Followers

Saturday, August 13, 2011

induction di cameron highlands antara kerja dan ketenangan

Assalamualaikum.. ramadhan kareem menjelma lagi, kehadirannya bagaikan tidak aku sedari .. begitulah pantasnya waktu berlalu meninggalkan kita tanpa dia datang kembali.
Ramadhan kali seperti ramadhan yang lalu juga, diselaputi berjuta dugaan, ternyata itu tanda aku disayangi, Ramadhan kali aku terasa sangat bersyukur, dianugerahkan rezeki yang melimpah, dianugerahkan sahabat yang setia dan dianugerahkan pengalaman yang bermakna. Alhamdulillah! Kali ni aku nak cerita kat korang tentang pengalaman berada di dalam daerah milik Allah, Cameron Highlands. Nak dijadikan cerita, untuk kita mendapatkan sesuatu yang baik dan bermakna perlulah bersusah payah dahulu kan?? Itulah yang berlaku kat ak dan sahabat-sahabat fscc Nilai yang lain. Permulaannya begini......
Semua ahli berkumpul di blok A tepat jam 530 petang, pastuh ada pula pertukaran secara tiba-tiba pada jam 5ptg, kene plak naik
bas bersama lecturer nak pergi ke cfspj dulu. Haaa... biasalah bila dapat maklumat kurang jelas ni kan, sepatutnya pukul 5 ptg berkumpul, pukul 5 lebih baru bdak2 fscc ni sampai kat depan library. Nasibnya apa lagi bila naik je bas lecturer , kene sembur habis la kat pakcik bas tuh dah la depan lecturer ramai

kot. Saya mmg tak salahkan akcik bas tuh dan saya juga tak salahkan bdak fscc sebab mmg informasi kurang jelas. So, saya salahkan bas itu, hihi.
Sampai je kat pj kitaorang dilayan dengan baik sekali oleh fscc PJ, makasih! Keesokan harinya dalam pukul 7 lebih kitaorang gerak la ke cameron. Nasib kurang baik, aku plak kene serang demam plus selesema, memang BEST! Sepanjang pe
rjalanan memang aku senya je sambil bukak lagu maher zain dan sumbat earphone lam telinga, syokla gak.

pemandangan sepanjang cameron

Kami tiba kat Cameron lam pukul 12 lebih, WOW!!! rase udara dia sej
uk... tapi takda la beku..heee. Subhanallah pemandangannya sangat indah, itulah keajaiban ciptaan Allah . Aku berada kat negara yang satu tapi cuaca yang berbeza. Pukul 2 ptg cam tuh aku ngan rakan sebilik, tasnim dan hanum dari pj check in bilik. Sementara menunggu jam 230 ptg sebelum sesi brush brain by bro hisyam, aku memang terlantar je atas katil, nak bernyawa pun sikit-sikit. Masa itu barulah aku tahu nikmatnya



sesi brain brush

punyai badan yang sihat. Selepas tamat sesi brain brush oleh bro hisyam kitaorang berbuka puasa sama-sama kat hotel. Perghhhhhhh!!!!! Subhanallah...mengucap panjang aku dibuatnya melihat lauk pauk yang tersedia.. Memang masyuk laa... Banyak dan sedap.. tapi perut aku tak muat nak sumbat semua tapi rezeki sungguhla.
Seperti biasala kan induction mesti bincang sal event wajib kat cfs.. yang tuh aku malas nak citerr semua orang dah tahu la..
Hari yang kedua , kitaorang di bawa berjalan2 (jungle trekking) kat sekitar cameron, Best.... Tapi sungai dia banyak sampah...Cintailah Sungai kita..


sekepala







pines resort


!ما أجمل

Zassssssssssss!!!!!!!!!!

Sebelum balik ke Nilai kami sempat gak beli barangan kat sekitar cameron, kai beli teh, buah strawberi dan tak lupa jugak kubis ...hahahaha

pilih jangan tak pilih kak eh..

banyaknya bunga


sekian........

No comments:

Post a Comment