Followers

Tuesday, June 25, 2013

Aku bukan pelangi

Sudah hampir seminggu berada di rumah.Petang ini gelap walaupun ada setengah negeri di Malaysia dilanda jerebu.Semoga Allah menurunkan hujan bagi menyelesaikan masalah jerebu kali ini.


Seperti yang aku jangkakan,cuti semester kali ini mesti lagi hampeh daripada sem-sem lepas.Bukan setakat cuti tetapi semuanya.Ya benar.Mengapa??? Manalah aku tahu.Aku sebagai manusia tak mampu nak menggarap hikmah disebalik ujian yang Allah anugerahkan kepada manusia.Apa yang pasti adalah sentiasa bersangka baik dengan Yang Esa.



Peningnya...apa yang tak kena dengan aku.Aku rasa aku ada masalah kecamuk identiti.Sekejap aku nak jadi ayu.Sekejap aku nak jadi serius.Sekejap aku nak jadi ceria.Eh apa kene dengan aku nih.Mana diri aku yang sebenar.Mana sarah yang gilang gemilang time sekolah dulu? Aku macam dah tersasar jauh dari personaliti aku yang sebenar.Ya ni kerana pengaruh sekeliling yang selalu memaksa aku untuk jadi itu dan ini.Tapi kemampuan untuk aku menjadi orang lain susah dan akhirnya jadilah macam orang depress sekarang.Tension sahaja memanjang..Barulah aku tahu,rupanya menjadi diri sendiri itu menenangkan aku.Biarlah orang nak kata ego ke apa yang pasti tiada rasa terpaksa dalam hidup nih.Sebelum tuh aku ada terbaca pasal sifat orang lahir bulan sepuluh,Mak ai..cam sama jee.. ini kajian doktor Fadzilah Kamsah


OKTOBER
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat




Mudah patah semangat? Ya,tepat sekali.Ambil berat pasal orang lain..oh.sikitla.

Mendengar nasihat itu satu peribadi yang mulia tetapi apabila kita seringkali dikritik kita akan rasa hidup ini seolah-olah di medan peperangan.Peperangan antara diri sendiri dan persepsi orang lain.Lama-lama boleh jadi sewel kepala otak aku.


Mungkin ramai orang akan kata...buang masa je layan emosi.Ya,tapi ingat senang ke nak buang perasaan tuh semua.Tambah lagi kalau 24 jam kita dikritik? Aku berasa sangat fobia dan trauma.Masa aku belajar di pondok BQ hari tuh,ada seorang kawan asyik memandang aku saje sambil tersenyum-senyum.Aku rasa sakit hati...sebab senyuman dia tuh nak mengatakan yang dia tak sangka aku nih baik dan sopan-santun.Ye la sebab aku kurang gelak,kurang bercakap dan menolong orang lain memasak dan sebagainya.


Ada pula yang menepuk-nepuk bahu aku, sambil memuji-muji aku denga pujian yang bersifat perlian."bagus la sarah..ayu lah sarah"


Semasa dalam kelas talaqi pula..apabila aku tergelak agak kuat dek kelucuan ustaz mengajar.Seorang kawan  menepuk lutut aku.Dia berpesan supaya gelak perlahan saja.Bukan itu sahaja..ketika di rumah ustaz..aku duduk diatas pagar batu ustaz yang rendah sementara menanti ustaz datang.Dia datang menepuk bahuku kemudian menasihati aku supaya beradab.Dia juga berkata.."sarah ilmu dah ada tapi tidak beradab"


Hati mana yang tidak terguris dilakukan seperti itu.Apabila aku melakukan kebaikan pasti ada yang memerliku.Jika aku melakukan kesilapan aku juga disakiti.Siapa yang tidak berasa sedih...Mungkin mereka bergurau.Tapi gurauan itu tidak lucu.


Apabila aku mengadu masalah aku.Tiada sahabat yang membelaku.Kata mereka.nak bela-bela pun kene tahu sahabat tuh buat betol ke salah.Ya tapi sekurang-kurangnya bagilah sokongan...biarlah sahabat itu menenangkan aku.


em..sudahla..penat berfikir tentang masa lalu.Lebih baik menjadi diri sendiri.






Sesungguhnya orang ada keunikan masing2.Apa barang mahu menjadi orang lain.

Saturday, March 30, 2013

KERJA GILA

Assalamualaikum.
Penulisan pertama aku untuk bulan ini barangkali.

Semoga anda semua sihat semuanya.

Post aku kali ini berkenaan dengan kerja gila.Apakah itu kerja gila.Biasanya kalau kita dengar perkataan gila maka sudah pasti kita akan terfikir sesuatu yang sangat negatif kan? Tapi gila yang aku maksudkan kat sini bukanlah Gila pada akal tetapi ianya sesuatu yang amat luar pada kotak pemikiran manusia biasa..haha

Kenapa aku kata ini adalah kerja gila?? sebab memang gila laa... tak balik cuti mid nih kan.Bukannya aku da tesis nak siapkan.Boleh je kalau aku nak balik even ada banyak jugak la paper nak kene jawab minggu depan.Tapi normally aku balik laaaa.....

So..aku buat apa kalau tak balik.Uhhhh..plan dia memang sangat banyak.Nak siapkan assigment..nak baca itu dan ini..Tapi akhirnya baca  jugak tapi tak mencapai KPI yang aku nak achieve.UH...Hari-hari aku keseorangan.ada teman tapi dia berada di Mahallah lain yang kat atas gunung tuh dan teman sebilik aku plak selalu ja tak da kat bilik sebab sibuk dengan program dia.So,aku pun buat apa lagi online...bukak itu dan ini dan baca buku,hafal...wat note dan lama-lama rasa boring sangat sebab aku memang cakap banyak dan tetiba aku kena duk senyap..pui...sedih dan pilu sungguh.

Tetiba aku dapat mesej daripada seorang member aku yang kat atas gunung tuh.Dia ajak aku pergi berjaya times square tapi serius la memang aku tak kenal tempat tuh walaupun pernah dengar namanya.Aku tanpa berfikir panjang..pergi je la sebab boring laaa..Tak bercakap dengan manusia nih..tolonglah...

Ok...cuba juga tanya orang road nak pergi situ.

Time atas LRT aku tegur semua makhluk.sebab aku memang nak jadi peramah so aku practice tegur makcik dan pakcik atas LRT tuh sampai gaduh ngan member aku sebab salah cara dan ntah..ape menda la..gelak je makcik tuh tengok kitorang buat perangai kebudak-budakan itu.

So hasil dari keramahan aku itu maka aku dapati untuk ke BTS aku perlu berhenti di Dang Wangi kemudian menaiki Monorel ke Imbi.Aku sebut apa tau? Imi..haha.Tak pernah dengar kot nama tuh kat Tanah Melayu nih.

Confident punya pasal akhirnya salah naik monorel dan disitu memang macam explorace laa..Terpaksa tunggu agak lama didalam monorel tapi kami enjoy je sebab dapat duduk.Hehe..tapi sebelum tuh memang macam berpelukan sahaja la dengan semua penumpang.Hahaa

Sampai di Imbi..Aku masuk ke sebuah bangunan.Saiznya agak besar tapi apabila aku tanya member aku.Nih plaza Imbi kan?? dia pun hanya mengangguk dan seorang lagi jawab."memang aku kenal tempat nih..Uhhh selalu datang" Menganjing je keje dia.Takpe asal dia bahagia.

So,kami semua mempunyai satu pandangan.Iaitu mendapatkan sebuah teksi untuk pergi ke BTS.Yela..semua cakap lepas naik LRT pergi Monorel lepas tuh dapatkan sebuah teksi.Dekat jeeeee..So.aku yang mulut banyak cakap nih pergi la dapatkan teksi.Tanya seorang pakcik,pak cik saya nak pergi BTS.Dia tergelak sakan.Ahhahahahhahahah...gila ah..Rupanya bangunan yang kami masuk tuh BTS laa.Tuh la pasal awat besar sangat.Pakcik tuh cakap..dik nak g mana nih?? Pakcik boleh pusingkan satu bangunan nih bayar 20..Hahaha.agak kejam disitu.Aku malu sesangaaaatttttt..Jakun lerrr...Biasanya kalau aku malu aku akan cover.So.aku bajet slumber dan tak malu menuju kembali ke bangunan tadi dan berkata..OOOOOOoooo yeke pakcik...

So dalam tuh kami main roller coaster..terbalik kuang la semua.dan bayangkan aku pakai kain dan tudung labuh tapi kami semua selamat.Alhamdulillah















Mula-mula nak masuk tuh memang berdebar sangat.Tapi memang best la.Aku pun memang jakun tak pernah main menda tuh semua.Ya laa.budak kampung la katakan.

Orang lain menjerit naik menda tuh dan kami juga menjerit tetapi versi Islamik laaa...menyebut Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad.UIA kan..kih2.Tapi dalam keadaan yang sangat menakutkan itu,ada seorang member aku sempat lagi dia melelapkan mata.Takut la tuh coverrrr lebih!

Macam-macam kami main.Sudah pasti ada orang pandang aneh la.Ada yang tanya sekolah agama mana nih? Kami jawabla dan masuk U dan dia kata"baguslah".Suka tengok sister pakai tudung labuh."yeee..terima kasih banggg!!"

