dan 40 orang pesakit Syria di hospital.
4) 9000 tahanan ditahan.
5) 413 orang telah syahid didalam penjara.
6) Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita-wanit ini DIROGOLdi hadapan abang2, ayah, anak2 dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7) Seorang ukhti, bernama Zainab Al-Husni. Beliau telah ditangkap dan dia mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT. Anggota badan yang di kerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau. INI SERIUS KEJAM!(seperti yang diatas tadi)
8 ) Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9) Menyuruh tukar La ilahaillah kepada La ilah illah Basyar Asad. INI SERIUS SESAT!
banyak lagi informasi tentang isu ini... jika mahukan maklumat yang lebih sila ikhtiarkan sendiri.
kata Ali r.a. "Pemerintah yang batil (zalim) itu hanya sementara tetapi pemerintah yang benar kekal selamanya.”
Kata-kata Ali r.a. bertepatan dengan firman Allah Subhanahu Wa Taala di dalam surah al-Israk ayat 81:
“Dan katakanlah: ”Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.”
Sumber: Internet.
No comments:
Post a Comment