Penulisan ini aku tujukan kepada semua sahabat aku yang aku kasihi tidak kira sama ada “mamat” atau “minah”.Sedang aku mendengar satu lagu yang sangat menyentuh hati iaitu lagu yang dicipta oleh Najwa latif yang bertajuk “Sahabat”dengan petikan gitar yang sangat cermat tiba-tiba muncul idea untuk aku menulis post ini.Aku tak pasti orang yang rapat dengan aku dan yang sekeliling aku ini adalah sahabat atau rakan atau sekadar kenalan.Sahabat itu bukan sekadar rakan dan bukan juga sekadar kenalan ye cik kak dan pakcik sekalian.Sahabat ini lebih dari suami dan isteri.Dia sentiasa menyokong kita dan sentiasa menjadi cerminan kita.Ada orang mengatakan sahabat baik tidak boleh dijadikan pasangan hidup.Hal ini bagi mereka yang bersahabat berlainan jantina.
Dulu,aku pernah mengisi satu borang berkaitan kepimpinan dan dalam borang itu menyuruh aku meletakkan nama sahabat lelaki yang paling rapat.Em…aku terfikir juga,mana ada yang aku rapat persis sahabat perempuan aku sebabnya lelaki dengan perempuan mana boleh terlalu rapat kan.Secara jujurnya memang aku jenis yang terbuka dan jenis yang agak gila-gila dan bersuara lantang tetapi aku punyai prinsip iaitu berhubung jika ada sesuatu yang hendak dibincangkan.Dan bagi aku tiada istilah muslimat sombong dengan muslimin sebab kononnya hendak menjaga diri.
Bagi aku,tidak perlu sombong dan kita perlu jadi muslimat yang profesional.Contohnya kalau dalam fb ada lelaki asing tegur, “salam”.Kita jawab la salam itu.Kalau dia bertujuan baik tentunya dia akan chat kita atas sesuatu yang baik dan jika dia cuba membawa sesuatu perbincangan yang tidak perlu maka kalau saya,saya akan “offline ”saje.Kenapa nak sombong-sombong.Jangan jadi muslimat yang memayahkan orang untuk membuat sesuatu pekerjaan dan jangan pula menjadi muslimat yang lemah dan lembik melayan semua yang tidak perlu serta jangan mudah mengeluarkan airmata dihadapan orang terutamanya dihadapan lelaki.Nanti nampak sangat kita lemah.
Menjadi kebiasaan jika kita bersahabat baik dengan jantina yang sama.Itu adalah perkara yang biasa.Bersahabat dengan jantina yang berbeza juga bukanlah suatu yang pelik dan jangan jadi jakun la apabila berkerja dengan jantina yang berbeza.Cumanya ada dua pandangan disini.Satu,bersahabat yang menuruti syariat dan yang kedua bersahabat main redah lelaki dan perempuan.Tentunya yang tidak menuruti syariat itu salah tetapi mari kita berbincang yang bersahabat menurut syariat.
Pada pandangan aku bersahabat lelaki dan perempuan yang ikut syariat ini juga sama pada erti kita bersahabat sepertimana sama jantina cuma yang membezakannya adalah dari sudut pelaksanaan.Itu sahaja!Alah semua sudah besar takkan nak suh aku citer satu-satu…Tapi sudah besar-besar pun masih ada yang nak menjadi jumud dan rigid lagi.Menutup minda dengan paku-paku.Mereka ini langsung tidak mahu mendengar pandangan orang lain.Aku faham,masing-masing ada cara mereka sendiri.Kalau kita sentuh soal persahabatan sama jatina sudah pasti ada juga masalahnya Cuma mungkin tidak terlalu sukar dan mungkin ianya bersifat objektif dari sudut jenis masalah dan kita dah boleh agak cara penyelesaiannya tetapi tidak bagi bersahabat yang berbeza jantina…Mari kita bincang jom…
_Masalah hati la plak_
Aku mahu bersikap adil kat sini.Walaupun aku perempuan tapi aku nak jadi dua-dua sekarang.Korang perasan atau pernah alami tak situasi dimana korang memang anggap dia sahabat la..kira sanggup buat apa je kat dia.Korang jadi cam tu mungkin sebab ada masa dulu dia wat korang cam terhutang budi dengan korang.Jadi,lama-lama korang anggap dia cam sahabat sejati la.Kena plak mamat@minah tu sekepala plak dengan korang lagi la cam nak jadi sahabat kan.Tapi,tanpa disedari dia ada plak tertaut hati kat korang.Sudah….cinta ni memang tak boleh buat main-main.Kena plak bagi orang yang faham agama kan.Apa lagi ajak nikah la, nak bertunang tu semua,em…kesian.