Tapi tak semua permainan boleh kami main rupanya.Dengan slumber nak try satu permainan nih tapi hampeh untuk budak-budak je..Hehe.Shame you

Main..main..tapi nak maghrib so we need to get out la kan.. tapi kalau dah keluar takleh masuk dah.So,solat la kat dalam tuh.Solat je la kat mana pun asal bersih dan selamat dari najis.(contoh yang baik) : D

Seronok main tapi kami tak lupa Allah.Tuh paling penting.

P/S:Kita sebagai orang islam yang pakai tudung labuh aka menutup aurat mesti kene berfikiran terbuka dan aktif la. Macam kami...bukan nak riak tapi at least kami dapat buktikan yang budak agama atau perempuan yang tutup aurat pun tahu berhibur dan updated juga ape...kami makan nandos tau..

Tuh jer..selamat malam.

Wednesday, February 20, 2013

tarbiah hidup yang berbeza


Assalamualaikum wbt...

 Bercakap soal layanan atau bagaimana method ibubapa mencurahkan kasih sayang mereka pada anak-anak mereka adalah suatu perkara yang sangat subjektif.Berbeza mengikut keluarga masing-masing berdasarkan banyak faktor.Pendidikan,pengetahuan agama mahupun kondisi keluarga tersebut.


Aku tinggal sebilik dengan semua roommate yang boleh dikatakan mempunyai latar belakang yang jauh berbeza dengan aku.Aku boleh klasifikasikan mereka sebagai anak mak dan ayah la. Kerap kali juga aku mendengar dan melihat mereka bercakap soal keluarga masing-masing.Mereka memberitahu aku,
Laptop ini abah aku yang belikan,
hp ini ibu aku yang belikan,
baju jubah ini mak aku yang pilihkan...apabila aku sampai kat kampung,
mak aku terus suruh aku pakai,baju nih semua mak aku beli dari luar negara.
Ada pula yang kata,tak biasalah la naik bas ulang alik nih..
Semua pogrem bapak kita yang hantarkan walau sesibuk mana pun.
Laptop rosak ada abah yang baiki kan..semua kos abah bayar.
Emm...rindulah masakan ummi.
macammana nak kopek bawang nih??
yeah...kita dah pandai masak...
eh...abah kita tak bagi buat begitu..begini
jodoh mak kita carikan tau..
bisnes?? ahaa..mak kita bagi modal..
eh..bapak kita belikan kita motor nih...

tak kurang ada juga yang bertanya...guna PTPTN je ke..mak ayah tak masukkan ke setiap bulan duit???


Semua kenyataan dan persoalan yang diajukan agak asing dalam hidup aku.Setiap tindakan yang aku lakukan semenjak dari kecil sehingga dewasa sememangnya dikawal oleh diri aku sendiri.Tidak ada orang yang paksa aku belajar bersungguh-sungguh dan tiada sesiapapun yang kesah aku nak belajar kat mana?? sekolah agama?? sekolah arab???Jadi baik:?? jahat???nak pergi sekolah atau ponteng..


Bukan sebab mak bapak aku tak bertanggungjawab terhadap aku tapi hakikat suasana begitulah yang mengajar aku erti kehidupan.Setiap pilihan pada tangan aku.Tidak semua aku belajar sendiri...ada juga yang Ma dan abah aku ajar.Ma dengan ketegasannya mengajar aku belajar al-Quran dan mengemas rumah,memasak dan sebagainya.Ketegasannya menjadikan aku mahir membaca al-Quran.Alhamdulillah..

Ada kawan-kawan aku yang dimanjakan sehingga memasak dan mengemas pun tak tahu.Tapi diorang mendapat kasih sayang secukupnya.Tak kesahla...

Abah aku pula seorang yang sangat on time. Aku rasa...aku tak dimanjakan pun.Masa kecik kalau aku taknak pegi sekolah abah aku bawa aku pulang kerumah..Hahahah..katanya kalau tak nak pegi sekolah balik jelah..adei..aku baru 5 tahun kot.Maka tugas menghantar aku buat kali kedua diambil alih oleh ma aku laa.Ma aku pujuk2 la sikit.hehe..Tapi aku sedar abah aku manjakan juga aku dengan
cara dia la yang menyediakan makanan tengahari dalam keluarga aku.Ma aku keje so abah aku ambik alih.Abah aku keje shif malam dan petang.

Begitulah...dalam menjangkau usia remaja aku dan kini hampir mencapai umur 21 tahun,aku mula sedar bahawa selama ini semua yang aku lalui adalah pada pilihan aku.Ibubapa,guru,rakan-rakan hanyalah pendorong.Segalanya atas pilihan kita.Mahu berjaya ataupun tidak.

Aku juga sedar...laptop,hp,baju,alatan belajar,kasut, semuanya aku dapat melalui usaha dan ikhtiar aku. Memang itu semua rezeki daripada Allah dan ada juga ma bagi duit tapi jujur aku nak cakap kat sini...semuanya aku dapat hasil usaha aku.Laptop..ma bagi duit je..aku beli sendiri..kene tipu..kene tipulah..itupun aku dapat sebab aku cemerlang SPM.Hp pertama aku..motorolla..abang aku bagi sebab aku berjaya dalam exam PMR.

Disebabkan hidup yang sederhana dan adik beradik yang ramai maka tiada la nak mewah sangat hidup dan tiadalah nak dapat sesuatu dengan saje2 kan.Suprise hadiah beday!!! ohhh tidak lah sama sekali hehe.Aku faham..So,aku tak pernah berputus asa.

Ada pula yang kata..emm rindulah masakan mak...tapi bagi aku itu semua tak terlintas pun.Bukan tak rindu kat  ma tapi ma jarang memasak..haha..sebab dia sibuk mengajar ilmu al-Quran kat orang lain. Bagi aku tak perlu rindu2 sebab entahlah...hehe..tapi kalau korang nak rindu..rindu laa.Kalau aku balik kat rumah pun,aku jugak yang masak.Ataupun lauk kat kedai..atau abah aku masak..haha..sebab takda orang kat rumah.Semua dah bekerja dan besar panjang.

Dunia aku terlalu aneh mungkin..hehe.Tapi aku hargainya.Aku menjadi seorang yang berdikari dan berani.Kurang menangis dan tegas.Tapi wujud juga satu sifat yang perlu aku topup lebih iaitu penyayang...so sape2 yang jadi girlfriend aku tuh...terpaksalah aku bermanja dan dijadikan tempat meluahkan kasih sayang.



 my family

Tiada masa mahu menyesal atau berasa kurang itu dan ini.Sekarang masanya upgrade dan manfaat apa yang ada depan mata.Itu yang paling penting.Hidup aku,kita dan orang lain tak sama.Jangan samakan tapi cuba mengambil ibrah antara kehidupan kita semua. DAKWAH JUGA AKAN MUDAH DISEBARKAN JIKA KITA MEMAHAMI MAD'U DAN JANGAN BUAT BESAR KEPALA.Terasa mungkin???
hakikatnya yaa...

Tuesday, December 18, 2012

AKU NAK UJI PEREMPUAN NIH

aku tukar setting guna perkataan saya sebab aku takut semua orang sakit jantung bila baca post aku kali sebab agak panas sekarang.

Malam tadi saya menerima satu aduan daripada seorang rakan perempuan.Dia kata ada penyakit baru dalam kalangan pelajar lelaki dan dia juga dapat tahu ada pelajar perempuan yang dah terkena.Penyakit itu adalah penyakit "NAK UJI PEREMPUAN".Yang saya tak tahan tuh ramai yang kena serang pelajar lelaki yang di cop alim..alim.Takpe..aku mintak dia explain..pe kejadahnya menda tuh???

Penyakit itu adalah bilamana ada brothers yang macam bajet bajet baik dengan sister kemudian dia mengutuk kat belakang bersama dengan geng-geng dia.Huh!! Bila aku dengar,rasa macam berapi je kepala.macam ada keluar asap dari telinga.Tapi aku sabar..Opss..tukar setting..Saya bersabar.Saya mintak  explain sikit lagi.Dia kata ada seorang sis yang lemah lembut nih dia macam dah nak beriltizam jadi orang yang berani dan profesional gunakan saluran menelefon untuk hubungi bro.Maklumlah cepat dan pantas lagipun dalam organisasi mana-mana pun bagi sis tuh itu tindakan yang paling efisien.Cepat dan clear.Tapi Mamat tuh macam bajet bagus ke apa..dia main-main plak bila sis tuh kol banyak kali.Wat loud speaker dan gelak. secara berjemaah.

Saya mula jadi the Hulk mendengar cerita tersebut.Kemudian datang seorang lagi kawan saya menambah, ada seorang bro nih kata ada seorang sis nih gilakan dia...Tapi bila aku kenal minah tuh..apa lagi terkejut la ..ops..saya.Saya terkejut la sebab kawan saya tuh tak lama lagi nak kawin laa..Alahai,koya la mu nih..Cukup-cukup la wahai bro ngoya kokse gituh dan berangan.Sedarlah tapak kaki itu masih tersentuh tanah dan belum mampu terbang pun.Sekarang ni,ada ramai sister yang peramah dan friendly even pakai tudung labuh.Sama ada dia memang jenis macam tuh atau apa,aku pun tak pasti.

Yang bab nak uji perempuan nih aku jelaskan lagi. Ada yang saje kenakan sis tuh semata-mata nak tahu solehah manakah perempuan tu.Adakalnya mereka-mereka ini uji dengan buat baik ngan kita. Ahaks..aku kekadang tergelak jugak.Nak side kick un ada. Eh,yang korang nak uji2 nih asal??? Macam bagus sangat kamu tuh.Aku nak tengok suatu hari nanti kau kawen ngan sapa..solehah sangat la kan??? kau tuh yang kene jadi soleh dulu.

Sebagai seorang lelaki yang gentle dan berintegriti, pertama mereka tidak akan mengutuk perempuan lebih2 sebab tuh perangai perempuan banyak cakap ,bebel,ke kau nak jadi perempuan??? Keduanya,mereka juga akan menegur seorang sis dengan baik jika sis tuh terzahir kesilapan bukannya duk kutuk kat belakang kemudian gelak secara berjemaah... Ape hal!!Ketiga, mereka bersifat lemah lembut dengan perempuan bukannya jadi ulat bulu lepas tuh kau rosakkan daun tuh.

Sepertimana pada khutbah terakir Rasullullah SAW..korang masih ingat tak??

"Layanlah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia".
  
Bukan layan lembut kat bakal isteri atau isteri je tapi bagi aku siapa yang bergelar wanita,mereka berhak di hormati dan dilayan dengan baik sebab diorang ni kaum yang lemah dan sangat sensetif.

Wanita itu bukan sekadar isteri,tp adik,kakak,mak dan semua yang biologinya wanita.


"Janganlah seorang mukmin membenci seorang mukminah, jika ia tidak suka satu tabiat/perangainya maka (boleh jadi) dia reda (senang) dengan tabiat/perangainya yang lain." (HR Muslim). - OnIslam, Republika & Al-Ahram.

Memuliakan wanita adalah tanda kemuliaan seorang lelaki.Saya secara jujurnya tidak sempurna dan saya selaku seorang wanita mempunyai naluri yang sangat sensetif.Mempunyai emosi yang kuat.Semua kaum lelaki tahu perihal begitu tentang sifat wajib seorang wanita.Tapi kenapa buat juga kekasaran kepada kami sehingga kami terluka.Kami tak mampu nak sepak terajang kalian,kami jugak tak mampu nak membalas kejahatan yang kalian lakukan.Tapi luka yang terpahat dalam hati kami amat sukar diubati......Walaupun nyawa terpisah daripada jasad kalian.

Pernah seorang sis nih dia bagitahu saya satu ayat penghinaan yang dihemburkan oleh seorang lelaki.Walaupun setahun sudah berlalu tapi dia masih ingat dan kata-kata itu bagaikan baru semalam di lafazkan.



Berlemah lembutlah dengan kami dan jika kami ada melakukan kesalahan sila betulkan kami.Kami tidak kesah dengan ketegasan tapi jangan dengan kata-kata kasar yang mampu menjadikan hati kami rapuh.Bila rapuh,dia macam nak hancur dah la.tak da penawar dah.

Minta Maaf atas post yang agak bersifat jantina.Tapi nih je way bagi sis nak luahkan rasa.








Monday, December 17, 2012

Aku dan Broga Hill


   


Tanggal 16 Disember 2012  telah mencatat  sejarah terbesar dalam hidupku apabila aku buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke Broga Hill atau dalam bahasa Melayunya bukit Broga. Setelah mendapat tawaran untuk memulakan ekspedisi  ke sana, tanpa berfikir panjang aku menerima pelawaan itu oleh seorang sahabat dari Kuliah ekonomi.Dia adalah Syarifah Muznah Syed Abdul Rahman.Aku bulatkan tarikh 16 Disember itu pada calendar yang ditampalkan pada soft board dalam compartment aku.Tiada siapa yang boleh menghalangku untuk bertemu si Broga…

Pagi itu tepat jam 5 pagi kami mula bersiap untuk ke Broga Hill.Tapi penat menunggu si Driver ini akhirnya pukul  6 pagi baru mukanya muncul.Spoil arr bro!!! Tapi aku bersabar je sebab bukan kerana dia takda maknanya aku nak sampai kat Broga Hill tuh.

Perjalanan kami diteruskan sehingga akhirnya dalam jam 7 20 pagi kami tiba di Broga Hill.Aku ingat pagi-pagi nih takda manusia laa..sekali penuh tempat parking.Aku salute la dekat orang cina tak kira tua muda pakat duk  naik bukit Broga pepagi lagi.Kami memulakan ekspedisi kami dalam 730 pagi.Pada mulanya aku agak terkejut kerana sepanjang pengembaraan kami memang jalanya berbukit-bukit dan semuanya pada arah menaik..Aishhhh…Asyik naik je kemain lenguh kaki aku nih.Sepanjang perjalanan tuh mulut aku asyik duk membebel bila la nak sampai ke kemuncak…bila la nak sampai ke kemuncak.Semua warga bukit tuh bernanah dengar suara yang amat merdu itu..hahaha.

Sedang aku duk tahan penat dan sangatla menderita memanjat bukit tuh sekali ada plak member aku yang tadi laju sangat memanjat bukit ditimpa musibah.Jeng…jeng… apakah yang berlaku???
 Aku nak bagitau kat korang apa yang dia cakap masa mula-mula kami mendaki bukit tuh… “Eh Sarah,kita kene lintas bro kat depan tuh…Sof 9 kena mantap!” aku masih terbayang mulutnya yang penuh itu  mengatakan hal yang demikian rupa..sekali!!!!!!!!!  




 Dia yang pitam kat bawah kaki bukit..Hahaha…Spoil ah!! Dalam keadaan yang gawat itu,amatlah berdebar  melihat dia yang lemah longlai bagaikan tidak bernyawa dan pucat kesejukan umpama jasad tak bernyawa.Tambahan lagi,aku ini yang tidak ada kepakaran dalam merawat orang,mencederakan orang boleh. Kena plak 80 orang yang lalu kat kawasan dia pengsang tuh Nampak keadaan dia yang sangat menarik perhatian itu bilamana mereka bertanya tentang apa yang berlaku kat member aku tuh.Maknanya 80 kali la aku kena jawab soalan yang sama kan.Nak je aku  cengkik tapi tak pelah ini lah tadhiyat naik bukit Broga.

Oh Broga masih jauhkah perjalanan untuk kita dipertemukan,
Ada pula pelbagai mehnah yang terpaksa aku harungi,
Hanya untuk menjejakkan kaki di atas bahumu,

Oh Broga…
Laluan untuk mendekatimu amat perit,
Lurah aku lalui,

Batu – batuan aku redahi hanya untukmu,
Si Broga yang kuat berdiri atas bumi Ilahi tanpa sombong,
Dan angkuh membiarkan dirinya dipijak asal dunia menjadi Indah.



Tergelungsur,terjatuh,terlentang semuanya pasti di hadapi oleh semua manusia yang mendaki bukit Broga yang amatlah tinggi dan berlurah.Penat sangat…Tetapi aku tersentuh melihat beberapa orang warga emas yang masih mampu mendaki bukit Broga tanpa jemu dan agak laju.Ada yang bawa anak cucu,waa…Mereka sangat cergas dan kuat.Nak bandingkan dengan aku yang dan lemah dan sakit urat semua ada walau masih berada di tempat yang bawah.Jeles..serius diorang sangat hebat.






Dalam Jam 9 pagi kami sampai ke puncak bukit yang paling tinggi.Kami pergi berlima tapi 3 orang je yang mampu sampai ke garisan penamat.Lagi dua dah pancit..hehehe. tentulah aku antara manusia yang sampai ke puncak bukit tuh an..Aku terpegun dengan pemandangan dari atas bukit itu yang sangat indah dan menakjubkan.Pemandangan sangat sejuk dan  nyaman. Sebagai orang islam aku rasa kita mesti menerima cabaran untuk meredah dan mendaki tempat – tempat yang mencabar dalam dunia Allah ini.Di sana terdapat sesuatu yang menjadikan kita betapa kagumnya pada kekuasaan Allah.Bukit itu ada 3 puncak dan setiap puncak sangat indah,segar dan nyaman. Wahh…. Subhanallah!!!!

Kami bergambar dan menghabiskan masa dengan mencuci mata melihat keindahan pada pandangan atas bukit ke bawah.Melihat suasana yang jarang kita berkesempatan untuk merasainya.TAPI!!!!!!
Aku cuak juga nak turun…Alamak tingginya macammana nak turun???





Akhirnya aku layan je..aku turun je..sekali! tergelungsur jatuh..hahah Macam main sunway Lagoon…Walau apa pun.Ekspedisi ke Brogan Hill amatlah menyeronokkan kerana sangat penat dan letih tetapi ianya sangat indah dan mengkagumkan.

So,ayuh semua sahabat seagama.Kita yang paham agama nih tunggu  apa lagi..takkan baca buku je..jom keluar kita melihat dan merasa sendiri nikmat mengembara dan memandang sendiri ciptaan Allah.Kita kena kuat dan lasak kerana jalan Dakwah yang sebenar lagi lasak dan mencabar daripada mendaki Bukit Broga.. Inilah simulasi dakwah yang sebenar… Kami tiba di kaki bukit dalam jam 10 pagi.Kemudian kami terlena dalam kereta..heheh…

…        Tammat

Aku bertanya bro tuh.. “Bro kalau gunung tahan berapa lama”. Dia jawab “naik 4 hari.turun 3 hari”..Aku,”gulp!!!!”



Saturday, November 3, 2012

Bertambah umurku dalam hidup yang merapu


Alhamdulillah genap 20 tahun umur aku.Ini adalah fasa kedua kehidupan aku atas muka bumi ini.Ada orang kata aku semakin bertambah matang.Hehe…mestilah.InsyaAllah lebih baik daripada tahun sebelumnya.Pada 5 oktober 2012 iaitu pada hari jumaat minggu pertama bulan 10 aku menyambut tarikh kelahiran aku.Ramai la yang wish tapi aku tak mengharapkan apa-apa sebab dari kecik ma abah tak pernah sambut,so bila ada orang yang tolong sambut dan wish nih rasa macam terharu sikit..:)
Sebenarnya genap umur 20 tahun nih aku nak kongsi something buat sahabat sekalian. Terlalu banyak perkara yang aku belajar daripada kisah orang sekeliling yang mana kadang –kala menjadikan aku kebingungan.Macamana nak tolong.Aku gunakan perkataan tolong yakni dakwah sebab terlalu ramai kawan-kawan diluar sana yang hidup tak ikut syariat.
Kisah pertama(masa aku tahun pertama kat CFS)
Semasa program yang dianjurkan bawah STAD, ada seorang pelajar perempuan yang juga belajar kat cfs ceritakan sesuatu pada aku tapi pada masa tuh aku tak sedia nak dengar masalah orang.Sedang aku bersiap-siap nak menunaikan solat maghrib dia datang kearah aku dan rakan FSCC lalu menceritakan masalahnya.Apa yang dia ceritakan bagi aku sangat serius walaupun dengan sempoi je dia cerita.Begini ceritanya…dia ada seorang kekasih stay kat Melaka.Mereka selalu berhubung.Dia freehair dan dia ada masalah dengan family dia.Kerap bergaduh dengan ibunya dan pernah dihalau keluar dari rumah.Budak nih sangat cerdik dan agak genius melihat dari sudut cara dia bekerja dan juga keputusan peperiksaannya tapi sayangnya tumpul moral dan pegangan agama.Kalau dia bercakap..banyak yang mengarut dan mencarut.Pasal dia dan boyfriend..aduh…tak sanggup la nak cerita.Em..macam nih dia kata boyfriend dia tak boleh lupakan dia(maksud 18XX).Tanpa segan silu dia kata yang dia sudah terlalu biasa dan kerap melakukan hubungan seks dengan pasangannya.Aku melihat kearah rakan FSCC,dia pun senyap sahaja tapi tiba-tiba dia bertanya, “ko buat tuh tak mengandung ker?”.Lalu budak perempuan tadi jawab, “kami buat suka-suka jer”. Aku yang mendengar terus terkedu dan senyap je.Maklumlah aku fresh je masuk UIA terus dengar menda-menda macam tuh.Terkejut la sangat kan.ER… takut betul.Itu kita dengar cerita budak UIA kalau budak yang bukan UIA tak tahu lah.
Kisah kedua(UIAM GOMBAK)
Dari CFS aku dan biasa berkawan dengan semua orang tak kisah perangai seteruk mana pun.Tapi aku tak rapat sebab aku takut tak mampu nak handle.KIsahnya begini,atas jemputan seorang rakan lama kerumahnya lalu aku pun berbesar hati pergi ke kenduri saudara kandungnya.Rakan aku tu budak UIA juga.Aku tumpang kereta kawan kepada rakan yang jemput aku tuh.Tekan je enjin kereta, aku masih boleh tahan kawal malu dan segan,maklumlah naik kereta dengan rakan-rakan UIA yang bukan Kos IRK dan baru kenal.Sape tak segan…Keluar sahaja kawasan UIA, 3 daripada 6 orang rakan dalam kereta tuh dengan slumbernya menanggalkan tudung masing-masing dan aku hanya mampu melihat dan tersenyum pahit. Semasa dalam perjalanan ada seorang rakan dalam kereta tuh yang aku agak kenal dan menjadi roommate aku dengan rasminya sem ini, mesej aku. “nanti ko jangan terkejut ya..” Terkedu aku, apa maksud dia nih.Tiba-tiba salah seorang daripada kawan atas kereta tuh keluarkan satu batang rokok dari satu kotak dan hisap.Dia bukak tingkap kereta tapi bau tuh mestilah ada kan.Tergamam aku dibuatnya.Rakan-rakan yang lain memandang kearah aku dan tersenyum. Aku tak kisah kalau nak merokok ke  apa sebab tuh hak dia tetapi cara dia merokok menunjukkan dia memang sengaja nak menunjuk kat aku yang dia tak kisah buat apa-apa pun dan dihadapan sesiapa pun.Perempuan lagi..tak elok mata memandang.Bukan setakat merokok tapi pasang lagu kuat-kuat sambil menari-nari atas kereta tuh.Aku mula terfikir…aku kena buat apa??? Nak tegur?? Cari gaduh adalah.Nak dakwah secara bijaksana??? Entahla tak tahu nak wat macammana.Lalu,aku menghayati sahajalah apa yang terbentang dihadapan aku tu.Ada yang segan dengan aku tapi bukan itu yang aku harapkan.Aku yakin mereka sudah tahu apa yang mereka lakukan salah tapi sekeliling mereka yang menjadikan apa yang mereka lakukan sudah menjadi perkara biasa.Tapi bagi aku apa yang terjadi adalah suatu perkara yang sangat teruk dan tenat dihidapi oleh masyarakat kini.
*Ada banyak lagi kisah yang lebih teruk tapi biarlah aku simpan dalam minda aku jer,kenapa aku post cerita nih?
1.       Sedarlah..jangan pentingkan diri sendiri,berkawan dan dekati semua orang supaya kita lebih memahami masyarakat sekeliling.
2.       Jangan pandai post je kat fb ,orang nih tak pakai tudung,orang nih pakai ketat.Cuba tanya pernahkah kita kenali mereka dan dekati serta nasihat mereka???pandai cakap je buat apa!
3.       Ada seorang kawan pernah cerita kat saya,dia memang boleh berubah di UIA tetapi apabila balik ke rumah dia terpengaruh dengan keadaaan dan suasana keluarganya.Kesian…
4.       Apakah kita seorang Daie??? Atau dai’e yang hanya mampu melihat dan bisu!!!!!???
5.       Daie yang suka mengkritik dalam laman sosial tapi tak mampu keluar ke pentas  dakwah yang sebenar???




*Saya menulis dengan jujur dan ikhlas supaya kita sama-sama mengambil iktibar daripada semua kisah yang saya ceritakan dalam blog nih.Tiada niat nak menyalahkan sesiapa sebab saya sendiri pun salah juga.Transformasikan diri kita.Tiada orang yang boleh merubah pemikiran dan cara menghukum kita kecuali diri kita.Jadilah insan yang berilmu agama yang lebih open minded dan fleksibel.Jangan terlalu jumud dan rigid dengan pegangan dan prinsip yang entah apa-apa yang akhirnya menjadikan kita dilihat doif dan kurang cerdik.Wallahua’lam.

