Followers

Saturday, April 30, 2011

...nota-nota cinta...:::


Bab 1: Keputusan yang dinantikan.

Pagi yang indah, hujan rintik-rintik membasahi bumi. "Ika... keputusan Spm dah ada kat pejabat, ustazah dah tengok",kata munirah kepada Ika. Ika, nama penuhnya Nur Zulaikha Humaira' Binti Zulqarnain. Salah seorang pelajar cemerlang di bumi Maahad Syamsul Maarif Lilbanat Pulai Chondong.Sekolah MSMP tak asing lagi di negeri serambi mekah itu, melahirkan ramai tokoh-tokoh islam yang terkenal. "Macammanalah keputusan exam aku ni?? dah la masa exam madah PSI hampeh, pergi exam tak mandi..satu dah konfius ni", Ika bermonolog. Pejabat sekolah dipenuhi ramai pelajar, ada yang menangis , ada yang gembira dan aku kebingungan, ruang fikiran dibayangi gambar ma dan abah. Aku selalu terfikir, apakah aku dapat membalas jasa ma dan abah jika aku gagal ke menara gading? betapa ruginya aku jika semua orang berjaya tapi tidak aku? apakah dengan mendapat A yang banyak dalam peperiksaan merupakan langkah yang baik untuk membalas jasa ma dan abah?? jawapan aku, YA... suka hati aku lah itu jawapan aku..aku tergelak bersendirian, keegoan aku sentiasa menang, aku teringat kata-kata seorang penceramah motivasi yang mengatakan bahawa banyaknya A tak penting tapi apa yang penting ialah ilmu yang dapat diamalkan, tapi bagi aku kalau nak lagi extra kena la ada A banyak baru la orang pandang. Tanpa aku sedari, sebenarnya aku seorang sahaja yang menunggu di pintu musalla manakala yang lain sudah mengetahui keputusan masing-masing. 5 minit kemudian ustazah Aisyah tiba-tiba memandang tajam kearah aku, aish kenapa pula dengan ustazah aku ni, tak lama kemudian dia datang kearah aku lalu memelukku erat..Ika pergi sujud syukur sekarang!, aku memberi respon kebingungan ,"kenapa ustazah?" Tahniah Ika, Ika dapat 10 A..

gambar hiasan
Degupan jantungku terhenti, senyuman tak lekang dibibir, tanpa membuang masa, aku dengan pantas mengambil wudhu' lalu sujud syukur pada Ilahi. Tak lama kemudian, Mardhiah, salah seoran sahabat karib aku datang menerpa , seusai aku sujud syukur, mardhiah berbisik sesuatu kearahku"Ika solat zohor ker? belum masuk waktu lagi la sayang", pantas aku membalas , tak la sujud syukur darling, lantas dengan slumbernya Mardhiah tergelak bagai meroyan. Aku bertanya, "kenapa"?, jawab Mardhiah, sujud syukur tak payahla nak ambil wudhu' sayang oi", aku terpaku malu, tapi segera aku cover , "haa'h terlalu gembira kut".

*****************************************************************************************
Bab 2: Surat tawaran ke Universiti.

To: Nur Zulaikha Humaira' Binti Zulqarnain.
Congratulations, you are officially offered to continue study at Centre for Foundation Studies International Islamic University Malaysia.
Course : BENL(Bachelor Of English )
Venue : Al malik Faisal Hall
Date :22 May 2010

Alanglah gembiranya surat tawaran sudah sampai , semakan UPU juga jelas menunjukkan aku adalah bakal mahasiswa UIA, wow!! Alhamdulillah cita-cita aku nampaknya bakal tercapai kelak.

**********************************************************************************************
Bab 3: Sesi pendaftaran di CFSIIUM.

Ramainya orang, semua pengumuman lam bahasa inggeris, terbaiklah. Aku merasa sangat sedih, kalau ikutkan hendak saja aku nangis , taknak masuk U, lagi la sedih bila tengok ma aku senyap je, kenapala agaknya, adakah ma masih teringat peristiwa hitam masa mula-mula masuk sekolah asrama, tak sampai seminggu aku telefon ma untuk bawa aku pulang rumah, haha,terseyum sendirian. Kak Ika belajar betul-betul tau, jangan hampakan ma dan abah, tajdidkan niat, ingat kita bukan orang senang!..Keegoanku menahan airmataku dari laju mengalir, oh Tuhan, apakah dapat aku realisasikan amanat sang ibu, berat sekali..
Seminggu aku berada di CFSIIUM, tiap-tiap malam la aku menangis mengenangkan ma, katil dan bantal peluk kesayangan aku... rindunya, apa hal manja plak aku nih, pantas aku cuba mengawal emosi yang pantas berpusing di ruang fikiran.

