Semuanya telah aku luahkan, rakan-rakan semuanya terlopong mendengar luahan hatiku. Jam menunjukkan pukul 4.15 pagi, masa yang berlalu langsung tidak dirasakan mereka , topic yang dibincangkan memecahkan tempurung minda mereka. “Sarah dah la!jom tidur, lagi beberapa jam nak subuh lagipun sahur pun belum”, salah seorang dari rakanku cuba memujuk untuk tidur dan berhenti dari memikirkan perkara itu. Bersungguh-sungguh aku memaksa sepasang mata ini untuk pejam, harapanku agar aku mampu untuk tidur lena, harapan aku moga aku tidak tertekan lagi namun, semuanya sia-sia. Walau mata sudah terpejam rapat tapi minda masih berserabut memikirkan masalah yang aku hadapi. Respon daripada rakan-rakanku sudah cukup membuktikan betapa masalah yang aku hadapi tidak tertanggung oleh mereka dan segala yang aku ceritakan mampu menaikkan bulu roma mereka. Masa pantas berlalu ibarat air yang mengalir dari tempat yang tinggi, pantas tiada henti walau sesaat kecuali jika bekalan air sudah tiada. Begitulah juga hidup ini, masalah yang datang mencurah-curah ibarat air, ianya akan terhenti bila maut menempa kita. Mata mampu ku tutup rapat, namun air mata degil mengalir jua membasahi bantal busuk kesayanganku. Aku berkata-kata pada Tuhan, beratnya ujian ini, sehinggakan bila kuluahkan sahaja kepada sahabatku, mereka sudah tidak mampu lagi mendengar. Demi Allah , apa yang aku luahkan belum selesai, entahla apa yang mereka rasakan jika aku menceritakan segala masalah aku dari A sampai Z, sifir aku mudah, mereka tak mampu sama sekali. Maka benarlah firman Allah “tidak Allah bebankan seseorang itu dengan sesuatu yang tidak mampu dipikul oleh mereka”, aku percaya janji Allah dan sebab itulah aku masih berjalan diatas JalanNYA. Jam menunjukkan pukul 4.30 pagi, kesedihan yang aku alami sudah sampai kemuncaknya, hati aku SAKIT.
Pantas aku bangun berlari ketandas, aku menangis sepenuh hati, diambil wudhuk bagi menyejukkan muka yang panas menggelegak, menenangkan hati yang patah dan membasahkan anggota agar ketabahan mula berbuah, sudah banyak modal kesabaran aku laburkan dan sudah banyak juga saham yang untung, tapi hidup ibarat sebuah empayar perniagaan, walau besar manapun modal yang dilaburkan, adakalanya kita bakal rugi juga. Ku hamparkan sejadah, kupakaikan tudung solat pada kepala,kusarungkan kain solat pada diri bersedia bertemu tuhan, nak aku luahkan segalanya pada DIA, dia tidak pernah merungut, malah semakin aku mengahampirinya, semakin aku bertambah tenang dan yakin untuk hidup dalam dunia yang penuh dengan penipuan, manusia yang bertopeng, hati rase lain, hakikatnya apa yang terlihat tidak sama seperti yang tersirat, banyak ragam. Ragam inilah yang selalunya menjadikan aku sukar mengawal emosi. “Baik dimata, Sakit dihati” tapi hakikatnya pada aku “sakit dimata, parah dihati”.
kuatkan semangat,walau apa jua mslhmu, hanya Allah tempat penawarnya...iaitu saat dirimu bersama penciptamu..
ReplyDelete