memang ingat nak balik dengan bas sebab naik bas lagi murah dan selamat dan aku pun ada masalah dalaman sikit dengan pemandu teksi. Tapi nasib aku tak baik, hanya teksi saje yang lalu lalang depan aku , bas tak nampak bayang langsung. Tetiba aku nampak sebuah teksi dari jauh menurunkan penumpangnya, segera aku mendekati teksi itu sebagai tanda aku nak naik teksi itu, tapi aku nampak macam tak bagi naik je, kawan aku plak cakap teksi tu tunjuk tangan tanda tak nak ambik lagi penumpang. Aku pun berjalan laju kearah sahabat aku tadi sambil tersenyum malu.Malu la bila teksi tu tak layan aku kan. Tiba-tiba teks
i tadi lalu depan kami tapi seakan-akan mahu berhenti tapi bila aku
pergi dekat pemandu itu menggerakkan teksi dia...nampak macam main-main je dengan aku. Nampak ada peluang aku pergi kearah teksi yang bagaikan beruk minum arak tadi aku pun (kepeningan*pepatah baru*)mendekati dan membuka pintu teksi tadi. "Pokcik gi mache?"aku bertanya. Dia mengangguk. Aku pun naik je lah teksi tuh.Pada masa itu ada seorang perempuan dewasa dan seorang lelaki muda bersama aku dalam teksi tersebut tapi pemuda itu duduk bersebelahan dengan pakcik teksi. Selepas sahaja turun du orang penumpang tadi maka dengan tetiba pakcik tuh tanya aku. Belajar kat mana?? aku dengan jujur jawabla. Saya belajar dUIA. Dengan suara dan cara agak menyindir dia kata "Belaja tinggi doh, nok sekat teksi tok panda lagi, ore berhenti doh g sekat teksi lain" Aku pun cakap la kat teksi tuh yang aku mana da tahan teksi lain. Dia pun balas balik, "mata pakcik ok lagi, pakcik nampak. Eh nak je aku lempang pakcik tuh...eh aku tahu la...mana da aku tahan teksi lain... Mula-mula aku cuba senyum dan berfikiran positif kat pakcik tuh..,tapi semakin dia banyak beleter dan menuduh aku yang bukan-bukan. Aku pun mulai pelik, apa masalah pakcik ni nak marah-marah aku ni..dia seakan mencabar aku untukbertindak kurang ajar dengan dia. Dia tak kenal sapa aku, sekali aku bercakap , tak terjawab la nanti. Masa itu aku cuba kawal kemarahan aku, tengah -tengah dia berleter tuh memang badan aku tetiba panas , tangan aku menggeletar, ingat aku nak je tumbuk dia paling tidak aku menjerit-jerit sekuat hati..geram betul tapi aku cuba kawal, aku tak tahu macammana aku diam...aku diam....tanpa sepatah kata... aku sedar aku bertudung labuh, kalau aku bertindak diluar kawalan atau menjelaskan enda yang betul pun , tengok cara pakcik tuh bercakap memang tak makan saman... balik-balik bertikam lidah aku dalam teksi, silap haribulan aku kene campak keluar dari teksi tuh, dah la waktu hampir malam.. Paling aku geram dan kesal adalah apabila pakcik tuh menuduh aku membuta tuli dan tiada sifat hormat terhadap aku tambahan lagi waktu sudah hampir malam dan aku sebagai seorang gadis. Korang boleh bayang apa perasaan korang bila dia kata "tak pandai tahan teksi dah la nampak kalut-kalut. Laaaa... dah nak malam kot, bayang bas plak takda mestilah kalut nak balik... manusia apakah?? Setelah penat menahan marah, perjalanan juga hampir tiba ke kawasan rumah aku, aku pun cakap la kat pakcik tuh "pak cik berhenti depan kedai yee". Korang tahu tak dia pergi turunkan aku kat kedai paling hujung, tuh pun dia tak berhentikan teksi tuh lagi kalau aku tak cakap sini!!.. dia kata sini banyak kedai, kedai mana satu.. aku rasa tadi aku dah tunjuk ...yang dia pergi jauh beratus meter tuh apasal... Dengan perasaan aku yang bertambah marah aku keluarkan duit rm10 dan terus bagi kat dia dan tutup pintu kereta dengan kuat sambil mulut memuncung marah... kalau ikotkan rm3 je harga teksi tuh...aku sedekah jelah...dia pun bila dapat dui tuh tak reti-reti nak bagi baki ker... muka tak malu.... geram sangat tapi aku bangga dengan diri aku sebab aku dapat kawal kemarahan aku ...yeay...nasihat kat sume pemandu teksi, setiap orang dianugerahkan dengan kepelbagaian kepintaran..kalau ada doktor yang tak pandai masak dan baca quran, kalau ada pelacur yang pandai main chess,,tentulah tak pelik kalau ada orang yang belajar pandai tapi tahan teksi tak pandai.... setiap orang ada kelemahan ...tapi aku ok je tahan teksi cuma aku tak pandai nak paham pemandu teksi yang ingat aku nak sangat naik teksi dia padahal aku cume terdesak ok. i love bus......forever
hahahaha.....bus mmg terbaik!
ReplyDeletemacam mna ko tahan teksi ?? hahaha...
ReplyDeletepakcik tuh yang JAHAT
ReplyDelete