Wednesday, October 31, 2012

Surat buat si kumbang yang ingin menyuntingku…kalau ada laa…

Assalamualaikum to all my beloved followers.Tajuk post aku kali ini agak geli-geliman sikit kan...hehe.Tiada kena mengena dengan sesiapa.Tiada niat nak mengutuk atau menghina.Sekadar berkongsi rahsia hati dan nak meluahkan sesuatu yang terbeku didalam peti berbentuk love(hati)nih.Hehe…Merisik atau bertanya dengan mendalam tentang seorang wanita islam yang belum berkahwin, “dah berpunya ke belum cik kak???”.Gitulah lebih kurang.
Emm…bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi masyarakat dunia,Malaysia ke,Amerika ke,Israel(ada ke Negara Israel?…pui!!!diorang nih yang rampas Negara Palestin),India atau masyarakat Zimbabwe sekalipun.Member aku yang kahwin sekarang kemain banyak nya.Tak leh nak bilang lah… Ada yang umur 18 dah kahwin.Bahagia je aku tengok…Dah jadi menda biasa.Tapi masih lagi ada krisisnya.Mungkin masalah kahwin semasa belajar ini menjadi suatu masalah bagi segelintir pelajar je la.Bukan semua.Ada yang dapat accept ada yang mengkritik hebat.Tapi pada pandangan aku,selagi mana mendapat restu daripada kedua orang tua dan masing-masing sudah bersedia maka tiada masalah,lampu hijau akak bagi.
Suatu hari,aku dengan beberapa orang member sehidup semati yang tak kira tempat kecoh nih pergi la kenduri kahwin kat rumah kawan lama aku.Secocok sangat!!!hehe… Ahaa…tengah-tengah mengintai-intai sepasang pengantin baru tu…tut..terjeling la pula kawan lama.. Aku apalagi bertanya khabar laa… “Mu maghi soghe ko?”.Dia slumber balas, “eh…Maghi ngan tok laki aku laa”,…pergh…kelas betul jawapan dia.Lepas tuh dia tanya…si X dah kahwin…hang bila plak???Glupp!!!!!!!!!!!!!!Tertelan air liur mendengar soalan member aku tadi.Boleh dia tanya aku macam tu???????????????
Helo!!!!!!!!!Dunia…Nama aku Siti Sarah Zahra Binti Mohd Ramli.Tiada dalam sejarah adik beradik aku berkahwin duk tengah belajar…SEJARAH tau.Ada fakta,tarikh dan tempat lagi.Aku nak kahwin??? Buat ape? Aku pernah juga terfikir.Buat masa sekarang ni,perlu ke aku kahwin???Tiada pula orang yang pernah merisik aku.Termenung dibuatnya.Bukan hanya disebabkan oleh soalan member aku tadi tapi disebabkan oleh pertanyaan oleh berpuluh-puluh manusia diluar sana.Balaghahnya…ramai la yang tanya.Termasuk mak sedara,kawan lama,dan juga adik aku.Huh,bukan tanya sal kahwin jee…ada yang siap tanya, “mu nih mesti dah berpunya kan?”…Erk!!! Takda soalan lain ke…Tanyalah,nak duit tak,motor ke atau kereta.Ada la juga keuntungan.Tapi orang kata soalan macam tu sesuai la dengan usia aku sekarang.Ya…aku setuju tapi bukan aku.
Apabila aku menulis tentang ketidakmahuan kahwin awal nih.Ada la pula makhluk diluar sana yang mungkin perasan matang kot.Dia kata aku tak matang lagi.Grrrrrggggghh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Mari akak nak jelaskan mengenai matang.Kematangan dalam diri seseorang adalah subjektif.Matang pada umum adalah apabila seseorang mencapai usia baligh.Itu orang panggil matang.Tetapi kalau bab soal bernikah nih.Aku rase agak kurang sesuai la jika mengatakan aku kurang matang sebab aku tak mahu kahwin awal.Mungkin Sedara tuh kata aku tak matang untuk kahwin sebab aku suka tengok Dragon Ball,post-post aku yang sempoi je kat FB dan gemar bergurau senda dengan sahabat-sahabat aku yang sekepala.Urm…mungkin juga dia bergurau sebab aku kan sempoi. Tapi aku rasa dia silap.Abang aku dah kahwin dan bulan 12 nih dia akan mendapat anak yang pertama.Dia adalah manusia yang gila cerita kartun dan agak gila-gila.So,dia tak matang la…Hello dia dah nak dapat anak dah.Tengok cerita kartun tak semestinya sebodoh-bodohnya menghabiskan masa.Ada terselitnya juga faedah bagi sesiapa yang menyukai seni dan imaginasi.Sempit!
Kepada pemilik-pemilik halkum diluar sana.Tolong la jaga sikit mulut apabila bercakap dengan golongan hawa nih.Kami ini sensetif tau.Kesok oyap gitu.Suka hati la nak buat apa pun asal tak menyalahi syariat.Tak lupa juga kepada yang perasan matang tuh.Satu hal juga,manusia yang dah mencapai baligh sume dah matang Cuma ada lagi spesifikasi kematangan dalam konteks kebolehan pengurusan.Dalam sudut kewangan,emosi,percakapan,pengurusan diri dan sebagainya.Ramai je yang kahwin asyik pokai je..tak pandai uruskan kewangan la tuh.Ooooh…tak matangnya dia..huhuhu.So,jelas!
Keinginan untuk berumah tangga semua orang memilikinya,keinginan jatuh cinta dan keinginan untuk berkasih sayang.Sahabat…itu adalah fitrah dan fitrah adalah naluri yang wajib ada buat semua makhluk yang bergelar manusia kerana itu semua adalah anugerah daripada Allah.Semuanya ada hikmah lalu setiap apa yang diciptakanNya tidak boleh dipandang remeh.Semua orang ada semua itu.Tetapi ada yang mampu dan ada yang tidak.Ada yang mendapat restu dan ada yang tidak.Cubalah memahami… Tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada sahabat yang sudah menyempurnakan separuh dari agamanya. Sebenarnya aku sangat terkejut setelah mendapat tahu,ada kumbang yang ingin mengenaliku…mungkin mahu merisik.Terkejut juga sebab sebelum ini memang tidak ada.Ada…tetapi aku tak berkenan.Tapi yang ini aku suka.Tetapi…aku perlu ignore je la.Bukan masanya.
Sebelum ini aku ada membuat matlamat hidup.Aku meletakkan umur 25 sebagai umur untuk aku berumah tangga.Itu pun kalau ada yang merisik.Terlalu banyak yang perlu aku tunaikan.Tidak pasti sama ada aku sempat atau tidak.Sudah 20 tahun aku membebani Ibubapa aku.Pernah sekali abah memberitahu padaku, “tok tahu la siti,abah dea ko dok meraso hok mu”..Maksud dia,tengok aku bekerja dan membalas jasanya setelah bekerja.Simple je ayat abah aku tuh tapi termenung panjang juga aku mendengarnya.Sekarang umur abah aku dah 60 lebih.4 tahun lagi aku kena belajar.Kerja belum tentu dapat.Banyak sangat la aku terpaksa fikir…Ma aku selalu merungut dapur sempit…Kerap juga dia memberitahu keinginannya untuk  membaiki rumah dan membina kelas agama bersebelahan dengan rumah aku.Dia tak mau lagi menumpang bangunan orang lain  untuk dijadikan kelas mengajar mengaji anak-anak kampung dan makcik-makcik.Allah! beratnya…
So,sudah jelas…Matlamat yang aku cipta tuh bagi aku sangat tepat dengan peribadi aku dan keluarga.Bak kata pepatah melayu,Ukur baju dibadan sendiri.Jangan tiru orang.Apa yang kita mampu kita laksanakan apa yang kita tak mampu kita tangguhkan.Buat yang mampu dulu.Dalam exam pun kita tinggalkan dahulu soalan yang susah dan selesaikan soalan yang mampu dijawab dahulu.Huhu…

Sekarang…aku mampu belajar bersungguh-sungguh.Aku mesti lakukan.Seterusnya buat sekumbang yang mempunyai hasrat ingin memilikiku..Ini nasihat aku…Simpanlah rasa hati itu dalam peti yang berbentuk Love.Jadikannya cinta yang suci…ibarat cinta Saidina Ali pada Siti Fatimah.Tak perlu kecoh-kecoh.Biar kita lapor pada Ilahi sahaja.Orang tak perlu tahu.Kalau ada jodoh…depan hari pasti kita yang akan menjadi juara…Yeah!!! GoL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Sekian…pada member-member yang kenal aku tuh jangan termuntah baca post ini.Kalau termuntah cepat-cepat ke tandas..Sayonara!

