Memori yang lepas mula mengusik ruangan mindaku yang sentiasa kosong sejak akhir-akhir ini. Kebisingan kota tidak merunsingkan aku namun, airmataku sentiasa menitis tatkala namanya muncul diminda..
……………………………………………………............................................................................................
Kemasukan pelajar tahun pertama telah diumumkan, Maryam telah ditawarkan untuk menyambung pelajaran ke UIA(universiti islam antarabangsa) peringkat asasi dalam bidang agama.Minggu pertama disana dia berkenalan dengan seorang pelajar perempuan, nama pelajar itu adalah Aruneb.Dia sangat cantik dan peramah .Sedar tidak sedar aku telah bersahabat dengan Aruneb selama 2 semester .Maryam sangat menyukainya, dia sangat penyayang dan sangat dia selalu mengusiknya. Merenung kewajahnya menjadikan hatinya lebih tenang.”Tidak hairanlah jika dia sentiasa diganggu oleh ramai lelaki termasuk pelajar-pelajar dari pusat asasi yang aku belajar sekarang namun, segalanya hanya tinggal mem
ori ,nama Aruneb kerap meniti dibibir aku, tapi apakah aku mampu mengikat hati aku dan dia seperi dahulu, aku sangat mencintainya,sejarah itu telah menghancurkan segala-galanya,Aruneb maafkan aku..aku menyesal….bisik Maryam dengan nada kecewa.
_______________________________________________________________
Petang yang sangat hangat di bumi Nilai, terasa seperti berada dipadang pasir, tekak terasa sangat kering ditambah pula jiwa bersarangkan berjuta-juta masalah, dari masalah pelajaran hinggalah masalah hati dan cinta.Dulu Maryam amat membenci cinta dan "couple", "apalah yang dipuja dengan cinta.. batapa bodohnya remaja yang bercinta", bisik Maryam.
Namun,Maryam sudah terperangkap dengan cinta.Padanya Maryam beroleh kemanisan dan kebahagiaan yang tidak pernah dia rasakan sebelum ini…
“Mariam, mari sini kejap sayang”,lembut sungguh nada suara Aruneb memanggil aku. Terus aku membalas“Apehal kau ni, aku tengah serabut ni”jawab Maryam dengan penuh kemarahan. Entah Maryam semakin membenci Aruneb, selembut mana pun nada suara sahabatnya itu memanggil, tapi semakin hari dia merasakan semakin tidak selesa mendengar nada suara Aruneb, terasa sangat meloyakan. Kenapa sekarang
Yam dah lain?? Kenapa? Apa salah aku yam?? Apa dah aku buat kat kau???Aruneb menangis tanpa henti..Dia terus mendakap erat Maryam sambil mencium pipi sahabatnya itu, namun segera ditolak oleh Maryam,tersungkur dia jatuh. “Maafkan aku Aruneb, kau usah berpura-pura lagi dihadapan aku, sungguh kau adalah insan yang paling aku benci kini dan selamanya”, lantang suara Maryam meludahkan kebencian yang sudah lama bersarang di lubuk hati ..
Tiap-tiap malam Hafiz menelefon Maryam.Maryam sangat mencintai Hafiz, lelaki itu senantiasa mengambil berat terhadapnya.Jika satu h

ari dia tidak mendengar suara buah hatinya itu pasti tidak lena tidur, Hafiz kacak dan sangat romantic. “Tiada yang dapat menandingi kasih sayang dia terhadap aku, bisik hati Maryam”. “Aku amat yakin Aruneb sentiasa cuba menghalang aku bercinta dengan Hafiz kerana dia turut menaruh perasaan yang sama terhadap Hafiz, Cis! jika hafiz tinggalkan aku, jahanamlah kau Aruneb”, Maryam mula berperasangka buruk terhadap sahabatnya.