***********************************************************************************************

Bab 4: Kelas bermula...

Saat yang dinantikan olehku sudah tiba. Tepat jam 8.oo pagi kelas bahasa inggeris bermula, aku melihat sekitarku, siapakah bakal-bakal rakan sekelas aku ni agaknya??, hati aku berbisik teruja. Assalamualaikum, my name is madam Azura, i'll teaching you in english subject, nice to meet you,okey before we start our class please introduce yourself one by one okey, madam Azura lantang memulakan kelas kami yang pertama. Segannya, aku seorang je yang pakai tudung labuh, biasala bila aku je yang ada tanda-tanda agak aneh ni selalu menjadi perhatian orang la kan."Ika are you interested in english? why dont you apply other course like Arabic or IRK(ilmu wahyu)?, madam menyoal aku."oh! actually i wanna try something special, be a stranger sometimes interesting right"? pandai aku berseloroh. Tidak aku nafikan, agak kurang selesa berada didalam kelas itu apatah lagi tiada seorang pun yang aku kenal, semuanya seperti memandang kearahku, apa diorang pikir orang tudung labuh ni tak layak untuk belajar bahasa orang putih ker atau diorang ingat aku makhluk asing?, perasaan aku dilayan.

***********************************************************************************
Bab 5: Interview

Semenjak sebulan berada di CFSIIUM, pelbagai pengalaman indah telah aku tempuhi, ada yang indah namun tak kurangnya juga yang sepahit hempedu, semuanya aku kumpulkan didalam sebuah buku kehidupan sebagai nota untuk dijadikan pengalaman.Tanpa aku sedari, aku telah terpilih untuk menjadi calon MPP bagi pusat asasi UIA, rupa-rupanya aku dicalonkan oleh rakan-rakan dengan sokongan Madam Azura, terkesima aku apabila mendapat panggilan interview daripada salah seorang officer CFSIIUM, cik Ika anda diminta menghadiri interview MPP pada jam 12tengahari esok ya. Dup..dap...dup..dap, jantungku berdegup laju, setelah sempurna kaki ku melangkah ke bilik temuduga, aku terus meminta diri untuk duduk,"can i have a seat"?. ok,jawab timbalan dekan yang menemuduga aku."Ok, please introduce yourself ", arahan diberikan. Pantas aku memperkenalkan diri, tiba-tiba salah seorang daripada penemuduga aku memberi respon, "wow i never expect budak tudung labuh and sekolah agama like you can speaking english smoothly",aku hanya membalas dengan senyuman.Setelah seminggu alhamdulillah aku terpilih menjadi salah seorang exco dalam MPP, secara jujurnya aku memang tidak tahu apa-apa tentang jawatan itu dan berbekal pengalaman memegang jawatan semasa di sekolah menjadi penguat untuk aku terus dahagakan penyertaanku dalam sebarang aktiviti beorganisasi seperti ini walaupun aku sedar aku memang tidak layak!!

****************************************************************************************
Bab 6: mehnah dan tribulasi

Selama 2 bulan aku memegang jawatan sebagai exco dalam MPP, tidak dinafikan aku diuji dengan pelbagai ujian. Saban hari aku dihidang dengan mensyuarat, banyak masaku di habiskan dengan menghadirkan diri dalam mesyuarat. Terlalu banyak ujian dan pengalaman yang aku prolehi sepanjang bekerjasama dengan rakan MPP yang lain, barulah aku tahu cara bekerja dengan lebih sistematik, mindaku lebih terbuka dan terisi. Namun, sejarah tidak pernah padam hatta namaku berubah, hatta jasadku terpisah, sejarah akan tetap subur termateri dalam kota hati dan mindaku, apatah lagi jika ianya pahit, aku takkan pernah lupakannya!!!, hatiku bermonolog sayu. 3 Julai tarikh keramat dalam hidupku, saat pacaindera mahu aktif bekerja, minda dirobek celaan dan hinaan, aduh sakit Ya Allah!!. "Inilah dia natijahnya bila bekerja tak pandai, bercakap je lebih, bila aku tegur, melawan buat muka, kalau ada antara kau ni semua yang tak boleh wat keje just shut up.....shut up", timbalan presiden MPP itu banyak kali mengulang perkataan yang sama, kemarahannya dimuntahkan dek salah faham yang tidak sempat diperjelaskan. Walaupun namaku tidak disebut namun, semua yang ada dalam dewan itu tahu bahawa kata-kata itu ditujukan kepadaku, pahit sekali, aku di fitnah dan dituduh tanpa dibicara, ISA kah ini???. Sebenarnya aku dituduh tidak menjalankan tugas yang diamanahkan untuk menyiapkan kerja-kerja persiapan dewan untuk satu majlis rasmi. Hati aku terhiris pedih, telingaku panas...tidak sanggup lagi mendengar tuduhan yang dilontarkan keatas aku, lalu aku berlari keluar ke tandas, airmataku tidak tertahan lagi, aku biarkan ianya mengalir.. sakit sungguh..benarlah kata bijak pandai kata-kata lebih tajam dari pedang. Airmata sudah bercucuran tanpa henti, Ya Allah apakah inilah rase difitnah ?? jika inilah rasanya.. aku redha Ya Allah. Tanpa disedari aku disapa oleh seorang rakan MPP, Qalisya.


"Sabar Ika, aku tahu masalah kau, aku tahu kata-kata itu ditujukan kearah kau, aku tahu kau tak bersalah, kau dah buat sehabis baik kan"??, pujuk Qalisya. Aku menutup muka , terlalu pahit unutk diluahkan , aku seperti hilang arah, menangis seperti kanak-kanak kehilangan ibu. Ujian terus menerpa aku, jahanam!!! kau datang juga, Anis, dia datang juga memujukku, menunjukkan rasa tidak bersalah padahal dialah yang menfitnah aku. Aku dengar apa yang dia beritahu pada timbalan MPP, aku tahu dan aku yakin dialah puncanya, "dasar perempuan jahat", aku menahan marah. Hidupku hilang arah, terambang punah, namun aku tahu setiap ujian yang kau berikan ada hikmah disebaliknya.

Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri


Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga



Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya



Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta



Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah


Bab 7: Teguran

Pelbagai program rancak dijalankan di CFSIIUM, aku dan semua exco MPP CFSIIUM semakin sibuk, mesyuarat semakin banyak, sehinggakan ada sahaja menyuarat yang terpaksa diadakan secara ad-hock. Pada suatu hari, secara tidak sengaja aku telah mengadakan mesyuarat secara tidak rasmi dengan salah seorang ahli exco MPP lelaki secara berdua-duaan dihadapan sebuah kedai makan. Tanpa aku sedari, tindakan itu sebenarnya boleh menimbulkan fitnah. Ternyata beberapa minit kemudian, aku menerima mesej daripada seorang yang kurang aku kenali, Amar Yusuf. Dia salah seorang senior yang sangat berpengaruh di CFSIIUM Nilai, zuhud dan sangat wara'."Saudari sila adakan meeting di tempat yang lebih sesuai jika saudari hanya berduaan dengan rakan tugas yang berbeza jantina, alangkah baiknya jika diadakan meeting di "library" kerana ianya lebih tertutup dan lebih bersesuaian dengan agenda yang cuba diadakan, maaf saudari, pemakaian saudari melambangkan siapa saudari, sama-samalah kita membiah solehahkan lagi CFSIIUM Nilai ini,tq. Ringkas sahaja mesej yang dikirimkan kepadaku namun, penuh dengan nasihat yang bermakna. Pertama kali ditegur sedemikian mengejutkan jiwaku yang sudah lama dahagakan nasihat, keegoanku agak tercabar. "Siapa dia nak nasihatkan aku ni??, tapi aku cuba beristighfar dan menerima teguran itu sebagai nasihat kearah yang lebih baik. Segera aku menukar tempat meeting itu ke tempat yang lebih sesuai. Amar Yusuf, alangkah sungguh beraninya dia menyatakan kebenaran, "aku perlu selidik lebih mendalam siapakah dia", getus hatiku.

