Followers

Sunday, February 26, 2012

Entikah cinderella ana?? episode 4

aku sekuat goku....

“Dua minggu doh aku duk sipe sebutir tasbih ni, sapolah pemilik dia?”,Haris bermonolog sambil tangannya mengenggam biji tasbih itu. Setiap malam sebelum Haris melelapkan matanya, dia pasti akan berdoa agar dipertemukan dengan pemilik biji tasbih itu. Apa yang merungsingkan kepala otak dia adalah jika pemilik tasbih itu tercari-cari sebutir biji tasbih itu, kesian, itulah yang bermain-main di minda Haris.

Keesokkan harinya,dalam tergesa-gesa Haris berkejar ke hospital tempat dia bekerja setelah mendapat panggilan kecemasan.Setelah tiba di satu simpang menghala keluar dari taman perumahannya , tiba-tiba…Dush! Haris dengan tidak sengaja telah melanggar seorang gadis , ditangan gadis ayu yang lengkap bertudung labuh itu terdapat sebuah bakul yang penuh dengan sayur-sayuran dan ikan .Gadis itu adalah Lailatu Sakinah. “Astaghfirullahalazim”, terkesima Haris.Tanpa sempat dia keluar dari kereta, Laila bagaikan ombak tsunami atau mungkin ombak rindu deras menerkam kearah Haris lalu berkata, “nok gi mano? Laen kali bowok keto tuh acu tengok teh kane kiri”, membuak-buak kemarahan Laila pada Haris. “Maaf, sasasa…saya mintak maaf…sasa…saya dok sengaja awok, sayo nok cepak takdi”,suara Haris terketa-ketar, bercampur-aduk antara kecemasan dan ketakutan. “Sayo mitok maah la kalu sayo kecek kasar gini tapi awok meme saloh pun”, perlahan-lahan nada suara Laila setelah dia terlihat wajah tampan Haris yang dalam ketakutan. “Awak ok dop”? Haris bertanya sebagai tanda ambil berat sambil mengutip-kutip sayur-sayuran yag bertaburan jatuh diatas jalan. “Ok”!,ringkas jawapan yang dibalas oleh Laila setelah disoal oleh Haris. Laila pulag tanpa menghiraukan Haris. “Cik! Jap”haris cuba memanggil-manggil Laila namun, panggilannya tidak diendahkan sama –sekali. “Bekengnyo pue tuh,hehe tapi comel la”,terusik sindirian Haris.Tiba-tiba, “tasbih merah!”,Haris tergamam melihat ekor tasbih yang terkeluar sedikit dari poket jubah laila.

Sebulan sudah Laila tidak kemasjid ,selepas kejadian dia pulang lewat kerana ingin mencari sebutir biji tasbihnya yang hilang. “Napoknyo takdok mano harape aku nok jupo balik butir tasbih aku hok hile tuh”,Laila mengeluh sendirian.”Sapo mamat hok tepuh aku tadi ek?” , “beghani dio tepuh aku,mujur dea sekat nga bakul sayur tadi, kalu dok gak jadi budok OKU doh la aku…hehehe”,Laila tersenyum sendirian.Walaupun bilangan biji tasbihnya sudah kurag satu tapi dia tetap membawa seutas tasbihnya itu kemana sahaja dia pergi setelah dengan memasukkan kedalam jubahnya.

No comments:

Post a Comment