“Maryam, sudah-sudahla bercinta dengan si hafiz tu, dia bukannya baik pun, dia hanya main-main je dengan yam, lagipun dia dah ada makwe la..Dengar ni, walaupun dia kacak tapi jangan lupa bercinta itu haram sayang.. dah lupakah janji yam dulu, yam kata nak cinta lepas kahwin kan???yam, bertaubatlah yam, Neb Nampak yam berpegangan tangan dengan si hafiz semalam dekat Tesco, astaghfirullahalazim!! Apa dah jadi dengan yam ni?? Tak cukupkah kasih sayang yang neb bagi dan kasih sayang yang halal daripada keluarga Yam??? Kalau umi dan abi yam tahu, tentu diorang sedih.. kita sekolah agama yam.. jangan malukan agama..hik..hik” , airmatanya mengalir secara tidak sengaja..kata-katanya seperti paip yang bocor, tanpa henti mengalirkan isi hati,,tak takutkah dosa yam”?…PANGGG!!!!! Melekat tamparan kencang Mariam pada pipi sahabat karibnya..” Hei! dah puas kau berleter??? Aku penat, kau jangan nak cari pasal dengan aku, tak pasal-pasal aku terajang kau malam ni”..teriak Maryam seperti orang mabuk. Benarla mabuk cinta..inilah padahnya jika cinta buta pada manusia, namun ianya sangat indah jika cinta itu buta pada Allah.
“Hello sayang, abang nak jumpa sayang malam ni boleh?? Lagi pun dah lama kan kita tak jumpa?? Tapi malam ni jangan pakai yang sopan-sopan sangat ya”, pesan Hafiz pada Mariam, pesanan itu agak mencurigakan hatinya namun, disebabkan cinta yang semakin menebal , dia sanggup keluar pada malam itu berseorangan dengan buah hatinya dengan memakai pakaian yang selama ini tidak pernah dipakainya..seluar jeans dan baju T-shirt yang sangat ketat walaupun bertudung.Tanpa disedari perbualan itu telah didengari oleh Aruneb, tanpa membuang masa Aruneb dengan berani mengekori kereta yang dinaiki Hafiz dan Mariam dengan sebuah kereta kancil milik rakan sekelasnya, kereta itu dipinjam oleh Aruneb petang tadi, digunakan untuk pergi ke Bandar namun,mujurlah Aruneb belum memulangkan kereta itu kepada pemiliknya. Sedang rancak Maryam berasmara bersama dengan teman lelakinya dalam sebuah kenderaan terletak molek diseberang jalanraya, Aruneb terus datang mengetuk pintu kereta yang dinaiki Maryam dengan penuh kemarahan.Tanpa disedari Hafiz membuka pintu mobilnya lalu menumbuk kemas kearah wajah Aruneb tanpa belas kasihan, Maryam hanya memandang sambil mencebik.Aruneb tersungkur jatuh , dibibirnya ada terlafaz satu nama, Ya Allah. Maryam segera menutup rakus pintu kereta, lalu kereta itu dipandu laju, Aruneb pantas bangun mengejar ..tiba-tiba datang sebuah lori melanggar Aruneb. Tubuhnya terpelanting…….
Setiap hari Maryam menziarahi Aruneb di sebuah hospital, setiap kali dia melihat Aruneb terlantar diatas katil, air matanya bercucuran. Selepas peristiwa Aruneb dilanggar sebuah lori, Aruneb kini berperang dengan maut, Ajalnya makin menghampiri. Dia disahkan koma, sudah setahun tempoh masa untuk menempuh azab. Tiap-tiap malam airmata Aruneb bercucuran, sakitnya tak tertahan menanggung azab kesakitan yang dihadapi, mulutnya seakan-akan bertasbih mengingati Allah.
Panggilan telefon berdering ,ring!...ring! galak bunyinya seperti ada perkhabaran penting. Ganggang telefon pantas diangkat oleh Maryam, bercucuran air matanya mencurah laju, segera dia memandu kereta kancil kesayangannya menuju ke sebuah hospital. Maryam rebah melihat sekujur jasad diselimut litup, Maryam meraung-raung.Kewarasannya mula teruji, mukanya ditampar-tampar.
________________________________________
_______________________
Memori yang lepas mula mengusik ruangan mindaku yang sentiasa kosong sejak akhir-akhir ini. Kebisingan kota tidak merunsingkan aku namun, airmataku sentiasa menitis tatkala namanya muncul diminda..
Kini, aku terpaksa menukar tempat pengajianku, jika dahulunyaMaryam bangga terpilih menyambung pelajaran ke sebuah IPTA namun, sekarang dengan berbadan dua , dia terpaksa menghuni sebuah pusat pengajian yang memberi sejuta makna.Raudhatussakinah, menjemputnya untuk mencari sinar baru dalam hidup. Hafiz ternyata tak berguna, dia meninggalkan Maryam setelah mendapati kekasihnya itu mengandung hasil keterlanjuran mereka. Maryam telah dibuang keluarga, punyai insan yang mencintainya namun apakan daya insan yang benar-benar mencintai Maryam sudah lama menghuni daerah yang jauh, satu daerah yang kekal abadi….
No comments:
Post a Comment