Amar yusuf
Amar yusuf bekas pelajar Darul Quran, asal selangor, memegang jawatan presiden persatuan PERKIM. Latarbelakangnya sangat baik dan aku tidak terkejut jika dia akan membuat perubahan di CFS ini kerana dia sangat berani dan dadanya penuh dengan ilmu agama. Aku masih ingat kata-kata ustaz Baihaqi, salah seorang ustaz yang mengajar di MSMP. " Bilamana dadamu sudah dipenuhi ilmu ,di tambah pula lamu mengamalkannya maka kamu akan selamat dan menyelamatkan". Kata-kata itu masih terngiang-ngiang di benak fikiran aku, nasihat yang ternyata tidak pernah merugikan sama sekali.

***********************************************************************

Bab 8: adakah sahabat ibarat sekeping kertas...
Sahabat ibarat sekeping kertas, apabila diperlukan maka ditatap kertas itu, disimpan sehabis baik, namun setelah ianya sudah tidak diperlukan lagi, kau koyak, kau lenyek dan kau campakkannya kedalam tong sampah. "Begitukah definisi seorang sahabat bagi kau Rin"???, cukup bengang, aku sangat terguris dengan sikap Arini, sahabat lama aku yang menuntut bersama-sama di MSMP. Kelopak mataku sentiasa basah tatkala teringatkannya, padaku dialah idola aku, seorang muslimah yang sangat berprinsip , sangat berdisiplin dan terhormat. "Ahhhhh...Rin mana pergi semua prinsipmu itu"???, berat sungguh ujian yang menimpamu, Rin aku sanggup menggalas bersama bebananmu itu tapi mengapa Rin? kau langsung tidak makan nasihat, bercinta itu hukumnya haram, ya memang benar tiada hukum yang jelas tentang itu, tapi perbuatanmu itu yang mengharamkan cinta. "Duhai sahabatku Rin, apa kau buta ??, apa kau lupa? dulu kita bersama-sama mengadakan program Qiamullai semata-semata untuk membersihkan hati adik-adik dari marabahayanya cinta namun, aku rebah kalau kau terus bersikap begini"aku terus bermonolog. Tertikam, terpacung jiwa aku tatkala melihat gambar Rin dan kekasih hatnyai berdua-dua dalam telefon bimbit milik Rin. Lebih sadis bila ramai orang termasuk ustazah sekolah sendiri bercerita mengenainya. Hati Rin sudah tidak terikat dengan hatiku lagi, langsung dia tidak mendengar nasihatku. Langkah tidak harus terhenti, walaupun dia menghafal Quran, tapi dia juga manusia biasa aku harus emailkan sesuatu kepadanya.
Salam Rin, maaf menganggu, ini mesej ini sekadar perkongsian. Kau tahu bercinta itu haram, kau tahu kenapa??? antara sebabnya adalah Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab , Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah, Wanita akan bersikap manja danmendayukan suaranya saat bersama kekasihnya,Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya, dan yang inilah yang paling aku geruni Rin, kita tak berpegangan tangan tapi hati kita Rin... kotor hati kita Rin, cinta itu fitrah tapi kawal lah ianya dengan iman . Apa guna kau ada iman kalau kau tak gunakannya sekarang.

Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan. Syubhat Dan Jawapan Yang SebenarnyaKeharaman bercouple lebih jelas dari matahari di,siang hari. Namun begitu masih ada yang
berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat rapuh, antaranya:Tidak Boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram, kerana mungkin ada orang yangbercouple
mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat
Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskan Islam itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup
aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa. Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh.
Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon pasangan hidupnya, fizikal, karaktor, yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple,
kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum menikah akan jauh lebih ringan daripada kalau terjadi setelah menikah.
Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan karaktor calon isteri mahupun suami merupakan satu hal
yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian hari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya.
Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik dengan menutupi kekurangannya di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat. Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Darda; Cintamu pada sesuatu membuatmu buta dan tuli.