Sahabatku selamanya…

Penulisan ini aku tujukan kepada semua sahabat aku yang aku kasihi tidak kira sama ada “mamat” atau “minah”.Sedang aku mendengar satu lagu yang sangat menyentuh hati iaitu lagu yang dicipta oleh Najwa latif yang bertajuk “Sahabat”dengan petikan gitar yang sangat cermat tiba-tiba muncul idea untuk aku menulis post ini.Aku tak pasti orang yang rapat dengan aku dan yang sekeliling aku ini adalah sahabat atau rakan atau sekadar kenalan.Sahabat itu bukan sekadar rakan dan bukan juga sekadar kenalan ye cik kak dan pakcik sekalian.Sahabat ini lebih dari suami dan isteri.Dia sentiasa menyokong kita dan sentiasa menjadi cerminan kita.Ada orang mengatakan sahabat baik tidak boleh dijadikan pasangan hidup.Hal ini bagi mereka yang bersahabat berlainan jantina.
Dulu,aku pernah mengisi satu borang berkaitan kepimpinan dan dalam borang itu menyuruh aku meletakkan nama sahabat lelaki yang paling rapat.Em…aku terfikir juga,mana ada yang aku rapat persis sahabat perempuan aku sebabnya lelaki dengan perempuan mana boleh terlalu rapat kan.Secara jujurnya memang aku jenis yang terbuka dan jenis yang agak gila-gila dan bersuara lantang tetapi aku punyai prinsip iaitu berhubung jika ada sesuatu yang hendak dibincangkan.Dan bagi aku tiada istilah muslimat sombong dengan muslimin sebab kononnya hendak menjaga diri.
Bagi aku,tidak perlu sombong dan kita perlu jadi muslimat yang profesional.Contohnya kalau dalam fb ada lelaki asing tegur, “salam”.Kita jawab la salam itu.Kalau dia bertujuan baik tentunya dia akan chat kita atas sesuatu yang baik dan jika dia cuba membawa sesuatu perbincangan yang tidak perlu maka kalau saya,saya akan “offline ”saje.Kenapa nak sombong-sombong.Jangan jadi muslimat yang memayahkan orang untuk membuat sesuatu pekerjaan dan jangan pula menjadi muslimat yang lemah dan lembik melayan semua yang tidak perlu serta jangan mudah mengeluarkan airmata dihadapan orang terutamanya dihadapan lelaki.Nanti nampak sangat kita lemah.
Menjadi kebiasaan jika kita bersahabat baik dengan jantina yang sama.Itu adalah perkara yang biasa.Bersahabat dengan jantina yang berbeza juga bukanlah suatu yang pelik dan jangan jadi jakun la apabila berkerja dengan jantina yang berbeza.Cumanya ada dua pandangan disini.Satu,bersahabat yang menuruti syariat dan yang kedua bersahabat main redah lelaki dan perempuan.Tentunya yang tidak menuruti syariat itu salah tetapi mari kita berbincang yang bersahabat menurut syariat.
Pada pandangan aku bersahabat lelaki dan perempuan  yang ikut syariat ini juga sama  pada erti kita bersahabat sepertimana sama jantina cuma yang membezakannya adalah dari sudut pelaksanaan.Itu sahaja!Alah semua sudah besar takkan nak suh aku citer satu-satu…Tapi sudah besar-besar pun masih ada yang nak menjadi jumud dan rigid lagi.Menutup minda dengan paku-paku.Mereka ini langsung tidak mahu mendengar pandangan orang lain.Aku faham,masing-masing ada cara mereka sendiri.Kalau kita sentuh soal persahabatan sama jatina sudah pasti ada juga masalahnya Cuma mungkin tidak terlalu sukar dan mungkin ianya bersifat objektif dari sudut jenis masalah dan kita dah boleh agak cara penyelesaiannya tetapi tidak bagi bersahabat yang berbeza jantina…Mari kita bincang jom…
_Masalah hati la plak_
Aku mahu bersikap adil kat sini.Walaupun aku perempuan tapi aku nak jadi dua-dua sekarang.Korang perasan atau pernah alami tak situasi dimana korang memang anggap dia sahabat la..kira sanggup buat apa je kat dia.Korang jadi cam tu mungkin sebab ada masa dulu dia wat korang cam terhutang budi dengan korang.Jadi,lama-lama korang anggap dia cam sahabat sejati la.Kena plak mamat@minah tu sekepala plak dengan korang lagi la cam nak jadi sahabat kan.Tapi,tanpa disedari dia ada plak tertaut hati kat korang.Sudah….cinta ni memang tak boleh buat main-main.Kena plak bagi orang yang faham agama kan.Apa lagi ajak nikah la, nak bertunang tu semua,em…kesian.
Mungkin kita telah mengambil risiko dengan bersahabat baik dengan jantina yang berbeza tetapi jangan risau mungkin ada cara yang menyebabkan kita dapat hindari daripada berlakunya masalah hati.Ini tips aku buat sendiri,sapa yang tak suka duk diam-diam je.
1.      Berhubung jika ada perkara penting yang perlu dibincangkan.
2.      Kurangkan bercerita tentang masalah peribadi.
3.      Menjaga nada suara.
4.      Bersikap keras sedikit.
5.      Bersikap profesional walaupun dalam gurauan.
Nanti korang mesti akan cakap,alah..kalau macam tuh nampak macam bukan sahabat je.Laa…inilah bersahabat kerana Allah.Kita boleh manfaatkan orang yang kita anggap sebagai sahabat membantu kita disaat kita perlukan.Kalau yang perempuan,mintalah tolong sahabat lelaki angkat barang yang berat-berat.Mintak tolong hantarkan ke hospital kalau-kalau sakit ke.Maksud aku menda yang korang rasa perempuan payah nak buat.Kalau yang lelaki pula,minta sahabat perempuan jahit baju yang koyak,minta belikan sesuatu yang lelaki tidak pandai pilih.Gitulah…Tapi ikut syariat la…Alah takkan nak terangkan macammana kan.Pandai-pandailah.
Kalau jatuh hati cane???
Ye..memang mencintai seseorang antara lelaki dan perempuan itu fitrah tetapi boleh dipandu dengan iman.Aku pun pernah la jatuh cinta tapi perlukah kita menzahirkannya??Cukuplah kita dengan Allah,Itu lebih suci dan selamat.Bagi aku ,apabila kita jatuh hati pada seseorang memang tidak nafikan kita rasa berdosa sebab rasa macam kotor je hati ini.Tapi itukan fitrah.Cumanya jangan dilayan perkara yang tidak penting.Menda ni sebenarnya berkait rapat dengan “mindsetting” kita.Kalau kita dah memang setkan kat minda dengan memikirkan menda itu maka menda itulah yang akan sentiasa muncul pada benak fikiran dan  minda kita.Kita perlu matang dalam menghadapi situasi ini.Fikirkan…nak bercinta.Tapi belajar belum tamat,keluarga pun hidup sederhana.Kalau nak kawin cuba fikir baik dan buruknya.Tapi kalau mak bapak dah kasi,asal taknak accept je.Gitulah!
_Sekarang dah bukan sahabat ker??_
Alkisahnya ada dua orang yang berjantina berbeza dahulunya bersahabat baik.Tetapi semenjak yang si lelaki itu bakal berkahwin maka lelaki itu langsung tidak mengendahkan sahabat perempuannya itu.Si perempuan ini memang sangat gembira apabila mendapati yang sahabatnya itu bakal mendirikan rumahtangga tetapi yang si lelaki itu pula bagaikan langsung tidak mahu berkongsi kegembiraan itu bersama.Sebagai contoh,bagilah tahu siapakah perempuan  yang dia bakal kahwini dan khabarkan la walau sepatah tentang hasrat mulianya itu dan bukannya berdiam diri dan mula berjauhan terus.Macam dah tak nak jadi member la plak.em…
Ada pula kisah yang mana seorang sahabat lelaki, dia telah jatuh cinta dengan sahabat perempuannya lalu setelah si perempuan menolak cinta itu maka dia decide dah taknak jadi sahabat.Parah betol…
saya kongsila kisah saya plak.
Ada seorang sahabat lelaki nih dia cam luahkan yang  dia cintaieeeee saya..saya pun cakap la secara professional.Jadi kawan lagi bagus.Lama-lama takda menda la…Kita kenalah berfikiran matang dalam bab-bab hati ni.Kawan saya tu pun sampai sekarang tak da masalah apa.Tak ada sindrom kacau-kacau dan meroyan.Baguslah kalau semua macam tuh.Kekadang ramai yang apabila bercakap nampak kematangannya tetapi kalau dihinggap penyakit hati terus meroyan dan beremosi.Macam dah tak sabar sangat dah,kekadang tergelak juga.Hidup kena ada planning baru boleh prepare hidup masa depan.Dan terkadang ada orang yang nampak macam budak-budak tapi dia pandai manage emosi dia.Bagusla kalau kita boleh belajar manage emosi dengan orang macam tu.
Itu sahaja daripada saya sekadar perkongsian.Saya juga sedang belajar menjadi seseorang yang matang mengawal emosi dan menyusun setiap tindakan.Setiap perkara yang kita lakukan mestilah merujuk balik pada syariat Allah.Wallahua’lam.

Hati yang berkaca

Assalamualaikum
Semakin ramai sahabat yang follow blog aku.Terima kasih bat.
Blog aku nih takda menda pun tapi kalau nak menda yang orang lain tak tulis maybe ada lah.Insya’Allah.
Bat,tinggal beberapa hari lagi aku akan dengan paksa relanya akan mendaftar semula belajar.Minggu depan, hari selasa kat Gombak.Aku memang nampak muka cam tough je tapi bab kene survive jauh ngan mak ayah nih kadang-kadang nak meraung pun ada.
Alkisahnya…teringat masa abis PMR.peh tengok je result yang nak-nak je cemerlang tuh terus bermimpi nak jadi doktor gigi tapi… tak kesampaian la bat.Apa tak nya ,aku bertahan 4 hari je sekolah berasrama tuh.Sekolah lama aku takda plak aliran sains tulen.Umph…hampeh betul. Aku masih ingat lagi, setiap hari masa kat asrama dulu jantung aku berdegup ketakutan.Makan tak lalu,tidur tak lena…kecut juga perut duk tempat orang.Muka budak sekolah tuh plak macam dah taknak enjoy.Everyday,every moment they are studying. Looks extremely stress. Asyik teringat je kat rumah dan katil aku yang sangat besar dan batal golek yang sangat empuk.Ma pun teringat jugak…hehehe.Nak tau sebab apa?? Sebab masa sekolah rendah dulu.Darjah satu sampai darjah 3, ma la yang suapkan makanan kat sekolah dan jadi power ranger aku.Cikgu marah… ma datang kasi sapu.Budak lelaki tarik tudung aku…ma aku datang bawa rotan panjang.hehehe…Comel kan.
Itu masa aku kecik-kecik.Sekarang aku dah besar.Orang kata apabila kita dah besar maka kita kena berdikari.Semuanya kena usahakan sendiri.Makan,minum,kerja sekolah,tahan kena marah,kena kutuk,fitnah,sakit hati,budak laki buat jahat,baju koyak,takda duit,berus gigi hilang dan seumpama dengannya.Haha…kalau aku mengadu kat ma aku pun bukannya dia layan pun sekarang…
Tadi tuh langsung tiada kena mengena pun dengan tajuk post aku kali nih..saje nak panaskan jari.Aku melihat gambar-gambar lama sekolah.Tiba-tiba aku terdengar sebuah cerita benar berkaitan dengan persahabatan daripada seorang hamba Allah.Cerita dia sadis jugak sebab macam kejam jer.Begini kisahnya…
Kami berdua berkawan baik sejak awal persekolahan…Dia sangat baik,dia selalu menolong aku dan tidak sombong walaupun dia jauh lebih cantik dan bijak jika dibandingkan dengan aku.Aku juga menghargainya kerana aku tiada apa.Semakin bertambah tahun,masa juga banyak ditinggalkan,umur pun semakin mematang dan hubungan kami juga semakin erat berkasih sayang.Tetapi kadangkala semakin dekat dan semakin lama kami berkenalan tidak semestinya hubungan kami akan semakin baik dan harapan untuk ikatan cinta itu kekal amat payah kerana hubungan yang mesra itu pasti akan diganggu dengan insan-insan yang memiliki hati bangkai.ITU PASTI!!!
Pelbagai konflik dan salah faham berlaku…Aku juga buat silap dan dia juga pastinya telah melakukan kesilapan. Perselisihan faham antara kami berpanjangan hingga kini adalah sebenarnya berpunca daripada orang ketiga yang bersama kami dan mendengar luahan hati aku bukan untuk mendamaikan kami tetapi bertindak ibarat gunting dalam lipatan.Ini adalah cerita benar…bukan rekaan.Berhati-hatilah dalam bersahabat.Ada yang lembut tutur kata tetapi kasar hatinya.Ada pula sahabat yang kasar tutur katanya tetapi halus hatinya.Jangan mudah tertipu dengan kemerduan suara kerana luaran tidak semestinya menggambarkan dalaman.Aku sambung balik cerita…
Aku pernah memarahi insan yang menghancurkan hubungan persahabatan aku dan sahabat aku  tadi.Tetapi oleh kerana aku tidak mahu mencalar maruah pelajar agama dan muslimat yang bertudung labuh maka aku dengan ikhlas (InsyaAllah)meminta maaf pada insan yang melakukan kejahatan terhadap aku.Pada mulanya dia amat payah memaafkan aku atas kata-kata kasar aku terhadap dia.Hanya Allah yang tahu betapa panasnya hati aku menahan kemarahan dan ego aku semata-mata meletakkan diri aku di tingkat yang paling bawah semata-mata untuk mencari satu perdamaian.Kalau tidak silap sudah banyak kali aku memujuknya untuk memaafkan aku.Dia yang memutuskan persaudaraan aku dan sahabat aku tapi aku yang meminta maaf darinya malah dia sesekali tidak mahu memaafkan aku.Kalau kamu bat??? Apa perasaan kamu semua??
Berkat usaha aku maka akhirnya dia memaafkan aku juga. Settle! Aku paling malas lah nak bergaduh-gaduh dengan orang.Sekarang kamu semua nak tahu tak… dia dan sahabat aku itu sudah menjadi sahabat baik.Bak kata orang sahabat sehingga ke syurga…ahaha..Aku dah maafkan dia Cuma nak juga aku cakap menda nih kat insan itu.. “bergembiralah…tau tak kegembiraan yang kau miliki tu adalah atas airmata orang lain”.
Ha.. tulah cerita hamba Allah tadi.Jadi,sebelum kita nak jadi orang tengah kononnya adalah lebih baik kita betulkan niat kita supaya kita tak jadi “setan”.Kononnya nak menyelamatkan keadaan tapi akhirnya memburukkan lagi keadaan seperti orang Melayu kata,BATU API.Dush!! tak nak..tak nak…tak good girl lah.
Pilih kawan yang baik dan berusahalah menjadi sahabat yang baik.Mendoakan sahabat walaupun sejahat mana pun dia pada kamu.Bye bat!!
Assalamualaikum.
*Kisah benar tetapi tiada niat nak memburukkan sesiapa.Sekadar perkongsian.

