Followers

Saturday, July 2, 2011

Politik pada aku insan berminda kecil

Semakin aku meningkat dewasa, semakin aku berani bersuara maka aku dapati semakin aku mengetahui apa itu makna kehidupan, kehidupan itu terisi dengan pelbagai ragam.. Rupa-rupanya kehidupan ini ibarat perencah nasi goreng. Didalamnya terkandung pelbagai ramuan dan rase.. Selama ini hidup aku hanya belajar dan belajar berpandukan buku-buku teks disekolah. Kebanyakkan buku yang aku baca adalah novel dan majalah islam. Jarang sekali aku mencuba buku-buku yang berkaitan dengan politik. Dahulu aku bencikan politik, bagi aku politik itu adalah pertelingkahan, permusuhan dan aku tengok ramai orang yang terlibat dengan politik sentiasa menggunakan pelbagai isu untuk menuduh antara satu sama lain. Apa yang paling aku benci, bila sebut hal politik sahaja ahli keluarga pun akan berpecah belah. Ishk... itulah politik bagi aku suatu ketika dahulu dizaman awal remaja.. Namun, pemikiran aku tidak terus begitu. Setiap hari aku cuba untuk mencari dan menilai apakah itu politik dan kepentingannya. Aku cuba melihat dan mengkaji sistem politik di negara kita, dan aku dapati sistemnya adalah Sistem Demokrasi.. Apakah itu demokrasi??
Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.
Melalui sistem ini rakyat diberi kebebasan unutk bersuara , kebebasan akhbar dan rakyat juga bebas unutk memilih parti yang ingin diundi sebagai pemerintah tapi yang aku peliknya apa yang aku lihat dan nampak sekarang perkara sebaliknya berlaku didepan mata kepala aku...
Ok, secara jujurnya la.. aku memang tak layak lagi nak mengundi dan bersoal tentang politik sedangkan aku masih lagi terikat sebagai seorang pelajar dan menurut undang-undang negara pon(AUKU) aku ni tak dibenarkan bercakap soal ni sekarang. Aku cuma ingin kepastian, kenapa mak aku yang kat rumah cakap dia kene paksa undi ....dan yang paling aku geram kena paksa pacakkan bendera satu parti ni kat rumah... apakah itu dinamakan kebebasan memilih dan mengundi dan apakah adil dan tulus namanya.. aku bukan nak bersoal tentang aku tidak sokong kerajaan atau aku adalah pembangkang tapi kenapa jadi macam tu ye... kita nak bersaing bairlah atas nama keadilan dan kebebasan.
Sekarang aku sudah semakin berminat dalam bidang ini kerana politik sememangnya tidak boleh dipisahkan dengan agama, melalui politiklah negara islam akan terbentuk.

    Di dalam ideologi Islam, politik dikatakan sebagai sesuatu yang bersih kerana politik Islam terbina diatas dasar aqidah atau di sebut sbagai ‘ taswwur Islami ‘ (Mohd Sulaiman, 1988). Di antara dasar ideologi politik ini ialah kuasa mutlak untuk menggubal atau merangka undang-undang hanyalah Allah s.w.t. Oleh kerana itu politik dan agama Islam tidak dapat dipisahkan. Jika dipisahkan maka bermakna tidak akan bererti seseorang muslim itu.

    Jadi tidak hairanlah jika dunia barat beranggapan bahwa politik itu sesuatu yang kotor ( Kassim: 12) kerana mereka sengaja memisahkan politik dari agama mereka sebagai pegangan hidup mereka. Mereka menghambakan diri pada benda (Meterialisme) bukan kepada tuhan. Mereka berpandukan kepada hukum akal semata-mata. Maka wujudlah ideologi yang memisahkan agama dari politik di antaranya seperti komunisme, sosiolisme, nasiolisme dan zionisme yang mana semua ideologi ini tercetus di dunia barat dan merebak ke serata dunia.

    Istilah politik amat luas tafsiran penggunaannya. Tetapi sengaja dipersempitkan. Cuba kita lihat masyarakat disekeliling kita , istilah politik selalu dikaitkan dengan parti-parti politik sahaja. Kita sedia ketahui politik itu sendiri dapat mengajak manusia berfikir.

    Satu contoh yang mudah kalau kita didatangi oleh seorang peminta sedekah kita dengan murah hati menderma sebanyak 20 sen. Apalah sangat 20 sen tersebut. Tapi jika peminta tadi telah pergi kepada 100 orang dalam sehari. Berapakah yang dapat dikumpul olehnya pada hari itu. Tentulah lumayan.
    Adakah masyarakat kita tidak memikirkannya. Jadi, tidak hairanlah jika orang mengatakan sesetengah rakyat Malaysia malas berfikir.

    Sekarang kita pergi kepada konteks yang lebih luas lagi, kita lihat sistem petadbiran di negara kita sendiri. Dari sudut mana dikatakan negara Malaysia dikatakan sebagai sebuah negara Islam. Sistem pemerintahankah, sistem ekonomikah atau sistem sosial? Disinilah kita perlukan masyarakat yang fahamkan politik. Yang tahu menilai ideologi islam dan ideologi barat yang sekaligus memisahkan agama sebagai cara hidup. Di sini bukanlah kita nak mempertikai sistem pemerintahan negara kita tetapi itulah satu realiti yang harus kita fikirkan besama.

    Maka disebabkan politik dipisahan dengan agamalah maka akan berlakunya isu korupsi, penyelewengan,dan ketidakadilan dalam politik. Sudah jelaslah kan... apa yang berlaku kini amat perlu dikaji oleh mata hati kerana mata kasar sudah kita guna namun tiada guna... Post kali ni mungkin agak matang tapi itulah hakikat yang perlu diselak walau kita ternyata masih belum bersedia..

1 comment:

  1. belajar introduction to human science ye kat gmbak bru taw camne politik tu...

    p/s: doakan result kawe yg nak kuor 29 hb Julai nie yer... kawe ambik saubjek tu short sem lpas... :)

    ReplyDelete