Mungkin kita telah mengambil risiko dengan bersahabat baik dengan jantina yang berbeza tetapi jangan risau mungkin ada cara yang menyebabkan kita dapat hindari daripada berlakunya masalah hati.Ini tips aku buat sendiri,sapa yang tak suka duk diam-diam je.
1. Berhubung jika ada perkara penting yang perlu dibincangkan.
2. Kurangkan bercerita tentang masalah peribadi.
3. Menjaga nada suara.
4. Bersikap keras sedikit.
5. Bersikap profesional walaupun dalam gurauan.
Nanti korang mesti akan cakap,alah..kalau macam tuh nampak macam bukan sahabat je.Laa…inilah bersahabat kerana Allah.Kita boleh manfaatkan orang yang kita anggap sebagai sahabat membantu kita disaat kita perlukan.Kalau yang perempuan,mintalah tolong sahabat lelaki angkat barang yang berat-berat.Mintak tolong hantarkan ke hospital kalau-kalau sakit ke.Maksud aku menda yang korang rasa perempuan payah nak buat.Kalau yang lelaki pula,minta sahabat perempuan jahit baju yang koyak,minta belikan sesuatu yang lelaki tidak pandai pilih.Gitulah…Tapi ikut syariat la…Alah takkan nak terangkan macammana kan.Pandai-pandailah.
Kalau jatuh hati cane???
Ye..memang mencintai seseorang antara lelaki dan perempuan itu fitrah tetapi boleh dipandu dengan iman.Aku pun pernah la jatuh cinta tapi perlukah kita menzahirkannya??Cukuplah kita dengan Allah,Itu lebih suci dan selamat.Bagi aku ,apabila kita jatuh hati pada seseorang memang tidak nafikan kita rasa berdosa sebab rasa macam kotor je hati ini.Tapi itukan fitrah.Cumanya jangan dilayan perkara yang tidak penting.Menda ni sebenarnya berkait rapat dengan “mindsetting” kita.Kalau kita dah memang setkan kat minda dengan memikirkan menda itu maka menda itulah yang akan sentiasa muncul pada benak fikiran dan minda kita.Kita perlu matang dalam menghadapi situasi ini.Fikirkan…nak bercinta.Tapi belajar belum tamat,keluarga pun hidup sederhana.Kalau nak kawin cuba fikir baik dan buruknya.Tapi kalau mak bapak dah kasi,asal taknak accept je.Gitulah!
_Sekarang dah bukan sahabat ker??_
Alkisahnya ada dua orang yang berjantina berbeza dahulunya bersahabat baik.Tetapi semenjak yang si lelaki itu bakal berkahwin maka lelaki itu langsung tidak mengendahkan sahabat perempuannya itu.Si perempuan ini memang sangat gembira apabila mendapati yang sahabatnya itu bakal mendirikan rumahtangga tetapi yang si lelaki itu pula bagaikan langsung tidak mahu berkongsi kegembiraan itu bersama.Sebagai contoh,bagilah tahu siapakah perempuan yang dia bakal kahwini dan khabarkan la walau sepatah tentang hasrat mulianya itu dan bukannya berdiam diri dan mula berjauhan terus.Macam dah tak nak jadi member la plak.em…
Ada pula kisah yang mana seorang sahabat lelaki, dia telah jatuh cinta dengan sahabat perempuannya lalu setelah si perempuan menolak cinta itu maka dia decide dah taknak jadi sahabat.Parah betol…
saya kongsila kisah saya plak.
Ada seorang sahabat lelaki nih dia cam luahkan yang dia cintaieeeee saya..saya pun cakap la secara professional.Jadi kawan lagi bagus.Lama-lama takda menda la…Kita kenalah berfikiran matang dalam bab-bab hati ni.Kawan saya tu pun sampai sekarang tak da masalah apa.Tak ada sindrom kacau-kacau dan meroyan.Baguslah kalau semua macam tuh.Kekadang ramai yang apabila bercakap nampak kematangannya tetapi kalau dihinggap penyakit hati terus meroyan dan beremosi.Macam dah tak sabar sangat dah,kekadang tergelak juga.Hidup kena ada planning baru boleh prepare hidup masa depan.Dan terkadang ada orang yang nampak macam budak-budak tapi dia pandai manage emosi dia.Bagusla kalau kita boleh belajar manage emosi dengan orang macam tu.
Itu sahaja daripada saya sekadar perkongsian.Saya juga sedang belajar menjadi seseorang yang matang mengawal emosi dan menyusun setiap tindakan.Setiap perkara yang kita lakukan mestilah merujuk balik pada syariat Allah.Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment