Assalamualaikum wbt...
Bercakap soal layanan
atau bagaimana method ibubapa mencurahkan kasih sayang mereka pada anak-anak
mereka adalah suatu perkara yang sangat subjektif.Berbeza mengikut keluarga
masing-masing berdasarkan banyak faktor.Pendidikan,pengetahuan agama mahupun
kondisi keluarga tersebut.
Aku tinggal sebilik dengan semua roommate yang boleh
dikatakan mempunyai latar belakang yang jauh berbeza dengan aku.Aku boleh
klasifikasikan mereka sebagai anak mak dan ayah la. Kerap kali juga aku
mendengar dan melihat mereka bercakap soal keluarga masing-masing.Mereka
memberitahu aku,
Laptop ini abah aku yang belikan,
hp ini ibu aku yang belikan,
baju jubah ini mak aku yang pilihkan...apabila aku sampai
kat kampung,
mak aku terus suruh aku pakai,baju nih semua mak aku beli
dari luar negara.
Ada pula yang kata,tak biasalah la naik bas ulang alik nih..
Semua pogrem bapak kita yang hantarkan walau sesibuk mana
pun.
Laptop rosak ada abah yang baiki kan..semua kos abah bayar.
Emm...rindulah masakan ummi.
macammana nak kopek bawang nih??
yeah...kita dah pandai masak...
eh...abah kita tak bagi buat begitu..begini
jodoh mak kita carikan tau..
bisnes?? ahaa..mak kita bagi modal..
eh..bapak kita belikan kita motor nih...
tak kurang ada juga yang bertanya...guna PTPTN je ke..mak
ayah tak masukkan ke setiap bulan duit???
Semua kenyataan dan persoalan yang diajukan agak asing dalam
hidup aku.Setiap tindakan yang aku lakukan semenjak dari kecil sehingga dewasa
sememangnya dikawal oleh diri aku sendiri.Tidak ada orang yang paksa aku
belajar bersungguh-sungguh dan tiada sesiapapun yang kesah aku nak belajar kat
mana?? sekolah agama?? sekolah arab???Jadi baik:?? jahat???nak pergi sekolah
atau ponteng..
Bukan sebab mak bapak aku tak bertanggungjawab terhadap aku
tapi hakikat suasana begitulah yang mengajar aku erti kehidupan.Setiap pilihan
pada tangan aku.Tidak semua aku belajar sendiri...ada juga yang Ma dan abah aku
ajar.Ma dengan ketegasannya mengajar aku belajar al-Quran dan mengemas
rumah,memasak dan sebagainya.Ketegasannya menjadikan aku mahir membaca
al-Quran.Alhamdulillah..
Ada kawan-kawan aku yang dimanjakan sehingga memasak dan
mengemas pun tak tahu.Tapi diorang mendapat kasih sayang secukupnya.Tak
kesahla...
Abah aku pula seorang yang sangat on time. Aku rasa...aku
tak dimanjakan pun.Masa kecik kalau aku taknak pegi sekolah abah aku bawa aku
pulang kerumah..Hahahah..katanya kalau tak nak pegi sekolah balik
jelah..adei..aku baru 5 tahun kot.Maka tugas menghantar aku buat kali kedua
diambil alih oleh ma aku laa.Ma aku pujuk2 la sikit.hehe..Tapi aku sedar abah
aku manjakan juga aku dengan
cara dia la yang menyediakan makanan tengahari dalam
keluarga aku.Ma aku keje so abah aku ambik alih.Abah aku keje shif malam dan
petang.
Begitulah...dalam menjangkau usia remaja aku dan kini hampir
mencapai umur 21 tahun,aku mula sedar bahawa selama ini semua yang aku lalui
adalah pada pilihan aku.Ibubapa,guru,rakan-rakan hanyalah pendorong.Segalanya
atas pilihan kita.Mahu berjaya ataupun tidak.
Aku juga sedar...laptop,hp,baju,alatan belajar,kasut,
semuanya aku dapat melalui usaha dan ikhtiar aku. Memang itu semua rezeki
daripada Allah dan ada juga ma bagi duit tapi jujur aku nak cakap kat
sini...semuanya aku dapat hasil usaha aku.Laptop..ma bagi duit je..aku beli
sendiri..kene tipu..kene tipulah..itupun aku dapat sebab aku cemerlang SPM.Hp
pertama aku..motorolla..abang aku bagi sebab aku berjaya dalam exam PMR.
Disebabkan hidup yang sederhana dan adik beradik yang ramai
maka tiada la nak mewah sangat hidup dan tiadalah nak dapat sesuatu dengan
saje2 kan.Suprise hadiah beday!!! ohhh tidak lah sama sekali hehe.Aku
faham..So,aku tak pernah berputus asa.
Ada pula yang kata..emm rindulah masakan mak...tapi bagi aku
itu semua tak terlintas pun.Bukan tak rindu kat
ma tapi ma jarang memasak..haha..sebab dia sibuk mengajar ilmu al-Quran
kat orang lain. Bagi aku tak perlu rindu2 sebab entahlah...hehe..tapi kalau
korang nak rindu..rindu laa.Kalau aku balik kat rumah pun,aku jugak yang masak.Ataupun
lauk kat kedai..atau abah aku masak..haha..sebab takda orang kat rumah.Semua
dah bekerja dan besar panjang.
Dunia aku terlalu aneh mungkin..hehe.Tapi aku hargainya.Aku
menjadi seorang yang berdikari dan berani.Kurang menangis dan tegas.Tapi wujud
juga satu sifat yang perlu aku topup lebih iaitu penyayang...so sape2 yang jadi
girlfriend aku tuh...terpaksalah aku bermanja dan dijadikan tempat meluahkan
kasih sayang.
Tiada masa mahu menyesal atau berasa kurang itu dan
ini.Sekarang masanya upgrade dan manfaat apa yang ada depan mata.Itu yang
paling penting.Hidup aku,kita dan orang lain tak sama.Jangan samakan tapi cuba
mengambil ibrah antara kehidupan kita semua. DAKWAH JUGA AKAN MUDAH DISEBARKAN
JIKA KITA MEMAHAMI MAD'U DAN JANGAN BUAT BESAR KEPALA.Terasa mungkin???
hakikatnya yaa...
No comments:
Post a Comment