Kini, aku berpurdah. Semasa aku belajar dipondok dulu, ibubapaku tidak pernah sekalipun tahu bahawa anak dara mereka mula tertarik untuk memakai purdah. Aku tahu, aku seakan menempah maut.
Hari pertama aku pulang kerumah. Pintu teksi dibuka, aku segera membuka purdah lalu memasukkannya kedalam beg dalam keadaan segera dan cemas. Kakiku lemah melangkah masuk keruang tamu rumah setelah salam diberi. Ibuku pantas membuka pintu, aku bersalaman dengannya dan seperti biasa langkahan diteruskan hingga ke bilik tidur, segera aku merebahkan badan ke katil, airmata bercucuran jatuh , aku memikirkan apakah ibu akan menerima perubahanku ini..
Berbaki seminggu cuti semester yang tinggal, aku sekalipun tidak pernah tenang selagi aku tidak menjelaskan kepada ibu tentang niatku untuk memakai purdah. Aku takut semua ahli keluarga ku tidak dapat menerima kerana aku bukanlah dari keluarga yang kukuh pegangan agama. Ya Allah berilah aku kekuatan disaat aku ingin memilih jalan yang benar.
Sehari sebelum pendaftaran di gombak, aku dengan berani menjelaskan kepada ibuku tentang niat ingin memakai purdah. Cemas juga dibuatnya, hampir terketar-ketar setiap perkataan yang disampaikan. Ku renung wajah ibu, setelah segalanya diceritakan tentang tujuan aku berpurdah maka, aku merenung tajam kewajah ibu. Sekali aku terasa sangat malu kerana sebelum ini belum pernah aku bercakap dengan ibuku dengan nada yang sangat sopan dan penuh kasih sayang . Maklumlah aku bukanlah seorang gadis yang lemah lembut. Lama masa yang aku tunggu untuk mendapatkan respon dari ibu. Ibu terdiam membisu namun diwajahnya aku nampak seperti dia tidak yakin dengan alasanku untuk berpurdah sepertinya aku bakal di marahi."Ibu bukan tak bagi akak berpurdah tapi atas alasan apa sebenarnya? berpurdah itu bukan suatu kewajipan", Ibu mula bersoal. "Ibu, akak berpurdah bukan sebab ingin menunjuk-nunjuk sepertimana akak dah jelaskan tadi, akak nak sangat pakai purdah sebab akak nak jaga diri, akak sekarang ada masalah ibu, ada lelaki-lelaki yang tidak selesa memandang wajah akak", aku segera membalas. Ibuku terdiam, mungkin diamnya berfikir dan cuba untuk memahami.
Suatu hari semasa aku dan keluarga sedang mengambil makanan masing-masing di sebuah restoran, datang seorang wanita dengan muka bengis menuju kearahku lalu berkata "eh orang gila ko nak makan apa?"..Aku hanya mampu berdiam, lalu aku segera ketandas dan menangis sepuasnya, tidak aku sangka berat sungguh cubaan ini malah selera makan aku juga sudah hilang , yang ada hanyalah kata-kata hinaan yang tertanam dalam minda dan ianya sentiasa berputar.
Semasa di pusat pengajian, suatu malam tiba-tiba tekak aku terasa haus. Tanpa berfiikir panjang segera aku ke kedai 7Eleven untuk mendapatkan sebotol air mineral sejuk. Semasa aku beratur untuk membuat pembayaran, tiba-tiba datang seorang wanita dengan muka mencebik lalu berkata " kau ingat ko pakai macam ni kau baiklah, ramai je budak-budak jahat yang pakai macam kau nih, tutup muka!!! macamlah kau cantik sangat, takda sekor pun nak tengok muka kau tuh tau..", aku kebingungan dan berfikir apa salah yang telah aku buat??. Wang segera aku hulurkan dan kakiku segera melangkah laju keluar dari kedai itu. Aku malu dan sangat sedih, kata-katanya menyababkan semua pelanggan di kedai tadi memandang kearahku dan ada yang ketawa sambil mengherdik. Entahla, aku sememangnya terasa sudah semakin terbiasa berbanding dahulu. Jika dahulu aku menangis sekarang aku tersenyum.
Sungguh indah hari yang aku lalui di pusat pengajian ini tanpa ganggguan dari mana-mana lelaki dan aku terasa semakin terjaga dan terpelihara .Akhlakku juga semakin mantap, Alhamdulillah, nampaknya tak salah jalan yang selama ini aku pilih. Dalam termenung aku masih teringat kata-kaa dari seorang sahabat aku setelah aku cuba meminta pandanganya tentang niat aku ingin berpurdah. Dia berkata " emm, tak payahla kau nak pakai purdah, perangai kau tuh dah la kasar semacam , nak pakai purdah pula , nak kiamat ape?". Kata-kata macam itu sedikit pun tidak mematahkan semangat ku untuk sentiasa berani berubah kerana aku tahu hasilnya pasti hanya aku yang akan benar-benar merasainya.Kini, aku sangat tenang, aku tenang walaupun setiap hari aku akan sentiasa diuji dan ujian yang paling besar aku telah dan bakal berterusan lalui adalah kata-kata celaan dan herdikan daripada keluarga sendiri kerana memakai purdah itu mungkin bagi mereka sangat buruk barangkali. Namun biarlah, ibu dan ayah sudah merestui , itu sudah mencukupi. Terima kasih ibu dan ayah kerana sudi memahami situasi anakmu ini.........
*cerita ini berdasarkan pengalaman sahabat aku yang telah berpurdah dan di ceritakan semula dengan penambahan idea dan situasi. Yakinlah jika kamu berpegang pada tali Allah.
alhamdulillah,,sesungguhnya tiada yg lebih indah kecuali indahnya cinta seorg pencipta kepada hambanya,,,moga saja kita diberi kekuatan untuk meraih mardhotillah,,
ReplyDeleteingt ka ang...
ReplyDelete