"Maaf jika aku terkasar Rin, percayalah kau dan aku bukan sekeping kertas..aku tidk akan campak kau dan kau jangan cuba sesekali untuk mencampak aku...aku ada dalam diri kau", ayat penyudah, email itu dihantar terus kepada Rin. Aku sangat berharap Rin dapat berubah, namun sudah dua minggu mesej itu dihantar namun tidak berbalas walau sepatah. Ya Allah sukarnya untuk menegur orang yang ternyata punya lebih banyak ilmu dari diri ini..Alhamdulillah, hidayahmu masih terpancar di jalanmu ini,,kekalkanlah ianya Allah. Selamatkan lah Rin tunjukkan padanya jalan yang lurus dan benar Ya Tuhan!!
sahabat, hatiku akan tetap bersatu dengan hatimu bukan berpecah
**********************************************************************************************************************************************
Bab 9: Jilu Transformasi
Setelah 2 tahun aku belajar di CFSIIUM Nilai akhirnya aku akan meneruskan pelajaranku di peringkat ijazah di UIA Gombak. Ternyata , disanalah tempat yang bakal menimpakan aku dengan ujian yang lebih dahsyat dan perit. Namun, perjuangan harus berterusan, aku tidak harus mengalah dengan ujian, namun ujianlah yang akan menambahkan lagi semangat untuk aku berjuang. Masalah dan kontroversi diri harus sentiasa di upgrade dengan persediaan minda, paradigma, matlamat dan spirit yang jelas akan membantu jilu transformasi untuk mentransformasikan dunia. Kini , tiada apa yang mustahil, semuanya boleh asal hati dan diri itu yang mahu, jangan cari alasan tapi carilah cara unutk menghasilkan impak yang berkesan. Selamat berjuang wahai diri......
Nur Zulaikha Humaira' binti Zulqarnain
diari terakhirku di CFSIIUM, Nilai.....
GOMBAK ????
*cerita ini rekaan semata-mata tiada kaitan dengan yang hidup atau telah tiada.. Ambikla ia sebagai pengajaran kita bersama~~


8 comments:

  1. Salam sahabatku sayang~

    Semoga kau bisa menjadi jilu tranformasi,
    Untuk mentranformasikan dirimu,
    Jua diri sahabat-sahabatmu..

    Sungguh,hidup kita tidak lari dari segala mehnah dan tribulasi yang kadang-kadang hanya akan meruntuhkan segala tiang semangat dan tembok kekuatan yang telah kita tegakkan.Semoga kau tabah dalam mengharunginya.

    Ya,memang luluh hati saat mengetahui rakan seperjuangan kita dahulu yang sama-sama berjuang dijalanNYA.Kini akhirnya tersadung dikaki sendiri.Rebah.Tapi insyaAllah kau masih mampu untuk menegakkan kembali dirinya.Jangan biarkan identiti dirinya dahulu bisa menjadikan dirinya 'dholla wa adholla',sesat lagi menyesatkan dalam hal seberat itu.

    Akhir kalam,may Allah bless u and let u do the transformation to our generation.

    ReplyDelete
  2. perghhh berbisanya ayat... terbaiklah raihan...ermm m toce2..... itulah kehidupan namanya rai

    ReplyDelete
  3. sjk biler ade nm zulaikha humaira' kt msmp..:P

    erm. kes awak lebih kurng sy ah Sarah.. cuma maybe awak lagi kehadapan dri saya berlangkah2.. saya ni msih duk merangkak lagi.. Ilmu pun kureng lagi.. kadang-kadang stress jugak..but all the best ye :)

    kadang2 nak jugak cuba ubah cara perckpn sesuai ngan akhlak muslimah yang betul...lebih2 lagi bile kite pakai tudung labuh.. kadang-kadang semua perkataan yang keluar dri mulut kita@ action yang kite dok wat tiap2 hari tu orang akan judge. .. huhuhu..tolong doakan semoga kita dpt brubah jadi muslimah yang sejati.

    ReplyDelete
  4. ahakz..tiada kaitan hidup dan matii ~

    l luv dat quote darling!

    ye , tiada rempah sehebat tribulasi dalam menyediakan hidangan kepada diri kita..

    keep moving yang!

    ReplyDelete
  5. yeke x de kaitn.. MPP??? mne ada MPP kt CFS nie??? FSCC pn x de tulih Representetive pn.. :p
    n tringt plak saat pnat jd FSS.. hehehe... tp mmg dpat pnglmn yg bnyk dok dlam FSCC.... tp kene pndai jage diri lh.. fham2 jelah ye...

    ReplyDelete
  6. syaakir inikan cerita rekaan semata-mata ....
    hahah thanks bro kerana sudi baca...

    ReplyDelete
  7. nukilanmu bagaikan memuntahkan segala kepahitan dirimu untuk menggapai kecemerlangan hidup di dunia yang fana...
    teruskan bertinta....

    ReplyDelete
  8. REKAAN SEMATA-MATA...kalau ada pun hanyalah sandaran buat sahabat semua.....

    ReplyDelete