Followers

Sunday, June 26, 2011

....TARBIAH...


Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh....
Mata aku tak berkelip-kelip melayan lamunan masa lampau semasa di alam persekolah, masa pantas berlalu. Masih aku terbayang-bayang disaat langkahan pertama kaki aku hinggap di pintu pagar sebuah sekolah yang penuh barokah dan rahmat , namanya tersergam indah walau agak tidak dikenali ramai, Maahad Syamsul Maarif. Namanya indah walau tak seindah rupa, haha... aku masih terfikir-fiikir apakah punca aku mula jatuh hati pada sekolah lama aku itu padahal pada zahirnya semuanya dhoif pada pandangan mata kasar. Terimbau kembali saat mula-mula belajar pada hari yang pertama, aku diletakkan didalam kelas yang kedua dari lima buah kelas. Setiap hari aku berasa sangat tercabar sebab semua orang hebat dan berpotensi kalau nak dibandingkan dengan aku kan..
Kalau dulu masa aku sekolah rendah aku tak penah baca ma'thurat, aku tak penah hafal dan baca asma' ul husna(nama2 Allah), tapi bila aku belajar kat sekolah ni aku dah banyak didedahkan dengan agama islam. Bukan aku nak cakap yang selama ini aku tak dididik oleh ma dan abah tapi aku nak bagitahu kat korang semua bahawa di sekolah agama ini aku rase lebih dekat dengan Allah. Aku tak nafikan yang aku belajar kat sekolah itu pun bukan sebab aku dipaksa dan terpaksa malah aku sukarela dan rase sesangatla bangga . Apabila belajar kat situ plak takda langsung perasaan nak blah dari sekolah tu..emmm...semuanya sangat hepi....huuuu.....
Tahun pertama aku belajar kat sekolah tu aku dilantik sebagai penolong, selama aku hidup , tu la kali pertama aku dilantik sebagai penolong ketua kelas... selama ni aku cam tak berguna je kat sekolah rendah, aku tak berpotensi langsung,. takda cikgu pun yang bangga ngan aku,
bukan nak menghina diri tapi kenyataannya ialah masa kat sekolah rendah tak pernah kut duk kelas depan2 ni, asyik duk kelas hujung je..
yang paling kelakar sekali adalah... aku ni selalu kut bertumbuk ngan bdak laki2... gengster gak la kan.... tapi itu dulu la mase belum masuk sekolah menengah.. dah masuk sekolah menengah serta-merta jadi semakin ayu dan agak baik ...heee.
Tahun yang kedua nampaknya potensi yang ada lam diri ini akhirnya semakin dapat dizahirkan...Dilantik pula menjadi pengawas pustaka... macammana la aku dapat dilantik jadi pustakawan ni... macam ni ada cikgu ni macam tertarik la ngan aku pasal satu hari tu aku ada la present tentang madah sejarah lam kelas..so aku present dengan bangga sekali...huu... so cg tuh panggil aku dia pun tanyer.. sarah awak nak tak jadi pengawas pustaka? aku ni bajet malu la padahal memang nak sangat...selama ni tak pernah kut ada yang tawarkan aku jawatan cam g2...
cg tuh cakap kat aku, awak jd pengawas pustaka kene rajin tau... aku ni bajet paham..angguk je lerr..
ha... sekadar perkongsian buat semua sahabat, masa tahun dua aku blaja kat msmp la aku rase aku semakin rajin dan potensi aku lam akademik semakin hebat...alhamdulillah... subhanallah...berkat keikhlasan aku dalam menuntut ilmu..masuk syarahan, masuk pertandingan kuiz bahasa arab...sampaikan sekolah maahad tahfiz pulai chondong pun kalah(musuh ketat)..hahah sebenarnya.. aku ni memang bukan berasal dari keturunan yang punyai tahap akademik yang sangat hebat.. so setiap malam aku nangis... aku berdoa..
Ya Allah, aku ni tak pandai , berikanlah aku kemudahan dan kefahaman yang jelas dalam belajar ya Allah, aku nak balas jasa mak ayah aku nanti, biasalah doa budak2 kan...
Lagi pun, madah maths n bi tuh mmg aku lemah sangat dari sekolah rendah lg... teacher aku selalu cubit pipit aku sampai merah2... aku ingat lagi masa darjah dua..sorang teacher ni pulas perut aku yang masa tu kecik lagi..hehe sakit tau...aku nangis...