Monday, April 23, 2012

Melangkahlah dengan berani


Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah kerana mampu lagi menghirup udara dan masih diberikan oleh Allah kebolehan bernafas tanpa bayaran darinya.
Dua hari yang lepas aku diberikan lagi peluang daripada Ilahi untuk menambahkan ilmu dan memperlapangkan dada dengan kefahaman yang jelas tentang tujuan keberadaan aku dalam perjuangan ini. Alhamdulillah…

Dahulu aku masih ingat, aku selalu berdoa semoga aku diberikan peluang untuk berubah dan menjadi muslimat dan anak yang terbaik disisi Allah.Aku juga sejujurnya pernah berputus asa dan berasa lemah disaat aku merasakan doa yang aku pinta tidak dikabulkan, aku merasakan doaku sia-sia.Namun, rupa-rupanya doaku yang dahulu tidak dikabulkan segera adalah tidak bermakna Allah tidak menghiraukan aku tapi aku yakin sebenarnya Allah mahu aku mengharungi ujian ini. Dia mahu menguji aku dan mahu aku merasa betapa susahnya jalan ini agar akhirnya kesusahan itu membuahkan kemanisan yang tidak terhingga.Seorang kakak pernah berkongsi satu ayat kepada ku, surah al-hajj, ayat yang terakhir:

“berjihadlah kamu dengan sebenar-benar jihad, Allah telah memilih kamu dan dia tidak menyusahkan kamu dalam agama ini,agama nenek moyang kamu nabi Ibrahim,kamu telah menjadi muslim dan Muhammad sebagai saksi,dan menjadi saksi kepada seluruh manusia,dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat, berpegang teguhlah dengan tali Allah,dialah pelindungmu, dia sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong”.
Sesungguhnya Allah memberikan kita ujian supaya kita semakin dekat dengannya.Allah suka mendengar rintihan hamba-hambanya. Ada juga kata-kata yang berbunyi “banyakkan menangis daripada ketawa”.Perjuangan bagi menegakkan agama Islam bukanlah satu tugas yang mudah,ujiannya sangat hebat dan pada masa itu barulah kita dapati samada kita mampu ataupun tidak mengharunginya.
Pernah satu ketika dahulu aku pernah mengeluh mengapa aku dipilih dalam saff perjuangan ini? Mengapa aku? Beratnya bebanan ini, malaslah aku nak fikir tentang nak tegakkan islam ini semua, aku takda masa… Itulah keluhan aku dulu, Astaghfirullahalazim, betapa teruknya aku. Tidak terbayang jika sehingga kini aku masih kabur dan tidak dianugerahkan oleh Allah petunjuk agar aku sedar yang selama ini aku telah banyak melakukan kesilapan dan kekhilafan.

Tapi, kekadang aku pelik juga… aku baru nak semangat berubah, tengah-tengah semangat nak islah nafsi tiba-tiba ada suara-suara negative daripada sahabat yang selama ini menjadi ikon la bagi aku. Mereka mengeluh dan kelihatan lemah, ish…sungguh perjuangan ini bukan main-main. Kebingungan aku sekejap, mana taknye,mereka-mereka yang mengeluh ini bukan calang-calang orang,mereka inilah yang pernah mentarbiah aku dulu. Aku yang mendengar keluhan mereka adakalanya berasa tempias juga. Mereka memberikan alasan, banyak assignment, program boring… Aku menjadi keliru jap. Banyak assignment?? Bukan dia je yang banyak assignment.Semua orang alami situasi yang sama je kan. Program boring??? Yang itu tiada jawapan.hehe.Aku akan sentiasa melapangkan dada aku dan menganggap perkongsian ilmu itu suatu yang indah, so tidak ada masa nak boring. InsyaAllah. Semoga setiap kata menjadi doa dan bukan menjadi ujian.

Lagi satu, pernah ada kenyataan ancaman yang diungkap oleh seorang hamba Allah kepadaku, Ma dan abah kita tidak warak dan alim maka kita jangan pernah bermimpi untuk menjadi yang sedemikian. Menitis airmata mendengar kenyataan seperti itu. Bagaikan betapa kejamnya Allah dan betapa jahatnya ibubapa aku. Biarlah siapa pun ibubapa aku, merekalah yang melahirkan dan mendidik aku, tak payah nak berlagak sangat tanpa mereka tak da maknanya aku kat dunia ni. Pandai-pandai la nak sedor diri.Bagi aku, sudah menjadi tanggungjawab bagi aku menolong ibubapa aku, mungkin mereka juga tidak mendapat tarbiah yang sempurna daripada ibubapa mereka dahulu. So nak salahkan sapa?? Semua orang sama sahaja disisi Allah kecuali mereka yang bertaqwa. Daripada nak mecukupkan alasan dan nak menyalahkan orang adalah lebih baik menjadi agen yang menyelesaikan masalah. Sudah tahu keuarga tak islamik sangat maka jadilah penggerak yang baik,mulakan langkah pertama. Bak kata pepatah cina, langkahan1000 bermula daripada langkahan yang pertama .. Beranilah melangkah dengan penuh yakin tanpa berpaling ke belakang dan jangan takut untuk melihat apa yang menunggu dihadapan.
Semoga aku dithabatkan bersama sahabat pada jalan ini. Bukan sekadar bercakap kosong tanpa praktikal. Setiap kata-kata akan diuji. Bersabarlah duhai hati.Utamakan pandangan Allah daripada pandangan manusia…

Thursday, April 12, 2012

Sedar diri


Assalamualaikum...


Maaf pada semua follower jika ada yang menantikan post terbaru daripada saya. Terlalu banyak tugasan dan kewajipan yang tidak terlaksana dengan sempurna. Namun, blog ini adalah juga kewajipan saya untuk berkongsi nasihat atau mungkin pandangan.Saya nak berkongsi saya luahan hati dan cerita-cerita yang mungkin bergunalah buat anda semua.

Bulan lepas Madam Hidayah(HS) ada memberikan saya dan ahli kumpulan
saya..ish..tak bestla guna perkataan saya nih.. Ok aku! Aku dan geng aku kena siapkan assignment dengan cara menghasilkan satu video. Lalu dengan semangatnya kami menyiapkan assignment itu sampai terpaksa bersengkang mata, tapi enjoy je sebab memang minat buat video. Tiba time nak present depan semua calssmate lagi-lagi depan lecturer tiba group sebelum kami bukak plak video sal seorang bapa tua yang diherdik oleh menantunya dan dimarahi oleh anaknya sendiri. Aku apa lagi bercucuran la air mata nih. Menda sedih kot dahla aku duk jauh dari mak bapak aku. Apa lagi menangis la sampaila turn aku nak present tiba-tiba sebak kat depan... Malu!!!!!!!
Sebenarnya pada masa itu aku rasa aku adalah anak yang paling tak berguna. Jarang sekali aku menghubungi ibu bapa aku. So, sedihla... Aku bimbang suatu hari aku pun jadi macam mereka yang dalam video tuh.


Semenjak dua menjak nih ada kedengaran ramai sahabat-sahabat aku yang merancang dan mula nak menjejakkan kaki ke jinjang pelamin. Disamping itu juga ada yang seakan-akan yang cuba promote kawin awal kat aku. Tapi alhamdulillah aku masih berpegang pada prinsip aku iaitu selesai tugas aku mendapatkan ijazah sekurang-kurangnya dan memiliki pekerjaan yang baik barulah aku akan kawin. Bagi aku setiap orang punyai prinsip dan cara hidup yang berbeza. Aku perlu sedar diri!! Aku bukan anak orang kaya! Aku han
yalah berasal dari kampung! Ibubapaku sudah tua, sebelum aku pikir sal perkara-perkara mengarut tuh aku rasa perlu pikirkan perkara yang lebih penting daripada itu semua. Nak menangisla rasanya apabila memikirkan tanggungjawab sebagai seorang anak yang mana ma dan abah hantar aku belajar jauh-jauh suruh belajar pandai-pandai nanti jadi orang yang berjaya tapi lain pulak yang aku buat...

Em..so tak payahla nak promote sangat kat aku kawin awal takda maknanya. Sapa-sapa yang nak kawin awal kawin aje la, mungkin dah sampai masanya tapi janganlah melihat orang yang tak nak kawin awal nih dengan pandangan negatif.. Cepat betoi bab kawin...Lempang kang!! heheh...

Seterusnya nak kongsi satu cerita, ada seorang remaja dalam sebuah kampung. Ibunya baru sahaja meninggal dunia, lalu setelah kematian ibu, bapanya
sudah banyak berubah. Hidupnya terumbang -ambing. Ayahnya minum arak, berakhlak buruk dan sebagainya. Remaja ini berasa sangat malu dan sedih dengan keadaan itu. Lalu datang seorang lelaki tua berkata kepadanya, "belajarlah bersungguh-sungguh dan ubahla pandangan orang ramai terhadap ayahmu itu". Setelah selesai belajar dan mendapat pekerjaan dan kejayaan dalam hidup remaja itu, dia telah disanjungi oleh warga kampungnya dan ramai yang memuji-mujinya . selain itu juga nama baik bapanya telah dibersihkan kembali. Biarpun sapa ibu dan bapa kita, jangan pernah kita salahkan mereka atas apa yang terjadi pada kita sepenuhnya. Tapi katakanla inilah aku bukannya inilah ayahku..




Sekian...

Monday, March 12, 2012

Episod terakhir:Entikah cinderella ana





“Ya Allah sesungguhnya aku amat menyayangi dia,La

ila . Aku berasa sangat menyesal dan bersalah terhadap Laila. Ampunilah aku ya Allah. Aku sentiasa berkasar dengannya, aku bertindak demikian bukan kerana tidak sayangkan dia tapi sebenarnya niatku supaya dia lebih berdisiplin dan bertanggungjawab . Sebulan…sebulan lagi waktu yang aku ada… Namun, aku pasrah jika pembedahan barah aku ini terpaksa ditunda demi yuran pengajian pengajian Laila”, terkedu-kedu emak tiri Laila berdoa ketika solat dhuha. Emak tiri Laila sudah 3tahun menderita penyakit barah payuda

ra. Walaupun telah beberapa kali pihak hospital membeir arahan terhadap emaknya itu untuk melakukan pembedahan bagi mengeluarkan ketumbuhan yang wujud didalam payudaranya, emaknya terpaksa menangguhkan pembedahan itu demi menampung kos per

belanjaan Laila. Walaupun Laila mendapat biasiswa daripada pihak kerajaan, ibunya tetap menyediakan wang simpananbagi Laila kerana baginya biasiswa yang diberikan oleh pihak kerajaan tidak mencukupi.


Pada ketika itu secara kebetulan Laila baru melintasi pintu bilik emak tirinya itu dan dia mendengar doa yang dibaca oleh emak tiri dia dalam nada yang sangat sayu.Tanpa disedari airmatanya mula mengalir laju diantara hidung yang mancung. “Emak , berapa banyak pengorbanan yang engkau korbankan semata-mata untuk membesarkan aku

??? “, Laila merintih hiba. Laila tanpa disedari terduduk diluar kamar emak tirinya itu. Airmatanya dibiarkan mengalir begitu sahaja dan dia mulai lesu memeluk tiang kayu rumahnya yang usang.

Keesokkkan harinya….

“Laila!!!”, emak tiri Laila menjerit kegeraman memanggil Laila ke d

apur. Namun, Laila datang meluru-luru ke dapur lantas memeluk erat tubuh ibunya sambil mencium dahi emak tiri dia. “Bakpo ngan mu neh Mek La eh?”, emaknya menyoal kebingungan . “Sebule, tu ko maso hok mek ado ?”dalam tangisan Laila membalas. Tertunduk kesal, emaknya membalas pelukan dia dengan lebih erat dan haba panas mula menyelubungi antara mereka dua beranak itu lalu berkata emaknya , “Mek tak dok harape nok hiduk lamo mek La, mek nok berkorbe reto bendo ko oghe hok ado maso depe ceroh po mung neh, nok haghak ko adik jate mu hok soghe tuh gak tok tahu la gane, ngaji malah pahtu manjo plok tuh.

…..

Seminggu kemudian…

“Abah,ma!!!!, along tahu doh sapo muslimat hok jadi tue milik tasbih meghoh ni”, yakin Haris memberitahu ibu dan bapanya. “Sapo long”, ibunya memberikan respon. “Orangnya……Lailatussakinah Binti Syukur Alhamdulillah tuh”, laju jawapan yang diucapkan. “Anok arwoh pokcik Syukur tuh ko??, umphh, jughoh sangak la budok tuh gak, abah kena ngat pok dio”, positif respon daripada bapanya. “Jadi kito tunggu gapo lagi abah”?, beriya-riya Haris bertanya.

“Gapo plok mu neh?”, ibunya seakan-akan kurang jelas dengan soalan yang diajukan oleh anak bujangnya itu. “Gapo lagi ma, gi mine Cinderella along la”, jujur jawapan Haris. Kedua ibubapa Haris saling berpandangan antara satu sama lain dengan pandangan terkejut.

“Assalamua’laikum”, Encik Ahmad,bapa kepada Haris menghulurkan salam. Waa’laikummussalam, kelihatan salam yang diberi oleh bapa Haris dibalas oleh seorang wanita pertengahan umur dan dia adalah Mak Cik Senah emak tiri Laila. Emak tiri Laila seakan kehairanan melihat begitu ramai tetamu yang tidak diundang hadir kerumahnya dengan membawa 6 biji dulang terisi diatasnya barang-barang yang dihias cantik seakan-akan ada rombongan pertunangan. Lantas, Mak Cik Senah segere menyuruh anak lelakinya memanggil Laila keluar melihat rombongan yang berada dihadapannya. Beberapa minit kemudian Laila muncul dan menjemput para tetamu yang hadir masuk kedalam ruang tamu rumahnya. Walaupun kelihatan Laila agak kebingungan tapi disebabkan sikapnya yang agak slumber dan sempoi mampu mengawal perasaannya yang gugup melihat fenomena yang baginya agak aneh itu. Lantas tanpa segan Laila mengutarakan pertanyaan terhadap seorang wakil rombongan yang hadir, orang itu adalah bapa Haris, “Ado gapo ni pok cik?”. Emak tirinya mengeleng-gelengkan kepala melihat telatah dan muka anak tirinya yang seakan-akan tak ada perasaan malu manakala tetamu-tetamu yang hadir semuanya bagaikan terkena renjatan elektrik . Tidak lama kemudian muncul seorang pemuda datang menghampiri Laila dan Emaknya. Badannya segak dan matanya membulat kearah Laila. Lantas Laila kebingungan dan pada masa yang sama berasa malu kerana pemuda itu amat dia kenali. “Assalamua’laikum cik Laila”, emuda itu menghulurkan salam kearah Laila dan kemudian bertanya , “entikan Cinderella ana?”,soalan kontroversi itu terpacul keluar daripada mulut pemuda itu dan pemuda itu adalah Haris. “Cinderella?”, Laila kebingungan . “Enti tau dop, anal ah hok jupo sebutir tasbih enti wat ile tuh, ana jupo atah jale nok g sejid, hok enti kea???ana ingat, kalu ana jupo tue sebutir tasbih ni ana nok melamar dio sebab ana rase ana berkene la ko tue butir tasbih ni”, gembira Haris meluahkan isi hati. Laila mencebikkan mukanya lantas membalas , “jadi gak awok lah hok ambik butir tasbih sayo neh??,eh tok leh ko awok wat announcement atas sejid, tolong oyap ko tok ime ko ado butir tasbih jatuh,buatla notis ko gapo ko…bla..bla”, Laila membuntahkan kemarahan. “Olos sebutir biji tasbih jah pong, besungguh dio neh”, Haris mengeluh dalam hatinya. Semua tetamu yang hadir termasuk ibu dan bapa haris terkesima dan kebingungan melihat pertengkaran yang berlaku manakala tetamu yang lain seakan-akan bersiap untuk mengangkat kaki pulang. “Dop eh enti terimo dop lamaran ana neh”, dengan berani dan dihiasi senyuman Haris menyambung hujjahnya. Tiba-tiba tiada jawapan yang muncul manakala kelihatan semua tetamu bingkas bangun dari tempat duduk masing-masing seakan pasrah dengan jawapan negatif daripada Laila yang pada ketika itu kelihatan marah. Tanpa dijangka wajah masam mencuka Laila bertukar senyuman yang sangat manis dan kelihatan merah malu-malu dan dia membalas, “ore semak po Encik Haris ni, sapo tok sea, hehehe”.

gambar sekadar hiasan




*maaf la kawan-kawan kalau ending dia tak best, citer ni direka semasa 3 bulan cuti panjang sem lepas.jadi begini mungkin akibat tension ngan adik kat umah...