nak dipendekkan cerita... setiap tahun potensi aku semakin terserlah la semasa aku menagih ilmu di msmp.. jadi pengawas sekolah, masuk debat, masuk syarahan, masuk lakonan, masuk nasyid... masuk pertandingan taekwando... aku ingat lagi masa kaki seorang peserta masuk dalam mulut aku masa dia nak wat side kick... bengkak muka aku masa tuh... wehh...best sangat...korang tahu tak... semua yang aku tempuhi masa kat msmp tak pernah aku bayangkan sebelum ni... aku tak sangka yang sebenarnya potensi aku sangat tinggi.. masa kat sekolah rendah... aku merasakan diri aku sangat tak berguna sama sekali..membuang waktu... hidup bagaikan bangkai tak bernyawa...
itu dulu la... hari ni dan bermula langkahan pertama aku masuk msmp, seluruh hidup aku berubah bermula dari fikrah dan hati aku.. semuanya semakin jelas... aku seperti orang mengantuk yang disorongkan bantal...
mungkin korang sume nak tahu kan... macammana lah aku boleh berubah ???
ok. pertamanya ada banyak program yang aku sertai sepanjang aku berada kat msmp... bagi bdak first year , aku diwajibkan menghadiri satu program iaitu Qiamullai..em.. aku masa tuh memang tak suka Qiamullai... setiap masa kene cepat..makan plak dalam talam... pastuh ada satu slot iaitu slot muhasabah diri.. kene marah ngan kak2 fasi...benci betul....
Tapi, sebenarnya program itula yang banyak memberikan aku seribu satu kesedaran... yang mengejutkan aku disaat aku alpa...dan pada masa itulah aku mula pakai tudung labuh... huuu... comel kan pakai tudung labuh walau tak dinafikan ada saje yang mengutuk aku termasuk sedara sendiri.. apa2 jelah... selagi aku selesa dan betul pada syariatnya.. aku pakai jer.. insyaallah jika semakin diperlukan maka akan semakin baik... emm ayat ni hanya aku jer yang akan paham...
Dan kini, aku sangat merindui saat..aku menyertai badan dakwah sekolah..emm... banyak benda yang aku telah belajar...
Kini, aku sudah jauh meninggalkan alam persekolahan. Belajar di pusat matrik ni, hidup sentiasa diuji... belajar juga tidak serakus dahulu.. kalau dahulu..setiap malam menangis melihat buku... terasa beban yang tergalas...terasa tanggungjawab yang harus dibalas...bila usia semakin meningkat, bila orang tua jauh dari pandangan mata, bila sahabat lama tiada disisi, jiwa semakin kosong tak terisi...eemm,.. masa tu la banyak ancaman mula datang menerpa...
Apa yang ak harapkan agar kemanisan menuntut ilmu akan kembali wujud dalam sanubari aku......
aku masih ingat disaat hati aku kusut
Dia lah yang sentiasa mendengar rintihanku
aku masih ingat disaat aku sedih
Dialah yang menciptakan bahagia buatku
aku sering kecewa pada diri yang tak berguna

dikala aku menuduh aku ini bangkai tiada guna
Dia datang pada ku melahirkan aku semangat jadid
Dia anugerahkan aku kejayaan bersambungan
Janjinya tidak pernah dilupa
cuma masanya sahaja yang perlu dinanti

jika aku bahagia..
apa yang paling aku takuti
melupakan mu disaat aku gembira
mengapalah jika bahagia itu hadir
kekcewaan akan bakal menyambung episod bahagia

jika itu adalah petanda
Dia mahu aku sentiasa mengingatinya
Maka walau aku diuji
jalan apa pun aku rentasi
NamaNYA pasti tak kulupai...

Dikesempatan ini aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada ma dan abah kerana mengizinkan aku blaja kat msmp...buat cikgu2 , aku akan sentiasa mendoakan cg semua....terima kasih atas ilmu yang disampaikan...terima kasih juga buat akak2 sekolah yg banyak mendidik saya... yang selalu marah2 kan saya... yang teristimewa buat kakak saya Intan Farahana yang selama ini mendorong saya selama saya berusaha untuk belajar.. setiap malam saya blajar bersama ngan dia yang kene denda sama2 mase datang sekolah lwat.. bila dia tdo... saya nangis sebab saya belum ingat madah yang harus dihafal, nak wat cam na otak ni slow sangat masa tu...uhhhuuu..sedih la...

1 comment: